Berbaloi Ke Unit Trust? Enam Info Penting Perlu Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Unit trust adalah salah satu produk pelaburan yang cukup baik bagi mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dalam pelaburan yang berisiko. Persoalan berbaloi ke unit trust? jawapannya ya. Kenapa? Unit trust itu sendiri telah mempunyai faktor utama dalam pelaburan yang berjaya iaitu diversification. Sesebuah unit trust biasanya mempunyai berbagai aset yang dipegang bagi melandaikan risiko serta memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang.

Perkara Yang Harus di Kenalpasti Sebelum Melakukan Pelaburan Unit Trust

Terdapat banyak perkara yang harus korang fikirkan sebelum memutuskan sesebuah unit trust itu berbaloi. Dibawah aku senaraikan dahulu semua faktor dan kemudian kita akan bincangkan satu per satu faktor tersebut.

  1. Matlamat Pelaburan
  2. Risiko Yang Sanggup Diambil
  3. Tempoh Pelaburan
  4. Kos yang terlibat
  5. Strategi Averaging
  6. Timing Pasaran

Matlamat Pelaburan

Berbaloi ke Unit trust itu boleh dijawab pada tahap pertama sebelum anda memulakan pelaburan iaitu apakah matlamat pelaburan anda. Matlamat pelaburan ini selalunya berkisar tentang berapakah target keuntungan yang anda ingin dapatkan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Kebiasaannya unit trust memberikan pulangan sekitar 10-15% bergantung kepada keadaan pasaran.

Namun, aku sarankan untuk target 15% per tahun keatas kerana jika ditolak dengan kos-kos yang terlibat saat membeli unit trust, ia membuatkan pembelian unit trust anda tidak berbaloi (jika anda target untuk short term iaitu setahun atau dua tahun sahaja).

Risiko Yang Sanggup Diambil

Sememangnya pelaburan unit trust adalah berisiko sederhana disebabkan faktor diversifikasi yang telah sedia ada dalam fund tersebut. Namun, secara amnya, risiko sederhana itu boleh dipecahkan lagi kepada tiga iaitu konservatif, moderate dan aggresif. Jadi, pulangan konservatif adalah rendah tetapi risikonya rendah, berbeza dengan aggresif, berisiko tinggi dan pulangannya juga adalah tinggi.

Berikut aku pecahkan beberapa jenis fund dalam unit trust berdasarkan risiko yang sedia ada. Jadi dari situ korang boleh pilih fund mana yang sesuai dengan risiko korang. Jika korang jenis agresif pilih sekian sekian fund dan sebaliknya. Kebiasaannya fund dalam unit trust terbentuk dari tiga produk iaitu Saham, Pasaran Kewangan serta Fix Income (Sukuk/Bon)

  1. Jika anda aggresif, pilih fund yang fokus kepada pembelian saham
  2. Jika anda jenis yang sederhana, pilih balance fund
  3. Jika anda tak nak risiko langsung, pilih money market fund
  4. Jika anda jenis steady nak makan dividen, pilih Fix Income.

Tempoh Pelaburan

Tempoh pelaburan yang paling singkat adalah 1 tahun dan paling lama adalah 10 tahun. Namun dalam menentukan berbaloi ke unit trust ini, saya sarankan untuk target 3 tahun ke 5 tahun untuk mencapai objektif pertama korang iaitu untuk gain 10% setiap tahun secara purata. So, rileks dan watch your money grow ok.

Kos yang Terlibat

Benda ni penting juga untuk korang tau. Bila consultant korang duk kuat sembang pasal gain tak habis habis tanya sekali kos yang terlibat. Kos-kos ini akan berbeza beza ikut fund dan juga syarikat. Dibawah adalah senarai kos yang akan korang bayar bila beli sesuatu unit fund.

  1. Sales Charge (Per Deposit) : Benda ni normal sebab ia adalah periuk nasi consultant korang. Mana ada benda free boh dalam dunia ni. Jadi biasanya 5% dan paling rendah adalah 1.5% kalau tak silap aku tapi biasanya yang 1.5% ni adalah website yang jual unit trust. Jadi, kalau korang jenis newbies gila, cari la yang ada consultant, dia akan terangkan.
  2. Management Fee (Tahunan) : Caj ini pulak adalah caj untuk bayaran kepada fund manager yang uruskan duit pool tersebut. Dia pun manusia, pecah otak gak la nak create portfolio yang steady income. Biasanya dalam 1.5%
  3. Trustee Fee (Tahunan) : Duit korang bukan company pegang. Kalau diorang pegang tak pasal pasal kena scam. Jadi, sebuah badan yang dipanggil amanah raya yang pegang duit korang. Caj yang dikenakan adalah 0.06% biasanya
  4. Switching Fee (Ikut keadaan) : Switching adalah proses korang jual Unit Trust A kemudian beli Unit Trust B. Contoh la masa beli unit trust A, dalam dua tahun dah dapat 25% untung, (bahagi dua tahun, lebih kurang 13%), then instead korang jual pastu masuk balik kena sales charge, baik korang switch je. Rate switching ni kena tengok syarikat.
Caj Unit Trust Yang Perlu Anda Tahu | Aku Pedagang Jawa
Contoh caj dalam unit trust. Kredit loan street

Strategi Averaging

Untuk mengetahui berbaloi ke unit trust ini, satu elemen yang penting selepas diversification adalah averaging. Ada banyak model averaging sebenarnya dan model yang paling biasa orang pakai adalah deposit berkala setiap bulan. Memandangkan jumlah minima pelaburan pun rata-rata RM 100, memang ia membuatkan orang gunakan model averaging seperti ini.

Selain cara ini ada jenis model berbentuk defensive averaging, dan timing averaging yang lebih complex yang mana kalau korang dapat consultant yang boleh suggest averaging yang complex ni, kira korang bertuah la.

What's Dollar-Cost-Averaging?
Contoh cara standard averaging. Kredit Publishox

Timing Pasaran

Ada orang kata jangan timing pasaran, just beli je mana mana unit trust sebab fund manager akan redirect fund tu untuk untung. Bagi aku tak betul sangat statement tu. Bila kita dapat timing, lagi cantik sebenarnya, Korang pernah dengar tak ada orang melabur sampai 10 tahun, tapi untung cuma 20% sahaja. Bila dibahagi 10, setiap tahun cuma 2% sahaja, baik masuk ASB betul?

Jadi, antara tips yang baik untuk korang ikut adalah

  1. Beli fund yang sedang jatuh, tapi bukan dibawah benchmark. Itu maknanya korang dapat beli fund yang sedang discount dan menanti untuk naik. Cara ini membuatkan korang boleh kumpulkan unit yang lebih banyak dan of course dividen yang korang terima pun lebih banyak.
  2. Lihat pada Mother Index seperti FBMKLCI dan US Nasdaq atau DOW. Bila diorang da start bullish, masa tu la timing terbaik untuk beli fund.

Tips-tips ni agak advance bagi orang baru. Jadi, boleh refer pada unit trust consultant korang ye.

Kesimpulan

Aku dah menjawab persoalan berbaloi ke unit trust untuk panduan korang semua. Jadi, dengan semua info yang diberikan, aku harap korang dapat memaksimumkan keuntungan korang dengan lebih tinggi lagi. Jangan terperdaya dengan the most perform Fund of the year ke of the monthly ke. Once dia dah menaik jauh, korang dah cukup lambat untuk rasa keuntungannya.

Buy when all fear, sell when all greed.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Teknik 52 Week High

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →