Bismillahirrahmanirrahim
Dunia pasaran saham merupakan satu pasaran yang bergerak rancak ataupun volatile. Disebabkan kerancakan tersebut, maka saham diletakkan dalam kalangan pelaburan yang berisiko tinggi. Artikel ini akan membantu kau untuk mengetahui apa maksud volatile dalam saham.
Maksud Volatile Dalam Saham
Volatile bermaksud rancak. Oleh itu, maksud volatile dalam saham adalah kerancakan perubahan harga yang berlaku dalam sesebuah kaunter. Semakin besar harga berubah, maka semakin rancak saham tersebut.
Volatile dalam saham tidak terpalit dengan trending atau sideway phase kerana volatility hanya fokus kepada price change dan bukannya market wave.
Jenis-Jenis Volatile
Terdapat 3 jenis kadar volatility yang perlu kau tahu iaitu:
- High Volatility
- Low Volatility
- Uncertain Volatility
Ketika high volatility, perubahan harga akan rancak berlaku dalam pasaran. Anda dapat melihat harga naik atau turun dengan laju menyebabkan harga sentiasa berubah-ubah dengan pantas. Ketika high volatility ini berlaku, ramai para trader saham akan menunjukkan kemanisan portfolio mereka yang hijau dan mendapat gain yang tinggi.
Namun, high volatility juga datang dengan risikonya. Jika anda tersilap langkah, maka anda juga akan meraih kerugian yang agak tinggi. Sebab itu pentingnya untuk ketahui maksud volatile dalam saham.
Semasa low volatility pula, kau akan tengok flat market. Flat market bermaksud range pergerakan harga yang terlalu kecil pada jangka masa yang lama. Kalau kau ada entry dalam mana-mana kaunter low volatility, maka peramlah ia dengan penuh sabar.
Uncertain volatility pula adalah satu keadaan yang terlalu extreme yang kau tak dapat jangka. Ianya datang membentuk situasi panikl dan harga akan bergerak dengan terlalu pantas sama ada keatas dan juga kebawah.
Kebiasaannya, masa uncertain volatility berlaku, kau akan nampak banyak gap dan unmatch order berlaku kerana jumlah buy dan sell yang terlampau pantas dan terlalu extreme berbanding dengan pasangannya. Selain itu, kau akan nampak terjadinya keadaan Spike yang mana price akan meninggalkan shadow yang cukup panjang dalam masa yang terdekat.
Keadaan uncertain volatile ini boleh menjadikan seseorang kaya gila ataupun seseorang miskin gila. Jadi, nasihat saya, jangan masuk ketika price sedang berada dalam fasa uncertain volatile.
Cara Mengukur Volatility Saham Secara Manual
Kau nak tahu camne nak ukur volatility saham sama ada tinggi atau rendah? Nah, ini ada beberapa benda yang perlu kau tengok.
- Total Share
- Outstanding Share
- Volume
Pada mulanya, kau kena lihat perbandingan antara total share dan juga outstanding share. Dengan cara ini kau akan dapat lihat floating share percentage untuk kaunter tersebut. Jika floating share kaunter tersebut bawah 50%, maka kaunter tersebut amat sensitif dan mudah untuk harga berubah.
Contoh, total share 1,000,000 dan outstanding share adalah 300,000. Jadi, kau cuma kirakan dalam peratus dan kau akan dapat 30% floating stock. kau boleh simpulkan kaunter ini adalah ringan disebabkan berada dibawah 50%.
Selepas itu, kau perlu tengok volume dagangan hariannya. Walaupun kaunter tersebut ringan, kau perlu tunggu volume harian yang tinggi. Biasanya mereka trader, akan ambil relative volume 3x lebih besar dari average volume.
Jika semua keadaan seperti yang aku terangkan diatas terjadi, selain kau faham maksud volatile dalam saham, kau boleh identify yang kaunter tersebut adalah high volatility.
Kesimpulan
Aku dah terangkan tentang maksud volatile dalam saham, jenis jenis volatility serta cara nak ukur volatility dalam saham. Dengan ketiga-tiga maklumat ini, percayalah, ia amat membantu kau dalam memilih kaunter yang bertepatan dengan risk appetite kau. Jumpa lagi pada artikel lain.
Rujukan
- Bacaan diinternet
- Pengalaman yang ALLAH beri
Baca lagi : Maksud Retrace Dalam Saham