Bagaimana Broker Forex Mendapat Untung Ya?

Bismillahirrahmanirrahiim

Sejak kebelakangan ini, kita lihat terlampau banyak broker forex yang tumbuh tak kisah sama ada di Malaysia ataupun di luar negara. Mesti kita confuse apa yang membuatkan mereka teruja untuk buka brokerage dan bagaimana broker forex mendapat untung hasil dari perniagaan ini. Artikel ini akan menjawab semua persoalan yang ada dalam kepala korang semua.

Industri Brokerage Adalah Satu Perniagaan

Perkara ini kena tanam dalam kepala masing masing. Broker adalah sebuah entiti perniagaan. Fokus dan objektif mereka adalah untuk buat duit dengan apa cara sekalipun. Tak ada nya broker ni nak buat amal jariah bagi semua percuma. Mesti dalam jangka masa yang panjang, mereka akan cuba untuk recover balik semua kos promosi mereka.

Cara Standard Broker Menarik Prospek Untuk Trade

Sebelum kita bincangkan bagaimana broker forex mendapat untung, kita tengok dahulu apakah material promosi yang biasa mereka gunakan untuk menarik prospek baru untuk trade dibawah broker mereka.

  1. Deposit Bonus. Biasanya 10-30% tapi ada yang boleh bagi sehingga 100%
  2. No Deposit Bonus (NDB). Biasa USD 30 dan paling tinggi USD 100. Banyak syarat ketat untuk withdraw bonus ni.
  3. Flat Rate Deposit Withdrawal. Sampai sekarang aku tak faham kenapa ada rate sendiri. Ikut je la current rate
  4. Lowest Spread. Hati-hati sikit, biasa lowest spread ni kebanyakan acc dalam B Book
SuperForex $50 Forex No Deposit Bonus - FXZone
Contoh NDB yang ditawarkan oleh pihak broker

Bagaimana Broker Forex Mendapat Untung

Bila kita cakap pasal broker, tak kisah la broker tanah ke, saham ke, forex ke, kita kena ingat mereka adalah orang tengah. Kerja dia adalah menemukan pembeli dan penjual. Itu sahaja. Jadi, income utama broker ini adalah KOMISEN. Untuk kes forex trading, keuntungan mereka adalah dari segi spread atau commission untuk ECN Account.

Forex Spread: What is the Spread in Forex and How do you Calculate it? | IG  EN
Spread adalah keuntungan utama broker

Sumber yang kedua adalah broker sendiri trading. Tapi mereka trade lawan order client. Bila anda entry, biasanya order akan routing ke Liquidity Provider, dan yang akan match kan order anda adalah buyer atau seller dalam Liquidity Provider. Tapi, ada broker yang malas nak hantar ke LP, mereka sendiri yang fill order anda. Sama sahaja, cuma dia cut satu process. Disini mereka akan dapat untung melalui trading tetapi trade melawan order client. Ratio loss trader adalah 95%. Broker berani untuk fill order client sebab dengan ratio loss yang besar ini, broker mesti akan profit juga.

Contoh, anda ada modal sebanyak USD 100, anda buy 0.01 lot dekat EUR/USD. Broker malas nak hantar LP, dia fill sendiri order anda, maknanya broker sell 0.01 lot pada anda. Statistik pula menyatakan bahawa 95% trader akan fail. Akhirnya anda loss apabila pasaran menurun dan terus Margin Call. Ketika margin Call, anda akan dipaksa untuk Sell pada harga yang lebih rendah dan secara tak langsung broker akan profit sebab dia sell pada harga tinggi dan buy pada harga rendah.

Sumber Ketiga adalah business sampingan yang mereka lakukan. Contohnya yuran kelas advance ke, servis Copy Trade ke, MAAM atau PAAM ke. Copy trade dan PAAM acc ni bagi saya hanyalah tools untuk meningkatkan lagi volume trading. Bila volume trading tinggi, secara tak langsung komisen spread broker juga adalah tinggi.

Sumber yang terakhir adalah charges pada Deposit dan Withdrawal. Biasa anda akan lihat rate deposit 4.3, withdrawal 4.1. Aku paling tak suka broker yang pakai kaedah ini, instead of pakai kaedah biasa iaitu guna je current spot rate. Kata broker forex tapi sendiri tak pakai spot rate. Rasa macam bodoh pun ada. Kalau nak charge pun, charge la by percentage pada setiap kadar deposit dan withdrawal. Baru telus. Ini tidak, ada broker yang mana exchange rate dah berubah pun pakai kadar lama.

InstaForex Malaysia | InstaForex Kuala Lumpur | InstaForex Selangor |  InstaForex Kedah: Deposit & Withdrawal Melalui IB
Contoh keuntungan melalui depo withdraw rate

Kesimpulan

Saya telah terangkan bagaimana forex broker mendapat untung melalui empat sumber diatas. Sumber2 diatas ni kira biasa, dan mungkin ada sumber lain lagi yang saya tak tahu. Bila dah tahu perkara diatas, jangan la anti pula. Biasala, mereka kan berniaga. Anda sendiri berniaga bila jadi forex trader ni. Kalau tak nak rugi, jangan trade. Boleh simpan duit anda dalam dana yang lebih patuh syariah dan selamat. Alhamdulillah

Sumber : Pengalaman dan Internet

Baca lagi : Apa itu Bull Trap

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →