Bismillahirrahmanirrahim
Pergerakan harga dalam pasaran bergerak naik dan turun dan setiap satu pergerakan dipanggil sebagai wave. Untuk pengetahuan kau, wave ni ada dua jenis iaitu Projection Wave dan Retracement Wave. Hari ini aku akan jawab maksud retrace dalam saham supaya bila orang cakap pasal wave ni, kau ada idea dan faham apa yang orang sedang bincangkan.
Maksud Retrace Dalam Saham
Jadi, kau mesti nak tau kan apa maksud retrace? Retrace dalam saham bermaksud satu pergerakan harga yang berlawanan dengan pergerakan yang dominan. Jika pergerakan dominan (projection) adalah uptrend, maka pergerakan bearish ketika uptrend dipanggil sebagai retrace. Manakala jika pergerakan dominan adalah downtrend, maka pergerakan bullish ketika downtrend dipanggil juga sebagai retrace.
Ciri-Ciri Retracement
Terdapat beberapa ciri yang ada dalam pergerakan retrace dalam saham. Kau kena hafal semua kriteria ini, baru kau boleh identify dengan tepat kat mana wave retracement tu. Takut nanti kau tersilap pilih projection wave sebagai retracement wave.
- Retracement wave bergerak lebih kecil dari projection wave
- Retracement wave tidak mampu untuk melepasi HH atau pun LL projection wave.
- Retracement wave berlaku di dalam keadaan trending sahaja, tidak berlaku dalam keadaan sideway.
Ok, camne kau nak tau retracement wave bergerak lebih kecil dari projection wave? Kau boleh gunakan fibonacci retracement tool untuk bantu kau tengok pergerakan antara wave. Biasanya ia tidak akan melebihi LL atau HL projection wave. Tengok gambar dibawah untuk kefahaman kau bagaimana untuk ukur retracement wave ni.
Untuk point yang ketiga, retracement tidak valid ketika price dalam keadaan sideway. Untuk gunakan point ketiga ni, kau boleh gunakan indikator RSI untuk tentukan trending phase ataupun sideway phase. Mudah je cara nak guna indikator RSI ni, list seperti dibawah.
- Trending Phase : RSI Break 30 kebawah (Downtrend) atau 70 keatas (Uptrend)
- Sideway phase : RSI di dalam kawasan 30-70
Contoh gambar disertakan untuk kau faham kat mana sideway phase dan ianya tidak boleh dipanggil sebagai retracement.
Kegunaan Retrace Dalam Saham
Selain tahu maksud, kau pun kena tahu apa gunanya retrace dalam saham. Retrace berlaku apabila terjadinya selling pressure (uptrend) ataupun buying pressure (downtrend). Maka price akan turun atau naik sebentar. Kenapa adanya selling or buying pressure ini? Ianya bergantung kepada objektif player yang ada dalam pasaran.
Jika mereka rasakan harga dah tinggi maka diorang nak jual dahulu dan tunggu price turun sedikit untuk beli pada harga yang lebih murah. Maka fungsi retrace ini adalah penting kepada mereka yang sedang menunggu untuk membeli saham pada harga yang murah, berbanding membelinya pada harga yang mahal iaitu di puncak.
Malah, dengan adanya pergerakan retracement, ia menunjukkan market atau carta harga kaunter itu sihat. Apa yang dimaksudkan sihat? Terdapatnya liquidity iaitu buyer dan seller yang equivalent dalam kaunter tersebut. Liquidity amat penting supaya order yang kau que tu boleh match dengan pantas.
Kesimpulan
Kita recap balik , aku dah terangkan kat kau tentang maksud retrace dalam saham, ciri ciri pergerakan retracement serta kegunaan retrace dalam saham. Aku harap ia dapat meningkatkan lagi kefahaman kau dalam membaca carta harga dan pergerakan pasaran semasa menggunakan analisa teknikal.
Sumber
- Internet
- Pengalaman dan Ilham dari ALLAH SWT
Baca Lagi : Tahap Risiko Saham