Susahnya Forex Hanya Trader Yang Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini aku nak bercerita pasal susahnya forex ni. Betul, memang susah. Walaupun korang rasa cara dia senang, cuma Buy atau Sell, tengok ada signal terus masuk entri pastu tunggu, ketahuilah ianya hanyalah dusta belaka.

Ko nak tau kenapa forex susah? Yang susah adalah untuk membentuk mentaliti sebagai seorang trader yang professional dan profitable. Meh aku cerita sedikit bagaimana susahnya forex ni. Contoh, aku dah buat analisis terhadap pair EUR/USD. Aku tengok trend, positif BUY, aku tengok signal untuk entry pun dah boleh masuk BUY. So aku pun confident tekan Buy. Aku tinggal laptop pergi buat benda lain, uli kek ke, tumbuk kucing ke, malam tu aku bukak balik MT4 dengan penuh harapan.

Jantung aku berdegup bai,

degup degup degup degup degup

Yes, confirm popit ni, Yes, I Phone di tangan dah ni, sambil melontar android fon ke dalam bekas mainan anak aku. Jika android phone tersebut seekor kucing, pasti aku akan dicakar tanpa ragu-ragu. Senyumanku makin mekar, loading MT4 makin pantas, jiwa makin meronta-ronta dan akhirnya diselubungi kekecewaan.

Entry tersebut terkena SL dan aku seperti agak sewel melihat kerugian yang dialami. Aku gigit jari. Mula-mula ibu jari, kemudian ibu jari kaki. Apa yang salah dengan sistem trading aku ni. Aku dah detect trend, aku dah entry based on trend, tapi apasal aku masih SL.

Dalam hati aku bercakap, oooo mana mungkin forex susah? Kalo forex susah, kenapa ramai yang tayang duit style kipas KHIND. Aku mula bengang. Aku nak tunjuk skil dan teknik trading aku ni tiada tolok bandingnya. Aku mula berhalusinasi dan bercakap dengan benda yang tak bernyawa, yakni market.

“Haaa ko turun la lagi, aku Buy lagi, ko turun lagi aku Buy. Eh trend tengah Uptrend la, jangan gila nak Sell”

Namun, market tak endahkan aku. Dia tersinis melihat aku marah-marah seperti anak kecil kehilangan pistol mainannya. Price terus drop menghampiri SL kedua aku. Sekejap sekejap aku tutup laptop, konon nak go away from trading desk tapi aku tak perasan aku terbawak sekali laptop masa aku nak go away.

Dalam hati kecik aku, terlintas jugak, kenapa susah sangat forex ni, sambil berharap price pacak seperti terbangnya roket menuju ke bulan. Biar jadi sebatang candle bullish maru yang mampu merodok skrin monitor aku ke atas. Biar yang tengah sell EUR/USD duduk tersandar menahan sedih melihat entry biru mereka bertukar merah. Biarlah aku yang akhirnya ketawa secara gemilang sambil bersandar di kerusi yang mempunyai arm rest.

Setelah berkali kali membuka dan tutup monitor laptop sehingga skru longgar, aku beranikan diri untuk aku tengok hasil result trade

Yup

SL sekali lagi. Dan ianya agak menyakitkan hati. Bagai punggung yang terkena buasir, disiat siat seperti kambing yang dilapah.

Bilamana trade entry ke dua terkena SL, kemarahan aku mula meluap-luap. Market seperti menunjukkan bontot ke arah aku, tanda mengejek aku tanpa segan silu sebagai seorang rakyat Malaysia. Aku panik. Aku masih lagi tak mau mengaku bahawa forex ini susah.

Aku panik kerana camne aku nak screen shot popit di facebook dan merasa riak dalam kalangan rakan trader. Peluh aku mula menitik, walaupun hakikatnya tiada peluh yang ada hanyalah titisan aircond yang terkena dahi lalu meleleh ke dagu.

Tiada lagi trading plan yang digunakan. Aku try untuk follow current movement. Walaupun style trading aku adalah break and bounce, aku mula cari break sahaja tanpa bounce sebab aku makin bengang tengok price pergi meninggalkan aku, sepertimana abah aku tak bawak aku pergi ke zoo bersama adik beradik lain disebabkan kereta tak muat, adik beradik ramai.

Yes, price break the nearest Support. Now its time to revenge stupid market. Kata ku lagi pada monitor ku. Monitor ku mula bercahaya suram, tanda sugul kerana terpaksa menahan terlalu banyak tohmah dan caci terhadap market dariku.

“Market, kau boleh perbodohkan orang lain, tapi bukan aku, bukan kami, bukan sekarang, kerana, kami antara yang terbaik yang telah mempelajari behaviour pergerakan ko. Your pattern has been read!” Tuntasku bercakap dengan penuh tegas sambil isteriku menggelengkan kepala melihat aku bercakap dengan objek. Lalu tidaklah dia ingin menyapu lantai lagi di bilik aku trade kerana takut menjadi isteri derhaka dek layangan kayu penyapu di badanku.

Aku tak pasang SL, sebab aku nk implement cutloss, nak avoid any unnecessary spike. Forex is easy, sapa tah cakap susah forex ni.

Tiba2 bini aku panggil ajak makan, aku menoleh dan membalas “kejap”, sambil berpaling melihat benda tersedih dalam hidup.

Sebatang candle bullish maru pacak roket ke bulan menelan segala harapan dan meninggalkan kekecewaan kepada aku.

Aku bangun, sorong kerusi ke meja, tekap monitor laptop elok elok dan berhajat untuk makan sambil biniku menahan tisu di kolam air mata.

==========================================================================

Pelajaran

Jadi, apakah pelajaran yang korang boleh belajar dari cerita kat atas? Ni pelajaran dia, ni makan dia

  1. Forex ni susah. Just admit it and you will relieve it.
  2. Ia susah kerana nak membentuk satu pattern karakteristik trader itu sendiri
  3. Jangan lari dari trading plan
  4. Jangan tiba2 ubah plan dari trading plan.

Ok, stay tune dengan aku gais. Aku akan keep on sharing dalam bentuk story telling pasal pengalaman dalam forex ni.

Innallah Mustaan.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →