Bismillahirrahmanirrahim
Dewasa ini, sudah ramai rakyat Malaysia dah mula berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan. Maka, mereka seringkali secara tidak langsung berhubung dengan Bursa Malaysia sama ada secara langsung ataupun tidak. Tapi, tahukaha anda sejarah bursa malaysia itu sendiri? Bilakah ianya tertubuh? Apakah fungsi bursa itu sendiri? Artikel ini akan menjawab soalan anda dalam bentuk garis masa.
Sejarah Bursa Malaysia Dari Sudut Garis Masa
1800an
Sejarah pertama pembelian saham adalah apabila masuknya syarikat daripada British yang mengusahakan perlombongan tin dan getah. Jadi, ketika itu, mereka melakukan dagangan menggunakan pure commodity iaitu barangan fizikal itu sendiri iaitu tin dan juga getah
1960an
Pada era ini, sejarah bursa mula berkembang. Malaysia Stock Exchange telah ditubuhkan beserta dengan empat broker saham yang terawal diwujudkan. Kesemua broker tersebut dibawah seliaan bank pusat pada ketika itu. Bank pusat juga dikenali sebagai bank negara. Ketika itu juga, Akta Syarikat telah ditubuhkan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan peraturan dan perundangan syarikat. Dalam masa yang sama, Capital Issue Committee telah ditubuhkan yang mana ia berfungsi untuk mengatur urusan dan isu berkaitan dengan sekuriti yang telah disenaraikan dan juga membantu menyenaraikan sekuriti baru dalam pasaran modal.
1970an
KL Stock Exchange Berhad telah dipisahkan dari Singapura Stock Exchange. Peristiwa ini sejajar dengan pengumuman Singapura untuk keluar dari gagasan Malaysia ketika itu. Selepas peristiwa tersebut, Akta Industri Sekuriti telah ditubuhkan bagi mengurus dan mengatur industri pasaran modal serta melindungi kepentingan para pelabur. Pada era itu juga KLSE telah mengambil alih KLSE (Berhad) disebabkan limitasi syarikat tersebut untuk menyediakan “guarantee” kepada pemain industri.
1980an
Akta Industri Sekuriti 1983 telah digubal dan menggantikan versi yang lama. Akta tersebut telah memperbaharui perkara yang melibatkan penyiasatan dalam mengawal selia industri sekuriti. Pada ketika itu juga, computerisation clearing system telah diperkenalkan di Central Clearing House (SCAN). Clearing house ini bertanggungjawab untuk menentukan jualan saham anda telah dipindah milik sewajarnya. KLCI juga telah dicipta sebagai penunjuk aras tahap kekuatan pasaran modal di Malaysia yang kita kenali sebagai FBMKLCI Index sekarang.
Second Board juga telah diperkenalkan bagi membantu syarikat syarikat kecil mendapatkan modal dan dana dari pasaran modal. Kini second board dikenali sebagai ACE Market. System SCORE juga diperkenalkan yang mana jumlah Order yang dibuat oleh para pelabur telah diautomasikan namun proses untuk match kan order antara buyer dan seller masih dibuat secara manual.
1990an
Waktu ini akaun Central Depository System (CDS) telah diperkenalkan. Dalam masa yang sama, Bursa malaysia tidak mahu lagi menyenaraikan syarikat Singapura didalam pasaran Modal Malaysia. Sistem dagangan secara automatik sepenuhnya telah bermula pada tahun tersebut. Suruhanjaya Sekuriti juga ditubuhkan pada sekitar tahun tersebut bagi mengawal selia peraturan dalam pasaran modal.

2000an
KLSE telah demutualised yang mana sebelum ini syarikat hanya terhada pada “guarantee” dan kini diubah kepada syer atau saham. CMP 1 ataupun Capital Market Master Plan 1 telah diperkenalkan bagi mengemudi arah pasaran Modal pada masa akan datang. CMSA juga telah diperkenalkan yang mana ia melibatkan peraturan dalam pasaran modal, lesen untuk menjalankan aktiviti kewangan , pengambilalihan syarikat dan sebagainya.
2010an
CMP1 telah dikaji semula dan CMP2 telah dilaksanakan.
Kesimpulan
Secara jelas kita dapat melihat sejarah bursa malaysia berkembang bermula dari 1800an sehingga 2010. Pasti ada cerita yang menarik dari pelabur pelabur oldskool tentang bagaimana mereka melakukan pelaburan secara manual tanpa semua perkakasan elektronik seperti hari ini. Semoga artikel ini dapat memberi maklumat yang tepat kepada anda tentang sejarah bursa Malaysia.
Rujukan
Nota eFPMR
Baca : Teknik Dividen Saham