Kelebihan Private Mandate Kepada Pelabur

Bismillahirrahmanirrahim

Private mandate adalah satu servis yang ditawarkan kepada pelabur untuk melaburkan wang mereka menggunakan khidmat fund manager. Berbeza dengan unit amanah, duit anda dilaburkan oleh fund manager juga tetapi anda tiada ownership kepada saham yang anda beli, Tetapi, dengan private mandate, saham yang dibeli oleh fund manager sememangnya milik anda. Artikel kali ini akan mendedahkan kelebihan private mandate kepada pelabur pelabur baru.

Kenapa Private Mandate Tidak Popular

Sebelum kita terangkan tentang kelebihan private mandate, ada juga kawan-kawan yang bertanya kenapa private mandate ini tidak popular dan tidak diketahui oleh ramai rakyat malaysia. Mereka lebih mengetahui tentang saham, unit amanah dan ASB sahaja. Faktor utama ramai yang tidak ketahui tentang produk private mandate adalah modal yang diperlukan adalah sangat tinggi dan paling rendah semasa zaman dahulu adalah RM 250,000 jika saya tak silap.

Namun, sekarang ini ramai syarikat pelaburan yang berlumba-lumba untuk menawarkan private mandate ini pada jumlah yang lebih logik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana. Seperti di Philip Capital Market, anda boleh menggunakan servis private Mandate pada modal serendah RM 5,000 sahaja. Selepas itu duit anda akan diuruskan 100% oleh tim pelaburan PCM bagi memastikan anda mendapatkan pulangan pelaburan yang memuaskan.

Kelebihan Private Mandate

Mari kita bincangkan apa kelebihan private mandate berbanding daripada melabur sendiri menggunakan CDS. Dibawah saya telah senaraikan keypoint untuk memudahkan kefahaman anda semua.

  1. Diuruskan oleh fund manager khas untuk anda
  2. Mempunyai kos pelaburan yang rendah
  3. Return yang memberangsangkan
  4. Sistem monitoring yang baik
  5. Pemilihan saham yang berkualiti

Apabila anda melaburkan duit anda di dalam private mandate, akan ada satu fund manager yang dikhaskan untuk anda. Jadi, semua masalah berkaitan dengan pelaburan anda, anda boleh terus berhubung dengan fund manager tersebut. Fund manager akan menggunakan kaedah sama ada value investing ataupun growth investing. Kaedah tersebut akan dipilih berdasarkan kepada profile anda semasa anda melakukan sesi pendaftaran.

Menariknya, anda tidak perlu bersusah payah untuk belajar tentang saham sama ada teknikal analisis mahupun fundamental analisis. Apa yang anda tahu adalah untuk keep track saham anda setiap tahun sahaja sama ada untung atau rugi. Di dalam private mandate mereka tidak melabur secara perseorangan tetapi ianya terdiri daripada sebuah tim.

Di dalam tim tersebut terdapat dua bahagian iaitu research analysis dan juga product development team. Mereka akan berganding bahu dalam merangka portfolio pelaburan anda. Tim research analysis akan melakukan kajian terhadap sesuatu saham sama ada berbaloi atau tidak untuk dibeli manakala tim product development akan menentukan bagaimana portfolio akan dibangunkan.

Perbezaan Unit Trust Dan Private Mandate - Visikewangan
Urutan private mandate. Kredit kepada visikewangan

Kedua, dengan private mandate, kos pelaburan adalah rendah terutamanya pada kos brokerage. Philip Capital Market sendiri adalah sebuah syarikat broker, oleh itu mereka yang menggunakan servis private mandate mereka berkemungkinan besar dapat menikmati kos brokerage yang rendah. Malah, private mandate mengenakan caj yang lebih murah berbanding caj unit trust iaitu 3% sahaja jika dibanding dengan UT sebanyak 5%.

Kelebihan private mandate yang ketiga adalah mempunyai return yang memberangsangkan. Portfolio pelaburan anda akan diurus secara aktif oleh tim pelaburan, oleh itu matlamat mereka adalah untuk memberikan keuntungan yang lebih tinggi kepada client mereka. Motivasi mereka untuk menentukan client mendapatkan keuntungan adalah tinggi memandangkan mereka juga ingin mendapatkan insentif profit sharing apabila akaun yang diuruskan meraih keuntungan yang besar.

Hanya melabur di UT sahaja dapat hampir 50% setahun

Keempat, private mandate biasanya mempunyai sistem monitoring tersendiri. Jika anda membeli UT, anda hanya boleh melihat top 10 pegangan sesuatu fund sahaja. Namun di private mandate, anda akan mendapat satu akses web yang menunjukkan keadaan semasa portfolio pelaburan anda. Malah anda tidak perlu untuk membuka akaun CDS untuk melabur.

PCM menyediakan satu akses laman web yang dipanggil sebagai FAME. Para pelabur boleh monitor portfolio pelaburan mereka di situ. Contohnya jumlah pegangan saham, berapa unit pegangan yang dibeli, dan status semasa sama ada sedang untung ataupun rugi. Ia menunjukkan bahawa antara kelebihan private mandate adalah transparency yang mana semua maklumat belian dan jualan dipaparkan kepada pelabur.

FAME Account Reset
Website FAME digunakan untuk monitor saham yang dibeli oleh Private Mandate Fund Manager

Terakhir, private mandate mempunyai amalan yang ketat dalam pemilihan saham yang berkualiti. Perkara ini dilaksanakan bagi memastikan akaun klien mereka dapat menjana keuntungan yang tinggi pada setiap tahun ataupun atleast mampu untuk beat the index. Pemilihan saham juga dipengaruhi oleh syarikat broker yang menawarkan private mandate itu sendiri. Ada yang memilih style labur ada yang menggunakan style trading.

Kesimpulan

Private mandate adalah satu servis yang disediakan khas kepada mereka yang mempunyai duit lebihan dan inginkan return yang lebih tinggi berbanding dengan simpanan tetap, unit trust ataupun ASB. Jadi, bagi mereka yang tidak mahu pening kepala nak fikir bagaimana nak melabur secara direct dengan pasaran saham, bolehlah menggunakan servis private mandate.

Jika berminat anda boleh hubungi saya di 018-941 8731 (Iqbal) untuk bantuan mendapatkan servis private mandate bersama dengan syarikat Philip Capital Market. Inshaa ALLAH

Rujukan : :Laman Web Philip Capital Market

Baca Lagi : Cara Daftar Raiz Invest

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →