Bismillahirrahmanirrahim
Bila sahaja anda mulakan trading dalam sekuriti atau derivatif, anda akan biasa terdengar orang yang dipanggil sebagai dealer. Walaupun anda tak berjumpa dengan diorang, tapi dealer saham ini sering disebut sebut jika dikaitkan dengan urusan jual beli sekuriti. Mesti anda tertanya tanya apa tugas dealer saham ni sampai nak jumpa pun susah.
Apa itu Dealer Saham
Dealer saham merupakan satu jawatan yang dipegang oleh orang perseorangan dibawah mana-mana Participating Organisation (PO). PO pula secara amnya adalah syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli sekuriti. Dalam bahasa mudah, broker.
Seorang dealer saham merupakan orang yang bergaji dengan broker, dan bekerja secara FULL TIME. Hanya boleh setia pada satu PO sahaja, jika tak seronok kerja dengan PO yang sekarang, boleh je berhenti dan cari PO yang lebih sesuai dengan kehendak dealer itu.
Terdapat tiga jenis kategori dealer saham iaitu Dealer Saham based on Commissioned, Dealer Saham bergaji dan Proprietary Day Trader.
Untuk menjadi seorang dealer, seseorang haruslah mempunyai Capital Market Service Representative Licence (CMSRL). Bila dah ada lesen ini, dia layak untuk memohon kerja sebagai seorang dealer dalam mana-mana PO yang dia suka. Apabila telah sah bekerja dengan PO, PO pula harus mendaftarkan nama dealer saham tersebut dengan Bursa Malaysia Sendirian Berhad.
Tugas Dealer Saham
Untuk memudahkan pemahaman anda semua, saya sertakan dalam bullet point. Terdapat lebih kurang tujuh tugas dealer saham.
- Bekerja dengan satu Participating Organisation sahaja
- Mestilah bekerja sepenuh masa (commissioned based atau salaried based)
- Mesti mempamerkan “Good Character” sepanjang bertugas
- Tidak menerima bayaran dan memegang aset client dibawah pentadbirannya
- Menentukan segala bayaran yang dibuat oleh client dibuat terus kepada PO
- Tidak melakukan aktiviti trading bagi pihak client jika ada melakukan servis Proprietary Day Trader
- Tidak menyalahgunakan akaun-akaun client
Gaji Dealer Saham
Seperti mana yang saya terangkan sebelum ini, terdapat dua skim gaji yang diperkenalkan kepada dealer saham iaitu :
- Commissioned based
- Salaried based
Walaupun tugas dealer saham nampak tidak begitu kompleks, namun gaji yang diterima agak setimpal. Apabila seseorang Dealer mengambil plan commissioned based, ia akan drive dealer untuk lebih aggresive mencari client kerana dia dibayar berdasarkan trade yang dilakukan oleh client.
Jadi, gaji dealer mungkin boleh mencecah puluhan ribu jika mereka rajin dan mempunyai network yang cekang. Namun, cabarannya adalah pada permulaan perjalanan karier. Kena tahan sket makan megi dan pakai singlet sama setiap hari.
Untuk Salaried based, dealer saham jenis ini berada dalam keadaan safe zone. Hujung bulan dapat gaji seperti biasa dan menikmati kenaikan gaji selaras dengan peraturan PO itu sendiri. Walaupun dia mempunyai jutaan client, gaji dia tetap statik dengan contract yang ditandatangani.
Gaji mereka sekitar RM 2600-RM 2800, namun insentif yang ditawarkan cukup menarik sehingga boleh mencecah 24 bulan bonus pada hujung tahun. Pak cik kayo anda yahoo.
Dealer VS Remisier
Tugas dan qualification sama sahaja dengan dealer namun remisier bergerak lone ranger dan makan komisen dari setiap client trading. Selalunya dealer dengan remisier ni back to back untuk memudahkan kerja diorang. Kadang-kadang, ada conflict yang melibatkan client trading, remisier kena rujuk dengan dealer disebabkan dealer memang ada kat office PO.
Untuk komisen pula, remisier dibayar sebanyak 50% dari cas broker. Contoh jika cas untuk setiap transaksi adalah RM 8, maka remisier akan makan RM 4, dan selebihnya akan diberikan kepada broker. Jika seorang client melakuan 10 transaksi (buy dan sell) maka remisier akan dapat RM 40 komisen pada bulan tersebut.
Kesimpulan
Saya telah terangkan tugas dealer saham, gaji seorang dealer saham serta perbezaannya dengan remisier. Saya harap artikel ini dapat merungkai kekeliruan anda tentang hubung kait serta tugas dan peranan seorang dealer saham. Terima kasih.
Rujukan : Nota eFPMR
Baca lagi : Apa itu Derivatif