Tips Untuk Menentukan Double Top Atau Bottom

Bismillahirrahmanirrahim

Silibus chart pattern antara perkara yang wajib dipelajari oleh seorang trader yang menggunakan teknikal analisis. Chart pattern itu sendiri boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu continuous chart pattern, reversal chart pattern ataupun sideway. Artikel kali ini akan membincangkan tips untuk menentukan double top atau bottom, yang mana ianya chart pattern yang amat popular dalam kalangan trader.

Apa itu Double Top dan Double Bottom

Ia merupakan chart pattern kategori reversal yang mana trader akan cuba untuk melakukan entri dipenghujung trend. Jika price sedang uptrend, dan muncul double top, maka trader akan cuba untuk entri SELL. Manakala jika price sedang downtrend dan muncul double bottom, trader akan cuba untuk BUY. Risk and reward yang dijangkakan menggunakan chart pattern jenis ini amat lumayan kerana kebiasaannya melebihi daripada R3

Masalah Double Top dan Double Bottom

Masalah utama yang trader selalu hadapi apabila cuba untuk mengesan dua chart pattern ini adalah untuk menentukan yang manakah Swing Hi atau Swing Lo yang boleh diambil kira. Jadi, kebanyakan mereka akan tersilap memilih dan akhirnya double top atau bottom yang diharapkan bertukar menjadi rectangle, iaitu satu jenis chart pattern yang bersifat continuous

Tips untuk Trade Menggunakan Double Top dan Double Bottom

Dibawah ini saya senaraikan cara bagaimana untuk trade menggunakan Double Top dan Double Bottom. Contoh dibawah saya gunakan untuk Double Top. Untuk Double Bottom anda perlu vice versakan sahaja maklumat dibawah.

  1. Gunakan EMA period 30
  2. Apabila price cross bawah EMA, anda boleh tanda Swing High tertinggi
  3. Tunggu price cross semula ke atas EMA.
  4. Bila price sudah cross ke atas, anda boleh tanda swing Low
  5. Terakhir, tunggu price cross kebawah EMA semula, maka anda boleh tandakan Swing Hi kedua
  6. Untuk trade, anda harus tunggu price break Swing Low, kemudian tunggu retrace dan boleh lakukan entri apabila signal terhasil.
Contoh pencarian double bottom

Kesimpulan

Tips diatas adalah untuk membantu mereka yang keliru untuk mencari double bottom ataupun double top. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu tuan puan dalam mengesan double top atau bottom yang betul betul valid. Sekian terima kasih

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Cara Tentukan Support dan Resistance

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →