Apa itu Bull Trap Yang Ramai Orang Gigil

Bismillahirrahmanirrahiim

Bull Trap dan bear trap merupakan satu istilah dan keadaan yang sangat ditakuti oleh ramai trader. Kalau boleh, mereka cuba untuk menghindarkan diri 100% daripada bull trap ini. Malangnya perkara ini tidak dapat kita elak tapi kita boleh cuba untuk mengurangkan peratusan terdedah dengan bull trap. Artikel ini akan menerangkan apa itu bull trap serta cara bagaimana untuk menangani keadaan tersebut.

Apa itu Bull Trap

Bull trap adalah satu keadaan yang mana price telah berjaya melepasi resistance tertentu tetapi harga tidak terus menaik. Bahkan harga tersebut boleh terus jatuh lebih rendah sehingga menyebabkan seseorang dalam keadaan rugi. Berbeza dengan bear trap, ia adalah satu penerangan yang vice versa dengan bear trap.

Siapakah yang sering terdedah dengan Bull Trap ini? Kebanyakan trader yang mengamalkan buy on breakout akan sentiasa terdedah dengan pergerakan bull trap ini. Apabila ianya berlaku, pasti kerugian yang dialami juga agak besar kerana kebiasaannya trader yang menggunakan teknik buy on breakout ini mempunyai Stoploss level yang cukup besar ataupun terkena pre mature SL sebagai gantian untuk mendapatkan kelebihan momentum pasaran.

Terdapat dua keadaan bull trap iaitu Shadow Break dan juga Body Break. Yang paling bahaya adalah Body break kerana antara rules untuk sesebuah breakout tersebut berjaya adalah body candlestick berjaya melepasi paras resistance. Jika dibandingkan dengan shadow break, kita nampak dengan jelas bahawa body candlestick masih berada dibawah resistance line dan hanya meninggalkan shadow sahaja di kawasan resistance.

Shadow tertinggal lepas retest resistance. Senang nak predict
Lepas break dengan full body, harga jatuh balik bawah resistance. Body break adalah bull trap paling bahaya.

Langkah Untuk Menghindari Bull Trap

Selain mengetahui apa itu bull trap, kita akan discuss sekali langkah untuk menghindari keadaan tersebut. Kita tak mampu untuk elak kesemuanya, namun sekurang-kurangnya kita tidak terkena terlampau kerap dengan keadaan bull trap ini. Langkah-langkah ini merupakan satu cadangan sahaja, terpulang kepada anda semua sama ada ingin praktikkan ataupun tidak.

Pertama, gunakan timeframe yang besar kerana kebanyakan bull trap banyak berlaku pada timeframe kecil. Yang paling kita takutkan adalah jenis Body Break. Ini yang kita runsingkan sebab kriteria breakout yang baik ada di dalam bull trap jenis body break ini. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan middle timeframe ataupun high timeframe untuk mengurangkan pendedahan anda terhadap bull trap.

Kedua, tukar terus strategi anda. Secara amnya, strategi trading hanya ada tiga iaitu Buy on Breakout, Buy on Retracement dan juga Buy on Pullback. Jika anda rasakan anda tidak mampu untuk menanggung risiko Bull Trap, anda boleh cari teknik trading lain yang menggunakan konsep Buy on Retracement ataupun Buy on Pullback. Dengan ini, secara 100% anda akan terhindar daripada masalah Bull Trap tetapi masalah lain pula akan timbul kerana setiap konsep mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Ketiga, fokus kepada karakteristik breakout yang baik. Sebelum ini aku dah tulis berkaitan karakteristik breakout yang cantik iaitu candle yang break 2/3 body diatas resistance, disokong dengan volume yang lebih besar daripada volume sebelumnya dan terakhir ianya berada dalam wave retracement, berbanding wave projection. Dengan cara ini, kemungkinan terkena bull trap adalah rendah kerana terdapat rules yang ketat untuk anda tentukan breakout tersebut berjaya.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan apa itu bull trap serta langkah bagaimana untuk meminimakan risiko menghadapi situasi tersebut. Bull Trap adalah salah satu risiko pasaran yang perlu anda hadapi sebagai seorang trader. Oleh itu, ia adalah satu norma biasa dalam trading. Janji, anda mempunyai satu trading plan yang baik, iaitu tahu untuk entry dan tahu bila nak exit. Alhamdulillah.

Sumber : Pengalaman anugerah ALLAH SWT

Baca lagi : Kenapa Perlu Melabur di Usia Muda

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →