Apakah Broker Terbaik Untuk Saham Global

Bismillahirrahmanirrahim

Tahun lepas, kita dapat menyaksikan ramai pelabur tempatan mula untuk diversify pelaburan mereka pada pasaran global disebabkan market berdarah yang dilalui oleh KLCI. Jadi, masalah utama mereka adalah bagaimana untuk mencari apakah broker terbaik untuk saham global. Artikel kali ini akan bantu anda untuk menjawab persoalan tersebut.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memilih Broker Saham Global

Diluar sana, anda boleh jumpa berbagai-bagai broker yang menawarkan khidmat untuk jual beli saham global. Tapi tahukah anda terdapat banyak juga broker yang tidak sah dan anda akan terkesan sekiranya anda mengalami masalah ketika menggunakan servis mereka. Dibawah adalah senarai semak untuk anda gunakan untuk memilih broker terbaik untuk saham global.

  1. Caj
  2. Minimum Deposit / Withdrawal
  3. Undang-Undang
  4. Khidmat Pelanggan

Caj adalah perkara asas yang perlu anda lihat sebelum anda memilih mana-mana broker. Untuk pengetahuan anda, kini sudah banyak broker yang menawarkan Zero Commission iaitu anda tidak akan dikenakan caj broker semasa membeli dan menjual saham global. Anda hanya dikenakan caj-caj yang wajib seperti Stamp Duty oleh US.

Bunyi menarik tapi sukar dipercayai bukan? Jadi bagaimana broker nak survive jika mereka tidak mengambil komisen pada setiap trade yang dilaksanakan? Broker akan menjana keuntungan melalui servis servis lain seperti urusan deposit dan withdrawal serta currency exchange markup. Namun melalui pengamatan saya, ianya tetap berbaloi kerana caj yang dikenakan masih rendah.

Kedua anda harus lihat kepada perkara yang melibatkan urusan deposit dan withdrawal. Apa yang perlu anda perhatikan adalah cara untuk melakukan transaksi seperti Wire Transfer, Bankcard, Kad kredit dan sebagainya. Lebih banyak pilihan, maka lebih bagus. Kemudian anda kena lihat semula berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memproses duit anda. Kebiasannya broker international akan ambil masa sekitar 10 hari bekerja, tetapi untuk broker tempatan adalah secara instant.

Ketiga, lihat pula dari segi undang-undang. Jika anda nak selamat, terus gunakan broker tempatan kerana mereka semua mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti. Tetapi anda tidak dapat menikmati caj broker yang rendah kerana rata-rata broker tempatan mengenakan caj broker dari USD 4 – USD 20 untuk setiap transaksi. Jika anda ingin memilih broker luar negara, pastikan mereka mempunyai regulatory dari Financial Service Act (FSA) atau Financial Conduct Authority (FCA). Malaysia juga mempunyai FSA tersendiri iaitu Labuan Financial Service Act bagi broker-broker Offshore yang ingin beroperasi di Malaysia.

Yang terakhir adalah khidmat pelanggan. Customer services mereka harus bagus kerana anda berurusan dengan broker luar negara. Jika ada apa apa masalah boleh ditangani dengan cepat dan pantas. Oleh itu, ia merupakan satu faktor yang agak penting untuk anda pertimbangkan. Berbeza dengan broker tempatan, anda dilindungi secara terus oleh undang-undang. Jika anda tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan, anda boleh hubungi Security Industry Development Corporation (SIDC) untuk memfailkan laporan anda.

Senarai Broker Global Yang Popular dalam Kalangan Warga Malaysia.

  1. Kebanyak Broker Tempatan seperti CIMB, Maybank, BIMB
  2. MIDF
  3. Ami Trade
  4. Tastywork
  5. Saxo Bank

Contoh Broker Terbaik Untuk Saham Global

Jadi, apa pilihan saya sendiri? Saya menggunakan Heygotrade. Dibawah adalah antara sebab mengapa saya memilih Heygotrade sebagai broker untuk membeli saham global. Klik link ini untuk daftar

>>>>>> Klik Sini Untuk Daftar Heygotrade Sekarang <<<<

  1. Zero Caj Komisen
  2. Boleh beli Fractional Share, bermaksud anda boleh beli unit saham dibawah 1 unit. Contoh 0.004 unit
  3. Ada senarai syariah compliance stock. Tak yah pening nak filter guna 3rd party.
  4. Khidmat Pelanggan yang bagus. Saya pernah mengalami masalah deposit yang diproses terlampau lambat. Walaupun dalam keadaan marah, mereka tetap follow up kepada saya setiap hari.
  5. Mempunyai caj conversion rate yang murah berbanding broker lain.
  6. Berlesen dibawah Labuan FSA. Heygotrade merupakan produk TR8 Securities.
Gotrade | Commission Free Fractional US Stocks
Contoh paparan mobile untuk trade

Heygotrade pada hakikatnya bukanlah sebuah broker. Ia lebih kepada ejen yang mana broker yang sebenar yang akan melaksanakan trade kita adalah Alpaca Securities LLD. Ia merupakan broker sah yang berlesen dibawah US Securities. Jadi, tidak perlu bimbang kerana semua proses jual beli saham global adalah sah dan bukan tipu.

Namun begitu, terdapat kelemahan yang dialami oleh Heygotrade. Pertama, ia hanya memberi akses kepada mobile sahaja, dan tiada website trading. Orang seperti saya tidak berapa suka menggunakan mobile trading kerana terlalu sukar untuk saya melakukan analisis. Kedua, urusan deposit dan withdrawal yang tidak begitu efisien, namun sekarang sudah lebih baik berbanding dahulu kerana sistem mereka telah link up direct dengan Wise, iaitu platform transaksi online. Dan terakhir, ia tidak sesuai untuk day trading kerana maksimum anda hanya boleh beli dan jual bagi urusan day trading adalah sebanyak 4 kali sahaja.

Kesimpulan

Tidak ada broker terbaik untuk saham global kerana setiap broker mempunyai kelemahannya. Jika anda seorang yang hassle-free, pilih lah broker tempatan tetapi kekurangannya adalah caj yang terlampau mahal. Namun, jika anda tidak kisah untuk menghadap technical issue, boleh gunakan broker seperti Heygotrade dan menikmati semua kelebihan yang ditawarkan.

Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman Sendiri

Baca Lagi : Teknik Quasimodo Level

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →