Bismillahirrahmanirrahim
Tahniah kepada mereka yang telah membuka akaun pelaburan bersama dengan platform Robo Advisor Raiz. Kini anda menjadi sebahagian yang celik kepada dunia pelaburan. Sumbangan anda dalam dunia pelaburan secara tak langsung telah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jadi, artikel ini akan menerangkan cara melabur dalam Raiz.
Kaedah Cara Melabur Dalam Raiz
Secara amnya terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk melabur dalam Raiz. Terdapat tiga cara dan anda boleh cara mana yang anda rasakan paling sesuai dengan diri anda.
- Round Up Spending
- Recurring Investment
- One Time Investment
Round up spending bermaksud setiap perbelanjaan yang anda buat menggunakan kad kredit akan dibundarkan kepada nombor bulat. Contoh anda baru sahaja membeli barangan dapur di Teso sebanyak RM 17.20. Maka Raiz akan bundarkan menjadi RM 18.00 dan RM0.80 akan dimasukkan kedalam akaun Raiz. Apabila cukup had minimum iaitu RM 5, barulah Raiz akan membeli mana-mana fund yang telah anda setup sebelum ini sama ada conservative, moderate, aggresive ataupun custom.
Bagi saya, round up spending sangat berguna bagi mereka yang hardcore menggunakan kad debit atau kredit. Jika anda dalam golongan tersebut yang mempunyai kadar penggunaan kad kredit atau debit yang tinggi, maka anda adalah orang yang paling sesuai untuk menggunakan round up spending ini. Ianya satu idea yang bijak kerana anda sendiri tidak akan begitu terasa duit lebihan tersebut diambil untuk dijadikan pelaburan.






Seterusnya anda boleh setkan untuk gunakan recurring investment. Ianya sama sahaja seperti potongan berkala dalam akaun bank anda. Contoh, jika anda tahu setiap bulan anda boleh allocate sekitar RM 50 sebulan untuk pelaburan anda boleh gunakan fungsi ini untuk memudahkan diri anda. Ianya satu sistem set and forget yang mana lama kelamaan akaun anda akan grow. Malah recurring investment amat baik bagi mereka yang suka gunakan teknik Ringgit Cost Averaging.








Terakhir adalah dengan cara One Time Investment. Jika anda merupakan seorang pelabur yang hardcore dan mempunyai kepakaran analisa pasaran, anda adalah orang yang paling sesuai untuk gunakan fungsi ini. Mungkin anda tahu bahawa pasaran sedang merudum, jadi anda hold dulu duit anda sehingga pasaran kembali pulih, barulah anda gunakan semua duit yang anda hold itu untuk tujuan pelaburan.




Kesimpulan
Banyak cara melabur dalam raiz dan secara peribadi saya nyatakan ianya sangat baik lagi-lagi fungsi round up. Anda akan langsung tak terasa yang anda baru sahaja melaburkan duit anda dengan pembelian unit amanah Permodalan Nasional Berhad. Tiada lagi alasan untuk tidak melabur kerana dengan serendah RM 5, anda sudahpun layak menjadi seorang pelabur dan menikmati hasil pelaburan anda dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Daftar Raiz Sekarang dan Dapatkan RM 5 secara percuma! Klik sini : Daftar akaun Raiz bersama Admin (Iqbal)
Inshaa ALLAH
Rujukan : Laman Web Raiz
Baca lagi : jenis coin crypto di dalam dunia cryptocurrency