Bismillahirrahmanirrahim
Kumpulan JETSON merupakan syarikat yang terlibat dengan sektor kejuruteraan yang fokus kepada pembinaan, bahan plastik serta Sistem Anti Gegar. Syarikat ini telah bertapak sejak 1977 dan mula disenaraikan di Bursa sekitar 90 an. Jadi, kita boleh consider syarikat ini merupakan syarikat yang kukuh atas sebab pengoperasian yang melebihi dari 5 tahun dan masih lagi disenaraikan didalam Main Board Bursa.
Analisa Teknikal Carta Harga Kumpulan JETSON
Analisa ini dijalankan pada 11 April 2021. Aku guna Timeframe D1 dan W1, pada chart tradingview. Jadi, harga yang dirujuk adalah pada tarikh tersebut, kalau dah tinggi jangan kejar, kalau dah turun, reevaluate balik berdasarkan kefahaman sendiri.
Wave Analisis
Untuk buat wave analisis, perbandingan antara X dan Y Factor tidak dapat dibuat disebabkan hanya Y1 dan X1 sahaja yang terbentuk. Tapi sebelum ini, price dalam keadaan ranging dan bila ranging, aku akan gunakan pendekatan T1T2 Konsep.
T1 T2 konsep digunakan ketika price sedang sideway. Ia mengambil kira faktor masa berbanding daripada struktur HH dan LL dalam Dow Theory. Semakin lama T2 sideway berbanding T1, semakin tinggi kebarangkalian untuk price naik.
Apa yang kita lihat T1<T2. Maka, price naik dan membentuk Y1 dan X1. Apa yang menarik disini, walaupun X dan Y faktor tak dapat dianalisa, kita dapat lihat X faktor retrace sehingga level 0.236. Ia bermakna masih banyak ruang untuk price retrace membentuk X2. Sebab itu aku pilih kaunter ini sebab ia berpotensi tinggi utnuk terbang lebih tinggi.
SnR Analisis
Dengan menggunakan kaeadah Head of Gangster dan Wash and Rinse, line SNR telah ditandakan. Yang hijau merupakan SnR Weekly dan biru adalah SnR Daily. Apa yang kita nampak, kedua dua SnR ini dah breakout.
Apabila price da breakout ia menunjukkan momentum dan mempunyai kebarangkalian untuk price memacak lebih tinggi. Terpulang kepada anda untuk masuk instant ataupun tidak.
Candlestick Analisis
Dari sudut candlestick pula, kita detect yang pembentukan tasuki yang fresh telah berlaku. Gap yang dibentuk telahpun disokong dengan volume dagangan yang 3x lebih besar dari average volume. Oleh itu, aku simpulkan bahawa breakout yang terjadi merupakan breakout yang powerful kerana disusuli dengan volume yang kuat.
Indikator Analisis
Terdapat dua indikator yang aku gunakan iaitu Bollinger Band dan juga RSI. BB digunakan untuk mengukur momentum manakala RSI digunakan utnuk menentukan sama ada harga sedang trending ataupun sideway.
Dalam BB, anda lihat price berjaya break Upper BB. Ini menunjukkan terdapat momentum yang berjaya membuatkan price bergerak dan memecahkan kawasan BB. RSI pula menunjukkan bacaan 68.95 yang mana jika price berada diatas bacaan 60, ia boleh dianggap sedang trending.
Analisa Fundamental Kumpulan JETSON
Secara amnya, Kumpulan JETSON mencatatkan kerugian berbanding dengan Q yang sebelum ini. Walaupun secara kasarnya, akan ramai mid term investor akan tarik diri apabila syarikat tidak perform, perlu diingatkan ada sebahagian investor yang masih melihat kaunter ini masih berbaloi.
Bedah siasat laporan kewangan harus dilakukan dengan lebih teliti. Bagi aku, aku hanya ambil fundamental analisis sebagai faktor dokongan sahaja.
Kesimpulan
Secara keseluruhan apa yang aku boleh katakan adalah Kumpulan JETSON mempunyai potensi yang tinggi untuk harga naik lebih tinggi atas sebab :
- Wave Analisis : GOOD
- Snr Analisis : GOOD
- Candlestick : GOOD
- Indicator : GOOD
- Fundamental : BAD
Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak.
Disclaimer : Ini hanya pandangan peribadi dan bukan nasihat pelaburan kewangan. Segala tindakan pelaburan adalah atas risiko anda sendiri. Rujuk kepada pakar kewangan anda jika anda ragu2 dalam membuat keputusan pelaburan. Artikel ini hanya memaparkan DATA DATA yang sedia ada sahaja di dalam kaunter tersebut.
Baca : FA dalam saham