Kelebihan Strategi 3 EMA Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Exponential Moving Average (EMA) adalah indikator yang selalu digunakan oleh kebanyakan trader. Walaupun masih ada lagi dua jenis yang lain iaitu Simple Moving Average dan juga Weighted Moving Average, namun EMA masih menjadi pilihan, mungkin disebabkan mudah untuk menyebutnya. Bagi saya, perbezaan antara ketiga-tiga jenis MA ini tidak memberi kesan yang besar dan artikel kali ini akan merungkai kelebihan strategi 3 EMA dalam trading.

Apa itu Strategi 3 EMA

Ia merupakan satu strategi yang menggunakan tiga EMA yang menggunakan period yang berbeza-beza. Setiap EMA mempunyai peranan tersendiri untuk membentuk satu sistem trading yang cukup untuk membuatkan trader menjana keuntungan daripada pasaran saham

Masalah Menggunakan Single dan Double EMA

Secara amnya, masih ada yang menggunakan Single EMA untuk menentukan trend dan kita sememangnya tahu Moving Average digunakan untuk mencari arah pasaran iaitu Uptrend atau Downtrend. Namun begiut, masalah utama MA adalah untuk mengenal pasti pasaran yang dalam keadaan Sideway dan ianya memerlukan bantuan daripada indikator lain seperti ADX dan juga RSI.

Jadi, apabila menggunakan Single EMA, price sentiasa break line tersebut membuatkan terlampau banyak noise yang terhasil sehingga trader mula pening nak pilih arah yang mana. Maka, wujudlah penggunaan Double EMA. Apabila double EMA diperkenalkan, konsep Crossover diperkenalkan yang terdiri daripada Golden Cross dan juga Death Cross.

Golden Cross terjadi apabila cross over Up terjadi iaitu Fast EMA akan break keatas Slow EMA dan memberikan signal untuk membeli sesuatu kaunter. Death cross pula berlawanan dengan golden cross dan sering dijadikan sebagai exit plan oleh kebanyakan trader swing. Walaupun double EMA mampu filter noise yang banyak daripada single EMA, ianya masih membuatkan trader keliru arah mana yang ingin digunakan sebagai kiraan trend.

Akhirnya wujud penggunaan strategi 3 EMA yang mana kegunaan EMA yang terakhir adalah memberikan gambaran am pergerakaan harga pasaran yang menggunaan period yang lebih besar. Dengan adanya MA ketiga, maka selesailah kekeliruan trader untuk menentukan arah trend pasaran.

Setting Strategi 3 EMA

Anda boleh gunakan berbagai-bagai setting dan dibawah ini saya senaraikan setting yang lazim digunakan oleh para trader:

  1. 5/7 : Data Seminggu
  2. 10/14 : Data 2 Minggu
  3. 20/30 : Data Sebulan
  4. 50/60 : Data 3 Bulan
  5. 100/120 : Data 6 Bulan
  6. 200/240 : Data Setahun

Secara peribadi, saya menggunakan setting dibawah untuk teknik strategi 3 EMA

  1. EMA 1 : Period 10
  2. EMA 2 : Period 30
  3. EMA 3 : Period 200

Fungsi setiap EMA dalam Strategi 3 EMA

Anda juga harus tahu apakah fungsi setiap EMA yang telah anda pilih dan paparkan dalam chart. Jadi, semua fungsi EMA adalah seperti berikut.

  1. EMA 10 dan EMA 30 digunakan untuk mengesan Golden atau Death Crossover sekaligus bertindak sebagai signal Entri
  2. EMA 200 digunakan sebagai petunjuk arah pasaran.

Jadi, dengan gabungan 3 EMA ini, anda dapat dua maklumat yang penting iaitu arah pasaran dan juga masa untuk anda melakukan entri

Kesimpulan

Strategi 3 EMA merupakan satu strategi yang ringkas namun berkesan untuk anda gunakan dalam melakukan teknikal analisis. Sekiranya anda sememangnya orang yang sukar untuk melakukan teknikal analisis dengan melukis line SnR atau trendline, maka strategi 3 EMA mungkin sesuai dengan anda. Sekian terima kasih

Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman Sendiri dari ALLAH SWT

Baca lagi : Tips Menentukan Double Top atau Bottom

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →