Cara Cek Saham Global Patuh Syariah

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini jika kita lihat, ramai sudah orang yang mula melibatkan diri dalam pelaburan saham luar negara. Langkah ini dilihat sebagai satu langkah diversifikasi oleh para pelabur supaya dapat meningkatkan lagi keuntungan capital gain yang mana global stock mempunyai transaksi volume harian yang cukup tinggi. Artikel kali ini saya akan senaraikan bagaimana cara cek saham global patuh syariah dengan mudah. Bagi mereka yang ingin tahu, teruskan menonton video yang telah saya siarkan dalam channel Pedagangjawa.

Bagaimana Sesebuah Saham Diklasifikasikan Sebagai Patuh Syariah?

Untuk sesebuah stock mendapat status ini, terdapat beberapa faktor yang diambil kira yang mana secara amnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian kewangan dan juga bahagian perniagaan. Setiap bahagian mempunyai cara ukur untuk menentukan bahawa bahagian tersebut lulus dalam standard pematuhan syariah.

Bahagian kewangan akan menceritakan bagaimana aliran perjalanan wang yang berada di dalam perniagaan tersebut. Sekiranya syarikat mempunyai aliran kewangan yang baik, hutang yang sihat, kaedah perakaunan yang telus, maka mudahlah syarikat tersebut akan mendapat status kepatuhan syariah ini. Sebagai contoh, hutang sesebuah syarikat haruslah dibawah daripada 33%.

Bahagian perniagaan pula akan membincangkan secara fundamental apakah perniagaan yang dijalankan didalam syarikat tersebut. Dalam Islam, anda boleh berniaga apa sahaja asalkan tidak terlibat dalam perkara seperti riba dan juga produk produk haram. Agak sukar untuk kita pastikan bahawa sesebuah syarikat luar negara mempunyai 100% ketidak libatan dalam perkara-perkara tersebut. Jadi, ia mempunyai kayu ukur ukur yang mana hanya 5% kebawah sahaja hasil keuntungan syarikat yang boleh bersumberkan dari wang yang melanggar prinsip syariah islam. Contohnya, syarikat ABC mempunyai keuntungan dari pelaburan rokok sekitar 3% daripada keuntungan syarikat.

Cara Cek Saham Global Patuh Syariah

Untuk cek sama ada sesebuah saham global patuh syariah atau tidak, anda akan menggunakan beberapa aplikasi yang bakal membantu anda dalam mendapatkan maklumat tersebut. Antara aplikasi yang popular digunakan untuk melakukan saringan syariah terhadap saham global adalah seperti berikut.

  1. Islamic.ly
  2. Zoya
  3. MuslimXchange
Islamicly - Find Halal Stocks - Apps on Google Play

Islamic.ly adalah salah satu web based syariah screener yang ada dalam pasaran. Servis tersebut tidak percuma dan haruslah dilanggan oleh para pelabur. Banyak data dan maklumat yang boleh anda perolehi dengan melanggan Islamic.ly ini. Website ini mempunyai badan tersendiri yang memantau sama ada sesebuah saham tersebut patuh syariah atau tidak dan kebiasaannya mempunyai database yang besar.

Zoya - Halal stock screening and investing made simple

Seterusnya adalah Zoya. Zoya merupakan aplikasi smartphone yang mana anda boleh dapatkan maklumat kepatuhan syariah sesebuah saham dengan hanya menaip sahaja kod saham tersebut. Zoya adalah percuma, namun ianya tidak menawarkan saringan secara web based. Jadi, agak sukar juga untuk kita lakukan saringan kerana screen yang kecil membuatkan agak sukar untuk membaca maklumat yang disajikan.

Muslim Xchange - Home | Facebook

Yang terakhir adalah MuslimXchange. Ia adalah satu portal untuk mencari saham global patuh syariah yang mudah namun mempunyai database yang limited. Ianya tidak pelik pun sebab benda yang percuma ini dibangunkan hasil daripada rasa sukarela untuk berkongsi maklumat. Secara peribadi saya suka gunakan Muslimxchange ini kerana bagi saya maklumat yang dipaparkan adalah ringkas dan padat dan saya hanya mahu tahu status kepatuhan syariah sahaja, bukan untuk dig deeper sesuatu perniagaan tersebut.

Kesimpulan

Anda telah diterangkan tentang bagaimana cara cek saham global patuh syariah dengan menggunakan tiga aplikasi iaitu Islamicly, Zoya dan juga MuslimXchange. Bagi mereka yang menggunakan broker tempatan seperti CGS CIMB ataupun MIDF, anda tidak perlu pening kepala kerana saham global yang anda beli boleh disaring secara terus di dalam akaun trading anda. Sekian terima kasih.

Alhamdulillah

Rujukan : Islamic.ly, Zoya, MuslimXchange

Baca lagi : Tutorial Cara Melabur Dalam Raiz

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →