Kajian Kaunter KRONO

Bismillahirrahmanirrahim

Ok, untuk hari ini saya dapat lihat kaunter pilihan saya adalah KRONO sebabnya dah ada entry yang tercipta disitu. Jom kita ulas satu persatu elemen yang ada dalam kaunter Krono. Maklumat yang akan saya share adalah seperti berikut.

  1. Pentadbiran
  2. Volatility dan Liquidity
  3. Setup
  4. EP TP dan SL
  5. Fundamental

Pentadbiran

Kaunter KRONO merupakan kaunter daripada Ace Board. Ianya terlibat dengan perniagaan berasaskan Technology dan Sub Sector bagi syarikat ini adalah Digital Services. Kaunter ini juga berstatus patuh syariah dan alamat syarikat ini boleh didapati di KL Sentral.

Volatility dan Liquidity

Volatility untuk kaunter KRONO ini akan diukur berdasarkan floating share kaunter ini iaitu sekitar 450 juta unit didagangkan. Memandangkan ianya berada dibawah kayu ukur 1 billion unit, maka saya pertimbangkan sebagai kaunter yang ringan dan mudah untuk harga bergerak sama ada keatas ataupun kebawah.

Dari segi liquidity pula, kita lihat volume dagangan sebanyak 896k berbanding volume purata 3.6 million. Namun tidak menjadi masalah untuk buyer dan seller untuk letakkan order kerana liqudity bertaraf sederhana ini boleh menampung jumlah order dalam pasaran.

Setup

Kita lihat pada setup D1 price dalam keadaan retracement dan telah berada lama dalam zon yang kita perhatikan iaitu 0.618-0.786. Kemudian kita zoom in untuk timeframe H1 dan lihat price telah reject kawasan 0.786. Selain itu terjadinya double Bullish Heiken Ashi yang membentuk double top yang memberikan signal bahawa price mungkin akan naik. Ditambah dengan volume H1 yang berjaya memecahkan volume purata H1 menambahkan lagi kekuatan yang mana harga mungkin akan naik lebih tinggi.

  1. Trend : Retracement Mode
  2. Zone : Price dah reject zone 0.786
  3. Signal : Bullish Heiken Ashi
  4. Volume : Vol H1 break Vol purata
  5. Pattern : Terdapat double top berdasarkan pembentukan Heiken Ashi

EP TP SL

Untuk bacaan EP /TP /SL serta premature exit adalah seperti berikut.

  1. EP : 0.635
  2. SL : 0.615
  3. TP : 0.690
  4. Premature Exit : EMA Cross Down
  5. RR : 1:2.75

Fundamental

Untuk QR terbaru agak okay kerana company dah generate keuntungan. Malah jika kita lakukan pembandingan, kita lihat jumlah Revenue, Profit After Tax dan juga profit after Margin meningkat. Jadi kita boleh simpulkan bahawa kaunter ini ok dari segi fundamental

Kesimpulan

Dari segi analisa teknikal dan fundamental, ianya satu kaunter yang bagus untuk kita trade. Jadi saya pilih kaunter ini untuk trade.

Inshaa ALLAH, kita cuma merancang dan berdoa, ALLAH SWT lah yang memberikan rezeki. Amiin

Baca lagi : Kelebihan Private Mandate

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →