Rahsia Teknik Dividen Saham Yang Bakal Meremangkan Tengkuk Anda

Bismillahirrahmanirrahim

Adakah anda seorang pelabur yang mana fokus anda adalah dividen? Tapi malangnya, anda selalu tersangkut memilih saham yang bermasalah, last-last dividen pun tak dapat. Nah, hari ini saya terangkan secara detail teknik dividen saham yang tak ramai orang cerita tapi saya cerita dalam blog saya. Dibawah ini saya tunjukkan email dividen yang saya terima dari syarikat Homeritz

Langkah Pertama : Perbetulkan Objektif Kewangan

Sebagai seorang yang mengejar hasil dividen, secara tak langsung anda merupakan seorang pelabur dan bukan seorang trader. Di dalam dunia saham, ada dua cara yang anda boleh perolehi untuk menjana pendapatan iaitu pembayaran dividen dan juga capital gain (Bonus Issue termasuk dalam dividen).

Jadi, cara utama anda menjana income melalui pelaburan saham adalah Dividen manakala capital gain adalah bonus kepada anda. Target anda adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin pegangan saham pada harga yang dirasakan murah pada ketika itu. Teorinya, semakin banyak unit pegangan saham, semakin tinggi jumlah dividen yang diterima oleh anda apabila tarikh pembayaran dividen dilaksanakan.

Saya ulang semula , fokus anda adalah mendapatkan sebanyak mungkin unit saham dari syarikat yang PROVEN pada harga yang murah untuk memaksimumkan keuntungan dividen anda.

Langkah Kedua : Pilih Syarikat Yang Baik Sebelum Membeli Saham

Di dalam teknik dividen saham, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memilih syarikat yang baik dan mempunyai potensi yang besar untuk terus memberikan dividen kepada anda. Jadi, kriteria pemilihan syarikat yang baik adalah syarikat yang mempunyai Value (Nilai). Saham-saham syarikat ini dipanggil sebagai Value Stock.

Value Stock tidak berminat untuk berkembang lagi dan hanya fokus untuk maintain keuntungan pada kadar yang positif dan cashflow yang cantik. Oleh itu, disebabkan lebihan keuntungan yang tinggi tidak dipusingkan untuk mengembangkan perniagaan, maka kebanyakan syarikat ini akan memberikan dividen yang tinggi kepada pelabur mereka.

Jadi, kriteria sebuah syarikat yang mempunyai Nilai yang baik adalah seperti berikut :

  1. Syarikat mempunyai kadar keuntungan Net Margin yang baik
  2. Syarikat mempunyai kadar hutang yang baik dan tidak menjejaskan cashflow
  3. Syarikat mempunyai dasar pentadbiran yang baik dan memaksimumkan penggunaan aset untuk menjana keuntungan
  4. Syarikat yang mampu membayar dividen pada kadar yang menarik.

Untuk mendapatkan senarai syarikat yang memenuhi kritera diatas, anda akan melakukan proses screening dengan menggunakan tool percuma daripada tradingview.

Langkah Ketiga : Screen Menggunakan Stock Screener dari Trading View.

Untuk teknik dividen saham ini, sila ikut kriteria dibawah ketika setting screener tradingview. Tutorial lengkap sila rujuk kepada video yang saya sertakan diakhir artikel :

  1. P/E : Below or Equal 20 (Menceritakan sama ada saham tersebut murah atau tidak. Biasanya PE dibawah 20 consider sebagai undersold ataupun murah.
  2. Debt to Equity Ratio : Below or Equal 2 (Ratio dibawah 2 menunjukkan company mempunyai taraf hutang yang sihat dan tak mengganggu keuntungan syarikat)
  3. ROE : Above or Equal 10 (Menunjukkan efisiensi syarikat dalam mengendalikan operasi syarikat sama ada peralatan, aset atau tim pengurusan)
  4. Quick Ratio : Above or Equal 1 (Menunjukkan kadar kecepatan syarikat untuk membayar hutang-hutang kecil dalam masa yang singkat)
  5. Net Margin : Above or Equal 10% (Menunjukkan kadar keuntungan syarikat. Biasanya kadar keuntungan 10% dianggap baik)
  6. Div Yield : Above or Equal 0.01 (Bayaran dividen. Saya letakkan 0.01 untuk filter syarikat yang tak bayar dividen)
Senarai stock yang telah melalui proses screening yang ditetapkan

Langkah Keempat : Melakukan Teknikal Analisis Sebelum Buy

Dari senarai syarikat yang anda lihat itu, anda haruslah memilih syarikat yang mempunyai petunjuk indikator seperti dibawah :

  1. Price berjaya break kawasan Upper Bollinger Band
  2. Overall price semakin menurun
  3. Overall graf dividen yield semakin menaik.

Apabila price berjaya break kawasan Upper Bollinger Band, itu adalah petanda untuk anda mula membeli saham syarikat tersebut.

Langkah Kelima : Diversifikasi Portfolio

Daripada langkah keempat, sebagai contoh, anda mendapati terdapat 10 syarikat yang menepati kriteria yang diingini. Kemudian pecahkan syarikat tersebut berdasarkan industri. Sebagai contoh, anda boleh lihat disini.

  1. Consumer : 4 syarikat
  2. Real Estate : 4 syarikat
  3. Telecommunication : 2 syarikat

Daripada 10 syarikat tersebut anda boleh pegang maksimum 5 kaunter yang anda rasa ingin hold. Setelah anda tentukan 5 syarikat yang anda ingin buy, anda pecahkan pula modal anda dengan bahagi kepada 5 bahagian. Sebagai contoh anda mempunyai modal sebanyak RM 100,000. Jadi setiap kaunter anda akan peruntukkan sebanyak RM 20,000.

Konsep diversifikasi yang dilakukan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko industri itu sendiri. Sekiranya industri telecommunication sedang merudum, mungkin industri dari sektor real estate dan consumer boleh cover up kerugian paperlost dari telecommunication industry.

Selepas selesai anda boleh rileksi dan tunggu sahaja dividen dibayar ke dalam akaun anda. Untuk perkara-perkara teknikaliti saya akan terangkan pada post yang berlainan. Anda juga boleh readjust mana-mana SOP yang digariskan diatas berdasarkan risk appetite anda. SOP diatas dijadikan sebagai rujukan sahaja

Bilakah anda ingin menjual semua pegangan saham anda? Ianya bergantung kepada diri anda namun saya berikan sedikit cadangan sebagai rujukan.

  1. Nilai semula syarikat tersebut setiap awal tahun, adakah masih lagi memenuhi kriteria Value Stock yang digariskan
  2. Apabila PE lebih dari 20
  3. Apabila saham anda telah mengalami positif capital gain.

Kesimpulan

Teknik dividen saham yang ditunjukkan telahpun disusun dengan teliti berobjektifkan medium risk. Pemilihan value stock dan konsep diversification diterapkan bagi mengimbangi kadar untung rugi dari segi capital gain sepanjang anda memegang unit saham tersebut. Sila tonton video tutorial cara teknik dividen saham dipraktikkan.

Rujukan.

  1. Investopedia
  2. Ilham dari ALLAH SWT

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →