Rahsia Cara Trading Dengan Ichimoku Yang Trader Otai Cuba Sorokkan

Bismillahirrahmanirrahim

PENGENALAN

Ichimoku Kinko Hyo merupakan salah satu indikator yang bersifat “trend” iaitu sebuah indikator yang mengesan perubahan trend lalu memberi cadangan agar entry dilakukan berdasarkan trend yang dipaparkan. Sejarahnya, Ichimoku Kinko Hyo telah dicipta oleh seorang warga Jepun yang bernama Hosoda Goichi. Dia menghabiskan masa selama 30 tahun untuk menyempurnakan indikator ini dan diajarkan cara trading dengan ichimoku ini kepada orang ramai.

Tuan-tuan bayangkan. 30 tahun bukan tempoh yang singkat ye. Memang patut indikator Ichimoku ini dijadikan salah satu indikator default dan wajib di dalam MT4.


Saya dah try trading dengan Ichimoku ni, tapi selalu kantoi je. Bila price sideway, jadi huru hara. Price asyik break awan sampai konpius. Ahhh tak bagus la Ichimoku ni

-Luahan Ex Trader

Tuan-tuan pernah dengar keluhan dan kekecewaan trader yang pernah trading dengan Ichimoku ni? Ya ia perkara biasa bagi semua indikator yang jatuh dibawah kategori trend. Indikator ini cuma mampu memberikan pulangan yang lumayan sewaktu market trending sahaja. Oleh itu mari kita lihat semula semua elemen yang ada di dalam indikator Ichimoku Kinko Hyo.

ENAM ELEMEN INDIKATOR ICHIMOKU KINKO HYO BESERTA PENERANGANNYA

  • Kijun Sen (berwarna biru) dan biasanya dinamakan sebagai baseline. Ia dikira berdasarkan 26 period kebelakang dan kadar sensitiviti terhadap harga agak perlahan.
  • Tenkan Sen (berwarna merah) dan dipanggil sebagai turning line. Ia dikira berdasarkan 9 period kebelakang dan kadar sensitiviti terhadap harga agak tinggi.
  • Chikou Span (berwarna hijau) dan dipanggil sebagai lagging line. Ia muncul 26 period kebelakang pada pergerakan price semasa
  • Senkou Span A (berwarna oren) dan dikira berdasarkan averaging terhadap Kijun dan Tenkan Sen. Garisannya dilukis 26 period kehadapan
  • Senkou Span B (berwarna kelabu) dikira berdasarkan hi dan low pada 52 period kebelakang dan dilukis pada 26 period kedepan.
  • Kumo dinamakan sebagai awan dan terbentuk pada ruang yang dihasilkan antara Senkou Span A dan B
Kedudukan Setiap Elemen Ichimoku Kinko Hyo

Kita lihat pula, apakah cara untuk trading dengan ichimoku berdasarkan keenam-enam elemen yang ada ini. Saya simpulkan terdapat tiga perkara yang perlu tuan-tuan perhatikan untuk menentukan trend adalah Uptrend ataupun downtrend.

  1. Perhatikan kedudukan price semasa sama ada diatas awan atau dibawah awan
  2. Perhatikan kedudukan Chikou Span sama ada diatas awan atau dibawah awan
  3. Perhatikan sama ada Kijun Sen dan Tenkan Sen sudah bersilang atau tidak.

Secara kasarnya tuan tuan boleh menentukan sama ada trend adalah Uptrend atau Downtrend menggunakan Ichimoku Kinko Hyo adalah seperti berikut :

Uptrend

  1. Tenkan Sen bersilang keatas dengan Kijun Sen (Ini adalah perkara pertama yang akan terjadi semasa trend ingin berubah)
  2. Candle berjaya close diatas Kumo (Ini adalah perkara kedua terjadi selepas Tenkan dan Kijun Sen bersilang)
  3. Chikou Span berada diatas Kumo (Ini adalah perkara terakhir terjadi)
Contoh Gambarajah Uptrend

Downtrend

  1. Tenkan Sen bersilang kebawah dengan Kijun Sen (Ini adalah perkara pertama yang akan terjadi semasa trend ingin berubah)
  2. Candle berjaya close dibawah Kumo (Ini adalah perkara kedua terjadi selepas Tenkan dan Kijun Sen bersilang)
  3. Chikou Span berada dibawah Kumo (Ini adalah perkara terakhir terjadi)
Contoh Gambarajah Downtrend

Nah, semua cara trading dengan Ichimoku Kinko Hyo amat mudah kan? Namun dimanakah kesalahan kebanyakan para trader Ichimoku Kinko Hyo?

KINI SAYA DEDAHKAN APAKAH 1 KESILAPAN TUNGGAL YANG SIMPLE TAPI BERIMPAK BESAR TELAH DILAKUKAN OLEH TRADER ICHIMOKU

KESILAPAN TRADER SEMASA TRADING DENGAN ICHIMOKU

Bersediakah tuan-tuan ingin mengetahui apakah kesilapan para trader Ichimoku? Jawapannya adalah, MEREKA MENGABAIKAN SYARAT KETIGA iaitu Chikou Span harus berada dibawah Kumo (Downtrend) ataupun diatas Kumo (Uptrend).

Mengapa ianya terjadi? Apakah yang membuatkan para trader gemar meninggalkan syarat terakhir ini. Ianya terjadi kerana dorongan emosi yang membuatkan trader takut ketinggalan untuk entry trade pada peringkat awal.

Kebanyakan situasi yang mana untuk memenuhi ketiga-tiga perkara tersebut terjadi, price telah bergerak jauh dari poin price mula break dari Kumo dan persilangan tenkan dan kijun Sen. Oleh kerana trader sudah melihat sendiri mereka ketinggalan pada awal signal iaitu persilangan kijun dan tenkan sen, mereka tidak sabar untuk trade pada permulaan break kumo tanpa menghiraukan kedudukan Chikou Span.

Rugi kalau tunggu Chikou Span break Kumo, nanti price dah jauh jalan ko baru nak masuk. Banyak tu rugi pips, SL ko makin besar pulak tu.

-Anonymous Trader

Ada diantara trader yang mempunyai cara trading Ichimoku mempunyai pendapat sedemikian demi untuk mengecilkan jumlah SL dan menangkap pips yang lebih banyak dengan cara meninggalkan syarat Chikou Span.

Tahukah tuan-tuan apakah the worst case scenario yang bakal terjadi yang membuatkan akaun trading tuan dalam keadaan fatal disebabkan meninggalkan syarat Chikou Span? Tuan-tuan akan sentiasa terperangkap dengan fake breakout.

Tuan-tuan, market mempunyai kecenderungan untuk trending sebanyak 30% dan sideway sebanyak 70%. Oleh itu, apabila market mula untuk sideway atau berbentuk flat,kebanyakan entri tuan-tuan akan sentiasa berada dalam keadaan negatif mahupun terkena SL. Dengan menggunakan filter daripada Chikou Span, tuan-tuan mampu untuk terselamat daripada terkena fake breakout disebabkan market dalam keadaan Sideway.

Walaupun secara amnya, cara trade dengan Ichimoku ini mengajarkan bahawa sideway berlaku dalam Kumo, namun terdapat juga keadaan yang mana fake breakout tetap terjadi dan tidak hairanlah Chikou Span ini dicipta oleh Hosoda Goichi bagi menyelamatkan trader daripada terkena gerakan fake breakout.

Ya tuan-tuan, cara trading ichimoku masih banyak rahsianya, namun sentiasa berpegang pada asas kepada setiap elemen Ichimoku Kinko Hyo dan walau sebanyak manapun cara bacaannya, tetap balik kepada asas. Andai cara analisa Ichimoku yang disarankan oleh sesetengah trader tidak mengikuti kepada asas penggunaanya, tuan-tuan disarankan agar tinggalkan kefahaman tersebut.

Akaun trading tuan tuan adalah tanggungjawab tuan tuan. Dan percayalah, Ichimoku Kinko Hyo merupakan salah satu indikator yang mempunyai kebarangkalian profitabiliti yang tinggi pada jangka masa panjang.

Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

NANTI DULU! BELUM HABIS LAGI, CARA TRADING ICHIMOKU MASIH BELUM LENGKAP TANPA EXIT STRATEGI YANG BETUL-BETUL PADU!

SENARAI CARA EXIT TRADE MENGGUNAKAN ICHIMOKU KINKO HYO

  1. Exit berdasarkan Risk and Reward (1:2)
  2. Exit berdasarkan keadaan

Secara peribadinya saya menyarankan agar tuan-tuan menggunakan gabungan kedua-dua teknik exit tersebut. Sebagai contoh pada awal entri, tuan-tuan akan set untuk TP 100 Pips dan SL 50 pips. (RR 1:2). Namun dari masa ke semasa, tuan-tuan haruslah memerhatikan ketiga-tiga syarat sah trend menggunakan Ichimoku.

Oleh itu, tuan-tuan disarankan untuk close position sekiranya melihat tenkan sen dan kijun sen bersilang melawan arah trend. Ia kerana persilangan tenkan dan kijun sen ini memberikan petanda awal bahawa trend mungkin akan berubah. Oleh itu, bagi mengelakkan risiko yang market betul-betul reverse dan tuan-tuan kehilangan lebih banyak pips, dinasihatkan untuk close ketika persilangan kijun dan tenkan sen terjadi.

Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →