Cara Tentukan Support dan Resistance Mudah

Bismillahirrahmanirrahim

Ramai yang dah tahu support and resistance antara benda basic yang wajib dipelajari oleh trader trader yang baru belajar analisa teknikal. Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menentukan kawasan Support dan Resistance. Anda bolehj gunakan kaedah melukis secara manual ataupun dengan bantuan indikator. Jadi, artikel hari ini akan menerangkan tentang cara tentukan support dan resistance dengan mudah. Jika anda malas untuk terus membaca, boleh tonton video yang telah saya kepilkan.

Fungsi Support dan Resistance

Fungsi utama SnR tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari harga tertinggi dan terendah dalam satu bingkai masa. Apabila kita dah mula identify kawasan atau zon SnR ini, barulah kita akan plan entri untuk berlaku. Signal entri yang berlaku di dalam zon SnR ini akan membentuk confluence yang mana ianya adalah tempat yang terbaik untuk lakukan entri.

SnR adalah kawasan psikologi yang mana berkemungkinan ramai buyer atau seller menunggu dikawasan tersebut. Di resistance, kebarangkalian besar ramai seller akan menunggu disini manakala dikawasan support, ramai buyer akan menunggu untuk membeli pada harga yang murah. Jadi, kawasan SnR boleh dikatakan kawasan yang paling tinggi liquidity dan mampu untuk bermulanya pergerakan harga secara besar besaran.

Cara Tentukan Support dan Resistance

Terdapat banyak cara untuk kita tentukan support dan resistance. Namun, ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu melukis secara manual ataupun dengan bantuan indikator. Tidak ada satu cara pun yang lebih hebat kerana semuanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Berikut saya terangkan apa kelebihan dan kelemahan pada kedua-dua kaedah tersebut

  1. Kaedah manual digelar sebagai leading indicator tetapi mempunyai masalah dari segi konsistensi
  2. Kaedah indikator mempunyai kelebihan dari segi konsistensi tetapi ianya lagging indicator

Jika anda melukis menggunakan kaedah manual, anda boleh gunakan berbagai-bagai jenis tool seperti Trendline, Equidistarian Channel, dan Channel. Caranya agak mudah kerana apa yang diperlukan adalah anda hanya mencari dua swing hi atau swing low. Kemudian sambungkan antara kedua titik tersebut menggunakan tool lukisan lalu terbentuklah sebuah trendline.

Contoh penggunaan Trendline

Mungkin anda sukar untuk tentukan swing hi dan swing lo untuk melukis, jadi boleh ambil pendekatan untuk gunakan bantuan indikator. Ada bnyak indikator yang boleh anda gunakan untuk menentukan support dan resistance contohnya Gann SnR, Pivot Point dan juga Fibonacci Retracement ataupun Extension Tool.

Contoh penggunaan Pivot Point

Tool-tool indikator ini dengan mudah dapat membantu anda mendapatkan kawasan Support dan Resistance melalui cara pengiraan matematik. Oleh itu, keputusannya biasanya konsisten dan jarang berlaku kesilapan dalam menentukan support dan resistance. Jadi anda boleh pilih method mana yang anda rasa sesuai dengan keperluan atau kemahiran anda.

Kesimpulan

Anda baru sahaja mempelajari cara tentukan support dan resistance melalui dua kaedah. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan yang telah saya terangkan secara terperinci di dalam artikel sebelum ini.

Alhamdulillah

Rujukan : Pengalaman Sendiri

Baca Lagi : Cara Cek Saham Global Patuh Syariah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →