Apa itu Leader dan Laggard Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Pasaran bursa terdiri daripada Main Market dan juga Ace Market. Setiap kaunter yang dikelaskan ke dalam jenis pasaran tersebut haruslah memenuhi kriteria tersendiri, barulah boleh disenaraikan dalam papan papan tersebut. Cuma apa kaitan board tersebut dengan topik leader dan laggard yang kita akan bincangkan pada topik kali ini? Jika korang dah ready, jom kita tengok apa itu leader dan laggard dalam saham ni.

Maksud Leader dan Laggard

Leader adalah sebuah kaunter yang menjadi peneraju dalam industri tersebut. Leader tidak semestinya diwakili oleh sebuah kaunter, mungkin 4 atau 5 kaunter boleh dipilih sebagai leader dalam sesebuah sektor tersebut. Biasanya leader akan cepat memberi tindakbalas terhadap sesuatu catalyst. Catalyst yang aku maksudkan adalah yang bersifat besar, bukan tiny part macam skandal BOD. Contohnya catalyst Covid-19. Bila adanya catalyst yang besar seperti ini, banyak kaunter kaunter dari Health Sector mula rally gila-gila.

Laggard pula adalah sebaliknya berbanding leader. Pastinya kaunter laggard lebih banyak jika dibandingkan dengan leader. Laggard selalunya lambat bereaksi dengan catalyst catalyst besar ini. Jadi apabila berlaku sesuatu catalyst besar, kaunter akan rileks dulu, kemudian baru akan follow impak catalyst tersebut.

Karakteristik Mengenali Leader dan Laggard

Nak identify sesebuah kaunter itu leader atau laggard cukup mudah. Dibawah merupakan faktor utama sesuatu saham boleh dikategorikan sebagai leader dan laggard.

  1. Berdasarkan Market Cap
  2. Berdasarkan kedudukan saham dalam pasaran Bursa

Jadi, senang cerita, jika Market Cap besar dan berada di dalam Main Board Bursa, ada kebarangkalian tinggi untuk kaunter tersebut adalah leader. Bagi laggard pula, biasanya marketcap mereka adalah sederhana dan banyak dari geng geng laggard ni disenaraikan dalam kaunter ACE.

Tips Senang Untuk Kenal Siapa Leader dan Siapa Laggard

Ok, ini ada cara mudah untuk korang detect siapa leader sapa laggard. Jadi, gunakan je mana-mana cara untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan korang ye.

  1. Gunakan Index Sektor Sebagai Leader dan selain dari itu adalah Laggard
  2. Gunakan kaunter yang mempunyai Market Cap terbesar sebagai Leader dan lain-lain sebagai laggard
  3. Gunakan apa apa faktor yang menyumbang kearah Market Cap terbesar seperti PE Ratio dan Harga Semasa Kaunter.

Secara peribadi, aku akan gunakan cara pertama iaitu index sektor sebagai leader, berbanding aku gunakan satu atau dua kaunter sebagai leader. Idea nya cukup mudah, jika indeks secara overall dalam keadaan bullish, ini bermaksud market telah bereaksi dengan catalyst semasa. Dan yang penyumbang terbesar kepada kenaikan indeks sektor tidak lain tidak bukan adalah kaunter kaunter yang mempunyai marketcap yang cukup tinggi.

PCHEM akan bertindak sebagai leader dalam sektor industrial product and services
Ni lagi mudah, dah bagi terus senarai leader based on sector. Sumber bursamalaysia

Bagaimana Untuk Manipulasi Leader dan Laggard dalam Saham

Mudah sahaja sebenarnya, leader ini ibarat emak dan laggard ibarat anak. Jika emak dah bergerak, barulah anak anak akan mengikut. Jadi, kita boleh jadikan leader ini sebagai penunjuk arah manakala entri kaunter adalah pada kaunter kaunter laggard ini. So bila leader dah bergerak je, terus cari mana-mana kaunter laggard yang mempunyai potensi untuk naik sama dengan kaunter leader. Korang boleh gunakan apa-apa teknik untuk menyokong justifikasi kenaikan harga kaunter yang korang pilih.

Contoh, semasa Covid-19 melanda, kaunter Topglove telah memacu sebagai leader dalam sektor kesihatan. Apabila catalyst sebesar ini memberi impak kepada kaunter leader, maka laggard akan turut ikut sama. Jika kita nak kaitkan dengan contoh kat atas, kaunter Careplus pula turut mengikut jejak pergerakan kaunter Topglove apabila kaunter ini telah rally.

Kesimpulan

Tidak susah sebenarnya untuk kenal apa itu leader dan laggard. Macam yang aku bagitahu, ia umpama ibu dan anak. Namun, tidak semestinya bila ibu dah naik anak confirm 100% naik. Perkara begini terjadi bila kita salah tafsir catalyst yang memacu kenaikan si leader ni. Yang penting catalyst yang harus dikejar adalah catalyst yang bersifat besar, nasional, yang mensasarkan pada industri, bukan hanya tertumpu kepada syarikat sahaja.

Alhamdulillah

Sumber : Globaltouchgeneration, Thekapital, Pengalaman sendiri

Baca Lagi : Cara Simpan Duit Secara Paksa

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →