Setting EMA Terbaik Untuk Kegunaan Trader

Bismillahirrahmanirrahim

Ramai trader yang suka gunakan Exponential Moving Average. Hal ini terjadi disebabkan ianya mudah digunakan dan mudah difahami. Manakan tidak, hanya melihat price berada diatas atau dibawah moving average, trader sudah pun boleh mengenalpasti trend semasa pasaran. Namun ada sedikit masalah yang dihadapi oleh mereka iaitu apakah setting EMA terbaik untuk mereka gunakan dalam trading.

Period Setting

Di dalam setting MA, biasanya akan ada tiga maklumat yang boleh diubah. Setting tersebut adalah seperti berikut :

  1. Length / Period
  2. Source
  3. Offset

Length atau period digunakan untuk mengambil kira berapa lamakah data yang ingin digunakan bagi pengiraan MA. Contoh, jika kita ambil data 10 hari, maka sistem akan kira kesemua data 10 hari kebelakang. Source pula menyatakan dimanakah punca data yang ingin digunakan. Umum, kita tahu di dalam candlestick terdiri maklumat OHLC iaitu Open High Low dan Close. Anda boleh pilih mana-mana maklumat harga yang anda inginkan. Tetapi secara amnya, sistem akan set kepada Close price. Offset pula anda boleh abaikan kerana jika anda ubah, anda akan gerakkan MA tersebut kedepan atau kebelakang. Setting ini disediakan bagi mereka yang tak suka chart serabut dan ingin alihkan sedikit MA dari harga semasa.

Persoalan Utama : Apakah Setting EMA Terbaik

Tiada yang pasti, dan tidak semua orang tahu apakah setting EMA yang terbaik. Cuma anda boleh gunakan panduan dibawah untuk setkan EMA anda bersesuaian dengan strategi dan citarasa anda. Terdapat dua jenis setting EMA yang boleh anda gunakan iaitu setting Universal dan juga Custom. Bagi setting Universal, anda boleh gunakan data dibawah.

  1. 5/7 : Data seminggu
  2. 10/14 : Data dua minggu
  3. 20/30 : Data sebulan
  4. 50/60 : Data 3 bulan
  5. 100 : Data 6 bulan
  6. 200 : Data 12 bulan

Setting universal diatas merupakan setting yang biasa digunakan untuk para trader, tidak kisahlah apa jua teknik sama ada teknik crossover mahupun triple EMA. Cara ini mudah kerana anda tidak perlu fikir apa-apa dan boleh digunakan di kebanyakan instrument yang anda kaji dan trade. Data ini merujuk kepada daily timeframe secara asalnya. Tetapi jika anda ubah kepada TF lain, contoh timeframe h4, data seminggu tersebut bermaksud sistem akan ambil 5 atau 7 candle kebelakang bukan dari segi timeline.

Untuk custom setup pula, anda harus tuned sendiri period yang anda ingin gunakan. Contoh custom setup adalah nombor-nombor pelik seperti 13, 65, 72 dan sebagainya. Tips untuk mencari custom setup pula adalah anda pilih satu pergerakan yang trending, sama ada naik atau turun, kemudan pastikan line MA tersebut akan menyentuh dan membuat rebounce sebanyak mungkin. Rujuk kepada video untuk kefahaman lebih lanjut.

Kesimpulan

Bagi saya, tiada setting ema terbaik yang anda boleh pilih cuma setting ema yang tersesuai sahaja yang ada untuk anda pakai. Diharap artikel kali ini dapat bantu anda dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan penggunaan EMA sekian terima kasih Alhamdulillah

P.S : Tak pandai labur tapi nak Fund Manager bertauliah uruskan wang anda? Hubungi saya di 018-941 8731

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Strategi 3 EMA

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →