Bismillahirrahmanirrahiim
Biasalah bila dah masuk dunia pelaburan ni, mesti akan jumpa macam macam produk pelaburan dan istilah istilah corporate financing yang pelik pelik. Bagi orang baru mesti takut dengar sebab bunyi macam canggih tapi sebenarnya boleh je nak faham secara asas. Artikel kali ini aku akan sharing sedikit pasal apa itu saham warrant.
Apa itu Saham Warrant
Warrant adalah satu sijil yang mana ia menyatakan hak untuk seseorang membeli sesebuah saham syarikat pada harga yang ditetapkan. Ia hanya hak sahaja, bukan saham ye. Jadi tak yah buat pelik kalau tak dapat surat pergi AGM. Setiap warrant ada expiry date nya yang mana korang kena tentukan sama ada nak exercise pembelian saham induk ataupun tidak.
Jika korang beli 500 unit warrant, ia bermaksud korang ada hak untuk membeli 500 unit saham bila sampai tempoh masa. Biasanya orang akan convert jadi mother share bila harga exercise lebih rendah dari harga semasa. Contoh harga warrant nak convert RM 0.45 tapi harga mother share 0.50. Jika jadi keadaan macamni, biasanya orang akan convert
Harga warrant juga akan mengikut harga mother share, tapi ada sedikit trick disitu. Nanti bila korang free cuba cari pasal Gearing. Gearing ni macam multiplication la. Kalo angka gearing ni tinggi, kira warrant tu laju pergerakannya.
Apa kelebihan saham warrant ini? Ramai orang yang minat saham warrant ini sebab biasanya harga lebih murah dari saham induk. Warrant ni jugak orang selalu refer sebagai “anak” dan saham induk orang panggil “mak”. Contoh saham induk harga RM 0.50 seunit tapi warrant hanya RM 0.05 seunit. Dengan harga yang murah ni, pelabur boleh borong warrant dengan harga yang rendah.
Selain itu, warrant ni juga boleh trade macam saham biasa. Kebanyakan geng tukang peram suka cari warrant-warrant murah kemudian beli. Misal kata mereka ada RM 10,000, mereka akan allocate RM 1,000 setiap warrant dan jumlah pegangan warrant mereka adalah 10 jenis warrant berbagai jenis. Akan ada satu masa bila dah nak sampai exercise date, warrant boleh melompat sampai beratus percent. Sebab tu orang suka beli warrant.
Jenis-Jenis Warrant
Selain dah tahu apa itu saham warrant, korang kena tahu juga warrant pun ada jenisnya. Setiap jenis ada klasifikasi tersendiri dan jangan terkejut ada warrant yang tidak patuh syariah ye.
- Warrant Syarikat
- Warrant Struktur
Warrant syarikat very straight forward. Sijil tersebut dikeluarkan oleh syarikat sendiri. Jadi memang ada la sijil tu ada untuk anda pegang. Dalam CDS, korang akan nampak syarikat akan gunakan WA, WB, WC. W bermaksud Warrant manakala huruf seterusnya adalah abjad isu. Contohnya, kalau syarikat tu terbitkan warrant sebanyak 3 kali, korang akan nampak yang pertama WA, kedua WB, ketiga WC. Ia sebagai rekod dan mudah untuk kita tahu warrant apa yang paling latest.
Warrant syarikat basically patuh syariah, tetapi kalau saham induk memang tak compliance, automatik la x warrant pun tak compliance. Jangan pergi belasah lak nak beli warrant syarikat tanpa korang cek dulu apa status company tersebut.
Warrant struktur pula tidak patuh syariah, walaupun saham tersebut compliance. Sebabnya adalah ianya dikeluarkan oleh pihak ketiga dan bukan syarikat sendiri. Biasanya mereka akan gunakan kod seperti ini, AIRASIA-C10 ataupun CA, CB, CC. Warrant struktur sendiri boleh dipecahkan kepada dua iaitu Call Warrant dan Put Warrant.
Kesimpulan
Aku dah terangkan apa itu saham warrant kepada korang semua. Secara amnya, warrant ni bukanlah saham, jangan disalah tafsirkannya lagi. Ya aku tau kadang kita konfuse sebab dia boleh trade sebijik macam saham. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi nilai tambah kepada pembaca semua. Selamat berpuasa. Alhamdulillah
Sumber : Mahersaham, iSaham, pengalaman sendiri
Baca lagi : Bagaimana broker forex mendapat untung