Bismillahirrahmanirrahiim
Aktiviti trading saham cukup berbeza dengan pelaburan saham. Trading memerlukan ketepatan dari segi masa dan juga keadaan. Berbeza dengan saham, yang lebih mementingkan prestasi syarikat itu sahaja, tidak pada harga saham. Artikel kali ini akan bantu korang sebab aku akan terangkan cara set stoploss dalam trading. Hanya trading sahaja wajib menggunakan stoploss sebagai risk management.
Apa itu Stoploss
Sebelum aku terangkan cara set stoploss, kita kena tau dahulu apa itu stoploss. Stoploss ni sebanyak Sell Order. Ia bermaksud “Jual pada harga dibawah daripada harga yang ditetapkan”. Contohnya, jika korang beli kaunter A pada harga RM 1.10 dan letak Stoploss pada harga RM 1, sistem akan tafsir yang korang nak jual saham ini pada harga RM 1 kebawah.
Apabila dinamakan sebagai stoploss, korang akan jual saham korang dalam keadaan rugi. Tetapi apabila korang jual saham korang pada harga dibawah harga semasa tetapi lebih tinggi daripada harga belian korang, ia dinamakan sebagai trailing stop yang mana korang jual saham dalam keadaan untung. Contoh, harga semasa adalah RM 1.50, korang beli harga RM 1.10 dan trailing stop adalah RM 1.40. Jika harga turun dan hit RM 1.40 sistem akan jual saham korang dan korang telah realized keuntungan korang pada harga RM 1.40.
4 Cara Set Stoploss Dalam Trading
Untuk pengetahuan korang, ada empat cara atau approach yang korang boleh gunakan. Biasanya ia tidak rigid untuk gunakan satu, bahkan korang boleh combine dua atau tiga cara sekaligus dalam satu masa. Berikut adalah cara caranya
- Berdasarkan kiraan Risk and Reward Ratio
- Berdasarkan kepada keadaan teknikal
- Berdasarkan kepada trailing stop
- Berdasarkan kepada jangkamasa.
Ok, yang pertama ini adalah cara kiraan risk and reward ratio. Biasanya kita akan guna RR 1:3 atau RR 1:2. Jadi secara statistiknya, jika ko loss sekali, ko still untung sebab RR ko cantik. Contoh aplikasi RR ni, entri harga RM 1.00, take profit korang adalah RM 1.60. Jadi Stoploss korang mestilah dekat RM 0.80 untuk R3 ataupun RM 0.70 untuk R2.
Kedua adalah berdasarkan keadaan teknikal. Biasanya orang akan set stoploss diorang sama ada dibawah Support, Swing Low ataupun Low Candlestick formation. Bagi aku, cara yang terbaik adalah meletakkan Stoploss korang di kawasan Swing Low sebab ia memberi ruang untuk harga naik dan turun sebelum meroket. Takut nanti bila letak dekat low candlestick, price makan dulu SL baru dia naik.
Cara Set Stoploss yang ketiga adalah menggunakan trailing stop. Cara ini kena tengok pada broker masing masing adakah mereka menyediakan features trailing stop ini. Aku tak jumpa lagi broker saham yang bagi features ni tapi untuk broker forex trailing stop ni benda yang biasa je. Untuk kefahaman korang, trailing stop ni akan adjust secara automatik tanpa korang perlu adjust secara manual. Katakan korang beli pada harga RM 1.10, dan trailing stop sebanyak 10 bid dan harga di RM 1.00. Bila harga naik pada RM 1.20, trailing stop akan adjust belakang current price 10 bid, menjadikan stoploss terkini adalah RM 1.10, bukan lagi RM 1.00
Terakhir adalah korang gunakan dari segi jangkamasa. Sebagai contoh, korang dah set aku nak hold selama sebulan je, lepas sebulan berapa yang untung atau rugi aku akan close jugak. Jadi, tengok kepada trader jenis apa korang ni. Jika korang intraday, sebelum market close kena la tutup, jika mid swing, mungkin letak sebulan korang close.
Kesimpulan
Aku dah terangkan kesemua cara set stoploss yang aku tahu. Secara peribadi, aku gunakan lebih dari satu cara iaitu berdasarkan RR, berdasarkan keadaan teknikal dan jangka masa. Dengan stoploss plan yang solid, aku takkan ragu ragu untuk cut dengan pantas. Ya, mmg sukar untuk kita telan bila kita terpaksa cut dalam keadaan rugi, tapi inshaa ALLAH, ada rezeki kaunter lain.
Alhamdulillah
Sumber : Pengalaman sendiri
Baca lagi : Apa itu Leader dan Laggard