Pengalaman Rugi Forex Paling Kecewa Selepas 6 Tahun

PENGENALAN

Sebagai seorang trader, tuan-tuan harus sedia maklum bahawa forex trading merupakan suatu cabang pelaburan yang berisiko. Ianya disebabkan pasaran forex itu sendiri bersifat volatile, bergerak pantas dan mempunyai liquidity yang tinggi. Malah, kebanyakan broker menawarkan kadar leverage yang tinggi menyebabkan para trader mempunyai kebolehan untuk entry pada lot yang lebih besar. Oleh itu, pasti setiap trader mempunyai pengalaman rugi forex yang tidak boleh dilupakan.

INI KISAH SEORANG TRADER YANG BERHEMPAS PULAS SELAMA 6 TAHUN BELAJAR DAN TERUS BELAJAR NAMUN RUGI TERUS RUGI YANG AKHIRNYA MEMBUAHKAN 3 PELAJARAN PALING BERHARGA

Sebuah pengalaman rugi forex paling “cringe” kena baca

Pernah, aku gagal terduduk sampai aku amik keputusan untuk keluar dari dunia trading ini. Tapi isi hati kecil aku selalu berkata “Sikit lagi, Sikit lagi, rugi tinggal ni”

-Trader Rugi

Trader Z merupakan seorang penjawat awam. Mempunyai gaji yang sederhana dan mempunyai keluarga kecil yang sederhana. Dia mampu untuk menyediakan keperluan asas, kadang-kadang bermewah untuk trip percutian lokal. Kadang-kadang trader Z kesian melihat anak isteri yang setia disisi dia. Dia merasakan tidak cukup secure bagi mencukupkan keperluan keluarga dia. Apa jadi jika dia satu hari sakit, takkan ingin berharap pada pampasan insurans?

Dipendekkan cerita si Z mula berjinak dengan forex trading pada tahun 2013. Itupun setelah diperkenalkan oleh rakan sekerja beliau. Jadi si Z belajar trading dengan membeli sebuah ebook forex yang bertajuk Teknik Forex Betul. Ebook tersebut mengajarkan basic trading beserta dengan cara trade menggunakan SnR, Trendline dan menggunakan Candlestick reversal Signal untuk entri.

Jadi, apakah kesudahan kepada si Z? Rugi. Itulah pengalaman rugi forex pertama si Z. Memang tak sangka si Z kerana lihat trader lain macam mudah sahaja profit. Itu tak bermakna Teknik Forex Betul itu tak menjadi, tetapi adalah disebabkan kurang pengalaman berhadapan dengan market.

Oleh itu si Z mula mencari berbagai-bagai teknik yang mana mampu memberikan profit yang tinggi. Si Z mempunyai berbagai bagai koleksi teknik forex ebook dan juga berbuku buku fizikal trading saham atau forex . Keadaan akaun si Z sentiasa naik dan turun tapi senang cerita tak pernah untung. Macam berjudi pun ada. Perkara ini terjadi disebabkan si Z mempunyai terlalu banyak teknik yang boleh diaplikasikan. Sebagai contoh teknik A tunjuk Buy dan teknik B tunjuk Sell.

Si Z menjumpai terlalu banyak kefahaman dalam trading ini. Ada antara cikgu mengajar untuk tak perlu letak SL, ada yang mengajar untuk letak SL. Ia menyebabkan si Z menjadi konfius kerana setiap cikgu memberikan sebab kenapa tidak letak SL dan kenapa perlu letak SL.

Dijadikan cerita Si Z mempelajari iktibar untuk mengawal risiko menggunakan SL apabila SnB Rate Crash yang terjadi menyebabkan pair USD/CHF terjun hampir 3000 pips. Oleh sebab si Z tidak menggunakan SL, maka akaun yang berjumlah USD 1000 lebur dalam masa 7 hari sahaja.

Masa tu bro, aku cam tak percaya, aku ingat glitch software MT4, tapi bukak banyak kali memang USDCHF terjun kaw kaw. Aku pakai broker Exness masa tu. Terduduk bro. kita bukan orang banyak duit.

– Trader Rugi

Si Z cuba untuk bangkit, kali ini menggunakan SL, back to basic, spot trend, entry based on trend, use MM dan set TP SL based on RR 1:3. Apa resultnya? Rugi. SL berderet-deret. Berbulan-bulan without profit. Si Z makin rimas. Ya, akaun dia tak blow tapi tak generate income. Bila letak RR 1:3, price tak sampai RR terus reverse, so profit makin kecil. Bila da positif, si Z buat BE +1, price hit BE pastu ikut arah trend. Z lukis trendline, nampak dah breakout trendline, try entry tiba tiba price reverse balik masuk trend sebelum. Z makin pening kepala. Letih dia buat backtest dan training lukis trendline. Ibarat pengalaman belajar forex melukis trendline langsung tidak membuahkan hasil.

Si Z memang struggle. Macam-macam formula dia cuba. Dari trade timeframe besar sampai timeframe kecil, lukis beribu-ribu SnR, backtest kebelakang 3 tahun lepas. Namun, hasil masih belum memberangsangkan. Dipendekkan cerita si Z mula mempelajari Hedging dan Martingale lot. Bila melihat secara matematiknya, teknik tersebut mampu untuk recover kerugian dengan pantas dan tak perlu. Sebulan Z implement hedging dan martingale, Z ibarat nampak sinar sebab mampu untuk profit hampir 100% sebulan.

Langit tak selalunya cerah. Asam garam dalam dunia trading, mesti ada profit dan loss. Namun, loss yang dihadapi oleh si Z adalah MC. Kelemahan hedging martingale adalah lot yang semakin berganda sehingga akaun tidak mempunyai margin yang mencukupi dan akhirnya mencecah Stop Out level. Runsing si Z kerana disangkakan cahaya yang diharapkan mampu menyuluh dari kegelapan dunia trading ini berakhir dengan harapan.

Suatu hari pada saat si Z ingin menarik diri dari dunia trading, si Z bertanya semula pada diri dia dan melihat semula semua teknik yang pernah diamalkan dan dipelajarinya. Z muhasabah diri. Z dapati ada beberapa kelemahan yang Z perlu akur. Pengalaman belajar forex membuatkan Z lebih matang.

  1. Z tak reti nak spot trend. Bila lukis trendline, tak valid, bila ikut indikator, sideway semua jadi gila.
  2. Kebanyakan entry Z lawan arah trend. Kenapa? Sebab Z tak reti nak spot trend dengan betul. Akhirnya banyak entry merah/floating.
  3. Z asyik lompat teknik dan tak percaya pada sistem.
  4. Z tak disiplin dengan peraturan teknik.
  5. Z develop pemahaman yang pelik-pelik
  6. Z tak hormat guru dan argue. Sedangkan bila belajar, kita kena tunduk hormat.
  7. Z trade banyak pair. Z jadi confuse, sebagai contoh AUDJPY tunjuk buy, AUDCHF tunjuk Sell
  8. Z Overtrade. Walaupun lot kecil, tetap jadi overtrade kerana trade banyak pair.

Aku janji dengan diri aku, kali ni last, back to basic balik, aku nak baiki semua kelemahan aku

– Trader Rugi

Si Z bermula kosong semula, ambil semangat dan ambil semula pelajaran dari pakar pakar kewangan yang ada kredibiliti, bukan sifu sifu ebook. Z pilih untuk guna indikator Ichimoku Kinko Hyo kerana kebanyakan otai lama rekomen guna indikator tersebut kerana ianya mudah dan mesra pengguna. Malah maklumat yang disampaikan di dalam indikator ini lebih banyak dan lengkap. Malah indikator ini mengesan trend semasa dan Z tak perlu lagi menarik atau melukis trend secara manual kerana kelemahan melukis trend secara manual adalah ralat persepsi.

Untuk entri, Z gunakan indikator fractal. Bila muncul fractal Z akan mula entry based on trend yang ditunjukkan oleh indikator Ichimoku Kinko Hyo. Dan Z memberikan sepenuh daya dan usaha pada sistem trade malah menggunakan satu elemen rahsia yang Z terlepas pandang.

ELEMEN INILAH YANG MEMBUATKAN AKAUN TRADE SI Z MULA GROW SECARA PERLAHAN LAHAN DENGAN SELAMAT MALAH MAMPU MENCECAH 50% KEUNTUNGAN SEBULAN

Tuan-tuan pasti teruja apakah elemen tersebut. Elemen tersebut adalah Multiple Timeframe Analisis. Sebuah kaedah menggunakan timeframe lebih besar sebagai rujukan trend dan timeframe lebih kecil untuk rujukan entri. Akhirnya Z boleh tersenyum dan mampu bersandar. Kadang-kadang menangis kerana siapa sangka jika Z keluar dari dunia trading, pasti dia terlepas untuk menguasai ilmu trading ini.

Jadi, melalui pengalaman rugi forex bertahun-tahun, tanpa berputus asa dan lelah, si Z memberikan 3 Pengajaran penting untuk semua orang.

  1. Trade mesti ikut trend. Mesti ikut trend. Jangan trade selagi tak pandai tentukan trend. Jangan sibuk nak cari reversal trend sebab nak glamour dapat entri pucuk.
  2. Guna Multiple Timeframe Analysis. Jangan tinggalkan. MTFA ni penting untuk elak daripada terkena Whipsaw ataupun fake breakout.
  3. Kena ada Risk Management. Paling senang SL, Paling complicated hedging lock.

Dan, sayalah si Z.

Bila aku tengok balik jalan cerita dunia trading aku sendiri, rupanya banyak hikmah yang aku belajar. Dari tamak jadi sekadar cukup, dari tak berdisiplin jadi berdisiplin, dari kedekut jadi pemurah. Rupanya ALLAH SWT beri aku jalan rugi untuk aku dapat lebih dari ilmu trading forex. Terima kasih ALLAH

– Trader Rugi

Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →