Kajian Kaunter PRESTAR 24 Feb 22

Bismillahirrahmanirrahim

Ok, hari ini aku akan buat sedikit kajian berkenaan dengan kaunter PRESTAR. Analisa kali ini kita akan kupas sedikit tentang latar belakang company, status kepatuhan syariah, sektor yang terlibat serta core business company ini. Semua data analisis kali ini akan bersumberkan daripada laman web Bursa, Malaysiastockbiz serta Tradingview.

Latar Belakang Syarikat Prestar

Syarikat ini secara amnya membuat perniagaan berasaskan Industry dan tergolong dalam sektor Industrial Product and Services. Dalam bahasa mudah, syarikat ini mempunyai core business menjual barangan berasaskan Steel. Ia juga telah mendapat standard patuh syariah dan kaunter Prestar ini boleh dipilih oleh umat Islam untuk jual beli saham dalam pasaran Bursa.

Sentiment Pasaran

Pada 23 Feb 22, kita dapat lihat KLCI telah mengalami kenaikan dan rata-rata sub sektor indeks lain juga turut mengalami kenaikan. Hanya indeks sektor Kesihatan dan REIT sahaja dalam keadaan menurun. Memandangkan kaunter Prestar berada dalam indeks Industrial Product and Services, kita dapat simpulkan bahawa hari ini adalah masa yang sesuai untuk membeli saham kaunter ini.

Elemen Multi Timeframe / Multi Period

Kita gunakan Triple Exponential Moving Average serta TF D1 untuk filter keadaan trend semasa. Ringkasnya, kaunter ini telah terpapar dalam screener yang kita sudah set. Kepentingan Multi TF atau Multi Period digunakan untuk menentukan sama ada pergerakan bearish adalah berbentuk pullback / retracement sahaja.

Elemen Trend

Kita akan gunakan beberapa indikator untuk menentukan trend semasa dalam pasaran iaitu :

  1. RSI
  2. MA 10 30 MA 200
  3. Higher High Lower Low

First kita tengok, RSI dah start Overbought dekat anak panah Oren. OB tu terjadi disusuli dengan price break EMA 200. Jadi kita tahu, bila price break resistance lepas tu OB, ia menandakan wujudnya momemntum yang kuat. Kedua kita tengok MA 10 dan 30 dah pun berada di atas EMA 200, menunjukkan bahawa high TF dan Low TF semua berada dalam keadaan Uptrend. Terakhir, HH terbaru lebih tinggi daripada LH sebelum ini, menunjukkan bahawa market structure Uptrend telahpun terbentuk.

Elemen Zon

Elemen ini digunakan untuk mencari kawasan terbaik untuk kita entry dalam kaunter PRESTAR ini. Sebuah trading dengan RR yang cantik dapat direalisasikan dengan kita identify zon untuk entri. Biasanya kebanyakan trader akan mencari kawasan SnD atau SnR sebagai kawasan entry. Namun, kita akan guna range antara EMA 200 sehingga EMA 30 sebagai zon entri. Jadi untuk kes kaunter Prestar ni, price dah hit kawasan tersebut dan kita tahu sekarang adalah masa sesuai untuk cari entri.

Elemen Pattern

Kita akan mencari continuous chart pattern untuk menyokong pergerakan bullish kaunter Prestar ni. Apa yang saya nampak Flag Pattern telah terbentuk. Pattern ini adalah salah satu daripada contoh continuous chart pattern yang valid.

Elemen Entry

Untuk mencari entry, kita akan gunakan RSI Cross SMA 14 serta disokong dengan pembentukan candlestick formation sebagai secondary. Saya nampak terjadinya pembentukan Tweezer Bottom setelah diakhir flag dan RSI pun telah cross SMA. Ditambah lagi candlestick baru sahaja rebounce dari EMA 200. Ini adalah satu contoh signal yang baik untuk kita lakukan entry.

Elemen Volume

Untuk volume kita dapat lihat volume semasa dalam keadaan merah. Tetapi ketika pembentukan Tweezer Bottom, Volume telah berjaya break Avg Vol, menunjukkan terdapatkan vol yang lebih besar dari yang besar telah dikesan dalam aktiviti jual beli saham kaunter prestar.

SL dan TP

Untuk SL, kita akan gunakan HH yang sebelum ni dan untuk TP kita akan gunakan HH sebelum sebelum ini yang lebih tinggi daripada harga semasa. Target RR adalah lebih dari 1:2 serta pre Exit pasaran adalah EMA Cross Down.

Kesimpulan

Kaunter Prestar ni aku consider sebagai kaunter yang baik untuk entri. Dengan semua elemen yang telah aku bincangkan ia ada kebarangkalian yang lebih tinggi untuk naik dan RR 1:2 minimum pula akan buatkan kita lebih cepat untuk pull out dari pasaran sekiranya price buat sharp uturn.

Alhamdulillah, analisis kerja kita, profitloss ALLAH Taala yang beri. Sentiasa syukur dan sabar dengan semua ujian dan nikmat Amiin.

Sumber : Teknik Short Swing Pedagangjawa

Baca lagi : Cara Terbaik untuk Cut Loss dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →