Kajian Kaunter PESONA

Bismillahirrahmanirrahim

PESONA Metro Holding merupakan syarikat yang terlibat dengan pembinaan bangunan-bangunan komersial serta kediaman. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 19 Ogos 2011 dan bertapak di Seri Kembangan. Jadi kepada sesiapa yang berminat, boleh lah tengok pejabat diorang dekat Seri Kembangan tu.

Analisa Teknikal Kaunter PESONA Metro Holding

Wave Analisis

Daripada gambar yang aku attach ni, kau dapat lihat yang price dah consolidate lama da sebelum ni. Jadi, untuk melakukan Wave Analisis, aku akan gunakan pendekatan T1T2 yang mana paling sesuai untuk digunakan bagi pair yang tengah sideway.

T1T2 mengukur dari segi masa. Jika masa T1 lebih sekejap berbanding T2, maka kebarangkalian untuk price terbang lebih tinggi adalah sangat cerah. Dalam chart PESONA, kau dapat lihat T1<T2, jadi dia mempunyai chance untuk membuat new high.

SnR Analisis

Aku menggunakan kaedah Head of Gangster serta Wash and Rinse untuk menganalisis kawasan SnR. Line hijau adalah SnR Weekly manakala line biru adalah SnR Daily. Berdasarkan kepada gambarajah, kau dapat lihat kedua dua SnR ini telahpun berjaya dipecahkan oleh price.

Jadi kesimpulannya, chart ada chance untuk pergi lebih jauh atau naik kepada harga yang lebih tinggi.

Candlestick Analisis

Macam biasa, aku akan cari candlestick formation Tasuki. Tasuki yang terbentuk adalah hasil pembentukan dari dua candlestick bullish yang menandakan strong Tasuki. Memandangkan aku punya risk apetite agak ok, maka aku tak nak tunggu price retrace hingga gap.

Indicator Analisis

Terdapat dua indikator yang akan kau terangkan. Pertama BB dan kedua adalah RSI. Jika kau lihat pada price, kau akan nampak price berjaya break diluar BB. Ini menunjukkan hadirnya momentum untuk price bergerak lagi.

Lihat pula pada RSI, sekarang ianya melebihi dari bacaan 60 yang menunjukkan price dalam fasa trending, bukan dalam fasa sideway. Jadi, dengan menggabungkan dua maklumat ini, aku percaya price boleh terbang lagi tinggi.

Fundamental Analisis

Sebagai tambahan analisa sokongan, kita akan lihat laporan kewangan syarikat ini. Beruntunglah sebab kaunter ini menunjukkan peningkatan antara QR sebelum dan terkini. Kalau kau tengok, revenue dia berkurangan sedikit tapi terdapat peningkatan signifikan dalam profit after tax dengan net profit dia.

Kesimpulan

Secara amnya, kaunter PESONA mempunyai potensi untuk harga naik lebih tinggi disebabkan faktor berikut.

  1. Wave : GOOD
  2. Indicator : GOOD
  3. SnR : GOOD
  4. Candlestick : GOOD
  5. Fundamental : GOOD

Rujukan : ARTT Pedagangjawa

Baca lagi : Maksud Volatile Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →