Bismillahirrrahmanirrahim
Pasaran derivatif merupakan salah satu pecahan pasaran yang wujud di dalam Pasaran Modal di Malaysia. Tapi, ramai yang tak tau apa itu derivatif dan bagaimana ia berfungsi dalam pasaran. Boleh trade tak? Apa hukumnya ? Kat mana boleh tengok graf derivatif? Jadi, artikel ini akan jawab semua aspek tentang apa itu derivatif dalam bahasa yang paling simple like pimple.
Apa itu Derivatif
Derivatif bermaksud kontrak antara dua pihak atau lebih terhadap sesuatu harga yang disandarkan pada sesuatu barangan. Benda ini walaupun nampak straight forward tapi bila anda berada lama dalam pasaran derivatif, anda akan berasa terdapat kelakarnya disini.
Benda yang kelakar tersebut adalah underlying asset yang disandarkan dalam kontrak. Biasanya orang akan letak barang-barang berharga, kadang-kadang ada orang letak data taburan hujan dan juga bontot artis antarabangsa sebagai underlying aset. Asalkan ada harga, terus boleh jadi kontrak. Yang penting, semua pihak bersetuju dengan aset yang diletakkan.
Bagaimana Derivatif Didagangkan
Terdapat dua cara urusniaga derivatif didagangkan iaitu:
- Exchange Traded Derivatif
- Over The Counter Derivatif
Exchange Traded derivatif ni anda trade macam biasa. Boleh tengok dekat papan bursa, beli secara online dan sebagainya. Jadi, tak ada masalah untuk anda faham bagaimana derivatif diniagakan melalui kaedah pertama. Kelebihan bila ia didagangkan di papan bursa adalah kemaskini harga yang terkini, liquidity yang tinggi serta kos transaksi yang murah.
OTC Derivatif ni pula ibarat anda trade derivatif dalam satu kumpulan sahaja. Ia tidak diniagakan di papan bursa. Harga pun akan diberitahu ketika perjumpaan antara semua pihak dilakukan. Kelebihan OTC ni adalah customized. Kita boleh bincang apa asset yang nak dipilih, duration contract bayaran dan apa sahaja yang ingin kita bubuh dalam contract. Namun keburukannya adalah risiko antara pihak itu sendiri, kurang liquidity yang mana anda boleh beli atau jual dalam kumpulan itu sahaja serta kos transaksi yang besar.
Fungsi Derivatif Diwujudkan
Selain mengetahui apa itu derivatif, anda juga perlu tau kenapa pasaran ini diwujudkan. Ianya bergantung kepada objektif participant itu sendiri. Di dalam pasaran derivatif terdapat tiga jenis player yang perlu diketahui.
- Arbitrageurs : Kerja diorang adalah nak gain profit daripada price inefficiency. Diorang akan buy dan sell contract secara serentak dan cuba untuk mendapatkan keuntungan melalui glitch price antara buy dan sell itu sendiri.
- Hedgers : Kerja diorang adalah beli dan jual contract tersebut secara serentak bertujuan untuk lock harga. Objektif diorang adalah untuk melindungi diri diorang daripada naik turun harga asset yang melampau.
- Spekulator : Diorang akan melakukan prediction contract yang mana akan turun atau naik dengan lebih jauh dan akan entry posisi sesuai dengan prediction. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan keuntungan dari perbezaan harga jual dan beli.
Jenis Produk Derivatif
Ada tiga jenis pecahan produk derivatif yang utama dalam pasaran derivatif di Malaysia. Saya lampirkan sendiri dengan contoh supaya anda faham.
- Komoditi : Metal (Gold/Tin) / Agriculture (CPO/Option to RM/CP Kernel Oil)
- Equity : FTSE KLCi / Single Stock Future / Option on FTSE KLCI
- Financial : 3 years Malaysian Government Security Future.
Selain itu antara istilah yang perlu difahami adalah option dan future. Future adalah korang da set tarikh untuk beli atau jual sekian barang pada sekian harga, sekian unit pada sekian tarikh dan WAJIB untuk korang beli apa yang dimaktubkan.
Berbeza dengan option, ianya adalah berkaitan dengan HAK untuk korang beli atau jual aset tersebut tapi tidak WAJIB untuk korang realizedkan contract tersebut.
Rumusan
Artikel diatas telahpun menjawab persoalan apa itu derivatif, fungsi derivatif serta produk yang anda dalam derivatif. Dari segi hukum pasaran derivatif kebanyakan tak patuh syariah. Banyak sangat isu syariah yang tak comply misalnya ada ke letak bontot artis sebagai underlying aset. Semoga ia memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi, Assalamualaikum.
Rujukan
- Nota eFPMR
Baca juga : Sejarah bursa