Pentingkah Mengetahui Maksud Outperform Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Sekiranya anda sentiasa membaca laporan analisis yang dikeluarkan oleh mana-mana penganalisa, anda akan kerap berjumpa dengan istilah outperform. Jadi, pasti anda tertanya-tanya apa yang penganalisa ini cuba sampaikan kepada anda. Jadi saya akan mengulas maksud outperform dalam saham supaya anda tahu apa yang penganalisis cuba sampaikan kepada anda.

Maksud Outperform Dalam Saham

Saham yang outperform bermaksud saham tersebut sedang mendahului kenaikan harga berbanding indeks yang berkaitan. Sebagai contoh, saham ABC berjaya untuk close harga lebih tinggi berbanding daripada indeks FBMKLCI. Jika ia terjadi, ia akan dikira sebagai outperform.

Selain itu, outperform juga bermaksud saham tersebut mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk bullish. Oleh itu, jika para analisis meletakkan recommendation saham tersebut sebagai outperform, maka anda boleh bersedia untuk buy saham tersebut kerana ketika itu saham tersebut telah berjaya melangkaui indeks berkaitan dan dijangka untuk harga naik lebih tinggi lagi.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Saham Telah Outperform

Apabila saham tersebut telah di rating sebagai outperform, tindakan yang harus diambil ketika itu adalah accumulate saham tersebut sebaik mungkin. Apabila bercakap tentang accumulate, ia bermaksud anda membeli saham tersebut dengan kadar yang sedikit-sedikit pada harga yang anda rasakan rendah.

Banyak cara dan indikator boleh digunakan untuk menentukan harga terendah sesuatu saham. Contohnya adalah seperti berikut :

  1. Nilai PE dibawah 20
  2. RSI dikawasan Oversold
  3. Stochastic dikawasan Oversold
  4. Harga dibawah VWAP line

Bagaimana Untuk Melihat Saham Outperform di Tradingview

Selain mengetahui maksud outperform dalam saham, anda juga boleh lihat sama ada saham tersebut berjaya outperfrom sesuatu indeks didalam tradingview. Saya gunakan contoh kaunter dibawah untuk pemahaman anda.

  1. Kaunter : BIMB
  2. Sektor : Kewangan
  3. Indeks : Bursa Malaysia Finance Index

Cara untuk melihat Saham yang outperform index yang berkaitan adalah seperti berikut.

  1. Klik pada compare
  2. Taip nama index berkaitan, contoh diatas, saya taip Finance
  3. Pilih New Pane
  4. Klik dan hold pada line index, kemudian drag ke dalam chart untuk gabungkan line index dengan harga saham.

Berdasarkan contoh diatas, harga saham BIMB telah outperform index finance bursa Malaysia kerana harga saham berada diatas harga index. Oleh itu, harga saham BIMB berada dalam keadaan Outperform. Jika kenaikan saham sebanyak 10% manakala indeks naik 6% sahaja, maka ia bermaksud saham tersebut telah outperform index sebanyak 4 percent.

Stock Chart Rating

Untuk pengetahuan anda, outperform dalam saham hanya sebahagian sahaja daripada stock chart rating. Terdapat lima tahap rating yang selalu digunakan oleh para penganalisa.

  1. Sell : Petunjuk kuat untuk Sell saham tersebut.
  2. Underperform : Petunjuk awal saham tersebut bakal jatuh harga
  3. Hold : Maintain dengan keputusan sedia ada. Jika anda sedang buy, maka anda boleh hold sahaja saham anda.
  4. Outperform : Petunjuk awal saham tersebut berpotensi untuk naik.
  5. Buy : Petunjuk kuat untuk Buy sesuatu saham

Kesimpulan

Secara amnya, anda telahpun mengetahui maksud outperform dalam saham. Ianya merupakan salah satu daripada rating yang diberikan di dalam stock chart rating. Dengan mengetahui rating yang diberikan oleh para penganalisa, anda boleh merangka strategi anda sama ada untuk tambah unit pegangan, jual unit pegangan ataupun biarkan sahaja saham yang sedia ada. Video berkenaan artikel ini akan ditambah pada masa akan datang.

Rujukan

  1. Investopedia.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →