Rupanya Inilah Tahap Risiko Saham Yang Sebenarnya

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia pelaburan sentiasa akan seiring dengan risiko. Dimana ada potensi keuntungan, disitu juga ada potensi kerugian. Ya, anda mengaku bahawa pelaburan ada risikonya tersendiri tapi apakah tahap risiko saham? Artikel kali ini saya akan bincangkan tahap risiko saham pada sudut produk pelaburan itu sendiri. Elemen diversifikasi dan juga money management tidak akan diperincikan.

Tahap Risiko Pelaburan

Biasanya, kita selalu tanya risiko pelaburan tu bagaimana. Apa kriteria yang buatkan satu produk pelaburan tu berisiko. So, korang boleh tau tahap risk produk tu dengan beberapa kriteria iaitu :

  1. Modal dapat balik tak?
  2. Ada main dengan faktor masa tak?
  3. Untung tinggi tak?

Dan tahap risiko ada tiga

  1. Low risk
  2. Average risk
  3. High risk

Formula untuk tau risiko sesebuah produk pelaburan adalah seperti berikut

Semakin mudah modal pokok burn, dengan tempoh masa yang semakin pendek, yang dijanjikan dengan keuntungan yang tinggi, maka semakin tinggilah risiko produk pelaburan itu

Jadi, semua produk pelaburan akan dikategorikan tahap risiko dia berdasarkan tiga kritera yang aku dah sebutkan. Jadi, berbalik pada saham, apakah tahap risiko saham? Meh kita tengok gambar kat bawah ni kasi paham

Nampak tak tahap risiko saham dekat mana? Ya dekat bahagian average risk, dah nak masuk pun kat high risk. Jom kita ulas berdasarkan kriteria risiko pelaburan.

Ok, first modal pokok terganggu tak? Ya terganggu. Harga saham naik dan turun. Kat sini dah ada point yang risk dia tinggi. Kedua ada faktor time constraint tak? Untuk yang gunakan cash account, takde kira selamat. Tapi yang pakai contra, gigil. T+3 kena jual walaupun dalam keadaan rugi. Risiko tinggi bila pakai contra akaun. Dan terakhir untung tinggi tak? Kalau kau jenis tekan lot sampai 1,000 lot sebab nak dapat gain sampai 100% sebulan, tu maknanya kau dah terdedah dengan risiko yang tinggi.

Meng”adjust” Tahap Risiko Saham

Sekarang, korang tau kan, walaupun kau dah pilih jalan yang paling safe pun, still kau kena tau saham adalah pelaburan yang berisiko dan bersifat moderate atau average. Mungkin dengan risiko yang average ni, boleh la kau amik sikit duit dapur rumah kau nak buat rolling beli saham.

Ok, kau boleh je adjust tahap risiko saham ni. Ada beberapa mekanisme yang kau boleh tengok dan konsider untuk mengurangkan efek kerugian.

  1. Diversifikasi
  2. Money Management
  3. Averaging

Ok, konsep diversifikasi ni mudah. Kau beli saham dari berbagai sektor lepas tu kau tidur sambil tunggu div ataupun kapital gain ko mampu kampoi rugi kaunter lain. Contoh. kalau kau fokus pada sektor teknologi je, tiba tiba kena efek technology slump, kan dah berdarah portfolio kau. Cuba dalam portfolio kau ada saham biskut, pembinaan, komunikasi, utility, tak lah meleleh darah kau, siap ada untung lagi.

Dua, money management. Pelabur dan trader punya money management berbeza ye. Tak sama. Trader akan pakai style risk and reward dan pakai cutloss dengan kerap. Kalau kau takut nak pakai cutloss, jangan sibuk nak jadi trader. Fokus jadi investor. Investor pulak dah pecahkan siap2 modal ikut portfolio.

Money management trader adalah risk and reward. Trader akan risk kan 3% and below untuk setiap buy yang dia trigger. Dan reward yang dia target adalah at least 9% ke atas. Jadi secara keseluruhannya, bila hujung bulan, walaupun dari 10 kaunter yang dia beli 6 rugi, 4 yang untung tu dah cover rugi tu. Rugi 12%, untung 36%, bersih 24% untung.

Pelabur pula diorang dah pecahkan siap siap modal dalam portfolio. Contoh dia akan allocate 20% modal dia untuk beli 1 kaunter. Jadi, dia akan pegang maximum 5 kaunter dalam portfolio. Ada yang lagi advance, diorang akan pecahkan lagi dari 20% modal tu untuk buat averaging.

Ketiga averaging. Hanya pelabur je yang boleh buat averaging. Kalau kau trader, jangan menyibuk nak buat averaging. Konon2 nak hybrid bana kau. Untuk pelabur, kau akan beli value stock yang tengah murah sebab target ko nak makan dividen, bila price break support lagi, ko beli lagi kat next support sampai habis bullet averaging.

Kesimpulan

Aku da terangkan banyak dah pasal tahap risiko saham ni. Plus semua kritera yang kau boleh gunakan untuk nilai sama ada sesuatu produk pelaburan tu berisiko tinggi atau rendah. Dah baca tu cakap la terima kasih. Penat kau tau tak nak taip ni.

Rujukan

  1. nota eFPMR
  2. Ilham ALLAH kasi der

Baca : Tugas Dealer Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →