Si Buncit Ini Bongkar Keburukan Bermain Forex Satu Per Satu

keburukan bermian forex

Bismillahirrahmanirrahim

Jika anda forex trader, pasti anda sentiasa mendengar kelebihan-kelebihan bermain forex berbanding daripada instrumen yang lain bukan? Nah, hari ini saya akan korek dan terangkan satu persatu keburukan bermain forex yang perlu anda sedar dan kenapa anda harus QUIT forex hari ini juga.

Claim Pertama : Forex Merupakan Pasaran Dua Hala (Buy Boleh Sell Pun Boleh)

Sebenarnya, forex bukan pasaran dua hala. Ia masih lagi satu hala. Cuma forex menggunakan format pair yang mana terdapat base dan quote currency. Sebagai contoh, jika anda Buy USD/JPY, ia bermaksud anda telah beli matawang USD dengan menggunakan matawang JPY dan anda mempunyai milikan USD sahaja. Jika anda Sell USD/JPY, ia bermaksud anda telah membeli JPY dengan menggunakan matawang USD, maka anda hanya akan mendapat milikan matawang JPY sahaja.

Claim Kedua : Forex Boleh Didagangkan 24 jam sehari 5 hari seminggu

Ya benar, namun disebabkan inilah ia mendatangkan banyak keburukan bermain forex. Antara risiko yang harus ditanggung adalah tiadanya Break Off time untuk trading menyebabkan ramai trader akan overtrade. Anda juga tahu, semakin banyak anda trade, semakin banyak anda salah. Semakin banyak anda salah semakin banyak anda akan berdendam dengan market. Akhirnya anda akan rugi.

Bandingkan dengan pasaran saham yang hanya dibuka pada jam 9 pagi sehingga 4.45 petang. Pada malam hari, para pelabur saham boleh fokus planning untuk next projection ataupun screening saham yang lebih baik untuk esok hari. Jika seorang forex trader, mereka akan terus terbuai untuk trade trade dan terus trade tanpa merangka trading plan untuk hari esok.

Claim Ketiga : Pasaran Forex Mempunyai Fee Spread Yang Rendah

What is Spread in Forex? | Learn Forex| CMC Markets
Contoh pengiraan spread

Ya, dari segi jangka pendek, anda akan nampak fee spread agak murah. Namun, anda harus tahu, kadar spread bersifat progresif, semakin besar lot yang anda buka, semakin tinggi bayaran spread walaupun broker cuma menunjukkan dalam bentuk spread. Sebagai contoh, anda buka 1 lot dengan nilai USD 10 per pips, nilai spread pula adalah 3 pips ketika entry dan juga 3 pips ketika close.

Mungkin 3 pips spread ketika close anda tidak akan lihat sangat namun anda akan merasainya apabila price hit TP anda tapi entry tidak close. Jika tidak close, maka ketahuilah anda sedang membayar spread pips tersebut. Jadi secara total anda harus membayar USD 60 dollar berdasarkan 6 pips yang perlu anda bayar.

Anda bandingkan dengan saham, semakin besar lot yang anda beli maka semakin jimat kos brokerage yang anda bayar. Kos brokerage saham dikenakan berdasarkan jumlah transaksi jual beli yang dilakukan. Sebagai contoh, anda hanya membayar sekitar RM 30 sahaja untuk satu jual beli lengkap dalam satu saham.

Claim Keempat : Pasaran Forex Boleh Bermula Dengan Modal Yang Kecil

Inilah antara keburukan bermain forex yang paling bahaya. Anda boleh trade forex dengan modal yang kecil. Secara automatik, anda sedang trade dengan menggunakan fasiliti leverage. Bila mana anda menggunakan fasiliti leverage, maka secara tak langsung, anda tidak boleh menggunakan buy and hold strategy kerana anda terikat dengan margin. Jadi, jika anda trader newbies, anda hanyalah makanan broker.

Jika kadar floating anda hit margin yang dibenarkan, maka anda akan mengalami Margin Call. Berbeza dengan pasaran Saham, anda membeli dengan cash account dan harga saham tersebut hanya akan disahkan total lost apabila syarikat telah delist dari bursa saham. Maka anda boleh buy and hold kemudian melakukan averaging terhadap saham yang mempunyai potensi untuk naik.

Claim Kelima : Pasaran Forex Merupakan Pasaran Paling Liquid

Benar, ia merupakan pasaran paling cair dan perlu ingat keburukan bermain forex dalam pasaran yang terlalu liquid adalah ia juga boleh menjadi pasaran yang terlalu volatile. Kadar volatility yang tinggi ini boleh menyebabkan entry anda sentiasa terkena stoploss.

Selain itu, adakah anda perlu untuk dapatkan jumlah pips yang beratus ratus pips dalam setiap satu pergerakan? Apakah matlamat anda adalah untuk gain profit di dalam dollar ataupun MYR? Berbanding dengan saham, walaupun mempunyai kadar kecairan yang rendah, namun dengan beberapa bids kenaikan mampu memberi pulangan yang berganda, malah hampir 10x ganda juga boleh dijana.

Kenapa pelabur saham berani untuk meletakkan modal yang besar? Kerana mereka menggunakan cash account dan bukan seperti forex trader yang terikat dengan margin dan sentiasa akan takut kepada floating loss.

Claim Keenam : Pasaran Forex Mempunyai Berpuluh Pair Yang Boleh Didagangkan

Pin on investment
Antara pair yang didagangkan tapi mempunyai chain of effect antara satu sama lain.

Benar, anda nampak berpuluh pair yang boleh didagangkan namun dalam masa yang sama ia membentuk chain of effect dalam portfolio trading anda. Sebagai contoh anda buy GBPUSD dan juga GBPJPY. Dalam masa yang sama terjadi kenaikan pada currency GBP namun GBPJPY tidak mengalami keuntungan malah hit stoploss anda. Oleh itu, akibat daripada chain of effect ini, menyebabkan akaun anda sentiasa dalam keadaan breakeven atau untung sedikit.

Berbeza dengan pasaran saham, ada lebih 700 kaunter yang mempunyai pergerakan chart yang tersendiri. Jika anda untung, maka ia tidak akan memberikan kesan pada mana2 kaunter lain dan keuntungan tersebut merupakan pergerakan chart yang asli.

Kesimpulan

Terlalu banyak keburukan forex berbanding kebaikannya. Malah kebaikan forex itu sendiri boleh menjerat diri yang sentiasa tamak. Oleh itu, saya menyeru kepada anda untuk berubah kepada instrumen lain yang lebih sihat berbanding trading forex.

Rujukan.

  1. Pengalaman diri sendiri.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →