Bismillahirrahmanirrahiim
Sapa je tak suka dividen kan? Itu antara salah satu corporate eksesais yang ramai orang tunggu. Kenapa? Sebab dividen dibayar dalam bentuk cash. Jadi boleh lah korang pakai duit dividen tu untuk kegunaan masing masing kan? Artikel kali ini aku akan tunjukkan skil untuk dapatkan passive income dari dividen melalui pasaran saham.
Apa itu Dividen
Sebelum kita nak pergi jauh lagi pasal passive income dari dividen, kita kena tau dulu apa itu dividen. Dividen merupakan satu jenis pengagihan keuntungan kepada shareholder dalam bentuk cash. Duit tersebut biasanya akan dibank in ke dalam akaun setiap share holder bagi kes Bursa Malaysia la ek. Disebabkan itulah ada pelabur yang suka beli kaunter kaunter yang kerap membayar dividen ini.
Masalah Dengan Pembayaran Dividen.
Biasanya apabila dividen dibayar harga akan readjust sedikit, biasanya akan jatuh. Semakin besar dividen yang dibayar maka impak harga saham juga semakin tinggi untuk jatuh. Tapi takde lah jatuh sampai tergolek dog. Readjustment dia tu ada kiraannya, if korang jenis trader swing, boleh makan sekali dividen janji range sebelum hit Stoploss tu boleh cater masa readjustment dividend sedang berlaku.
Selain itu, pembayaran dividen oleh syarikat pula tak tentu. Selalunya ikut dan diorang je. Nak bayar, bayar tak bayar, tak bayar la. Walaupun tu syarikat blue chip ke MnC ke, keputusan untuk bayar dividen tertakluk pada keputusan syarikat. So, mungkin agak sukar sikit peluang untuk kita agak bayaran dividen seterusnya, hanya bergantung kepada data lepas sahaja iaitu berapa kerap syarikat itu membayar dividen.
Lubuk Utama Saham Yang Bayar Dividen
Sebagai seorang pelabur yang inginkan passive income dari dividen, janganlah korang pilih saham yang merepek-repek, lagi lagi penny stock. Ini lubuk saham yang boleh membayar dividen yang steady.
- Saham blue chip biasanya bayar dividen steady
- Saham yang mempunyai market cap yang besar. Sebab bila diorang dah besar, diorang dah hampir tak boleh berkembang lagi da. Jadi, duit yang ada biasanya akan distribute melalui dividen
- REIT. Ini super senang, ada sedikit konfirmasi yang diorang akan bayar hampir 4x setahun tau. Dalam REIT, syarat utama adalah 90% income yang boleh dicukaikan WAJIB diagihkan melalui dividen.
Melalui pengamatan aku, aku lebih prefer untuk rembat REIT sebab tak payah pikir betul ke tak diorang nak bayar dividen ni. For sure, 2 hingga 4 kali bayaran dividen setahun itu biasa. Jadi korang tak payah fikir banyak, boleh je terus lambak untuk beli REIT dalam korang punya CDS. Selalu yang aku tengok, bayaran dividen REIT ni sekitar 4-5% setahun. Jadi, kalau dia bayar dua kali, maknanya dapatlah sekitar 2% setiap kali bayaran.
Strategi Passive Income Dari Dividen
Cukup mudah, beli masa harga jatuh kaw kaw. Itu sahaja caranya. Target kita adalah nak accumulate unit sebanyak mungkin, bukan nak kejar capital gain. Instead walaupun harga jatuh, dividen korang still makan. Bestkan? Tunggu je la sampai harga belian saham korang dah hijau, masa tu nak jual silakan. Antara contoh klasik yang selalu orang gunakan adalah buy at support. Masa nak tanda support, pastikan guna daily atau weekly punya timeframe, baru jauh sikit jarak dia.
If tak tau camne nak plot SnR, senang sahaja, gunakan Pivot Line. Bila keluar line pivot, korang fokus nak beli bila harga dah hit kawasan Pivot Line. Ataupun guna sahaja indikator Auto SnR dalam trading view. Diorang dah siap siap plotkan kawasan SnR, jadi tugas korang adalah tunggu price hit level tersebut dan terus beli dengan modal yang sedia ada.
Kesimpulan
Aku dah terangkan cara untuk dapatkan passive income dari dividen. Ingat, ia adalah satu strategi pelaburan jangka panjang yang boleh dikatakan rendah risiko. Kenapa? Sebabnya korang pilih kaunter yang dah well establish dan kaunter yang mempunyai konsep diversifikasi. Diharap artikel kali ini dapat bantu korang untuk buat duit dalam saham melalui pembayaran dividen. Amiin
Sumber : Pengalaman
Baca lagi : Berbaloi ke Unit Trust