Dua Kelemahan Indikator Fractal Ini Boleh Blow Akaun Trading Dengan Pantas

PENGENALAN

Bismillah. Indikator fractal secara amnya adalah salah satu indikator yang digunakan didalam teknik Chaos Theory. Teknik ini merupakan antara teknik forex teknikal yang ada di dalam default MT4 dibawah sub menu Bill Williams. Indikator fractal memberikan maklumat berkenaan dengan the highest price dan the lowest price berdasarkan 5 candle. Dari maklumat tersebut. ramai kalangan trader menggunakan indikator ini sebagai signal entri. Namun, tahukah tuan-tuan bahawa indikator fractal ini tidak asing lagi meranapkan akaun trading mereka disebabkan terdapat kelemahan tersembunyi yang mereka tidak ketahui.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN INDIKATOR FRACTAL?

Tuan-tuan, terdapat dua jenis indikator yang perlu kita ketahui iaitu :

  1. Buy Fractal (Muncul ketika price sedang menaik)
  2. Sell Fractal (Muncuk ketika price sedang menurun)

Apabila muncul fractal, ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi bahawa price mungkin berbalik arah dari pergerakan price semasa. Jika price sedang menurun, apabila fractal muncul, maka price berkemungkinan akan menaik. Dan begitu juga sebaliknya sekiranya price sedang menaik. Dibawah saya sertakan bentuk Buy fractal dan Sell Fractal.

X-bars Fractals - indicator for MetaTrader 5 | Forex MT4 Indicators
Biru : Buy Fractal
Merah : Sell Fractal

Selalunya, fractal akan muncul bersama-sama dengan candlestick reversal pattern. Oleh itu, ramai trader seronok apabila menggunakan fractal kerana mereka tidak perlu lagi ragu-ragu sama ada CRS tersebut adalah valid atau tidak.

NAMUN KINI, SAYA SENDIRI AKAN DEDAHKAN DUA KELEMAHAN INDIKATOR FRACTAL YANG MEMBUATKAN RAMAI TRADER MENANGIS DI BUCU KATIL

Terdapat dua kelemahan indikator fractal yang berimpak tinggi kepada para trader yang menggunakannya.

  1. Indikator fractal bersifat repaint. Oleh itu, result backtest tidak sama dengan result forward test. Repaint bermaksud apabila indikator tersebut tidak valid, maka ia akan memadam signal indikator fractal. Maka trader yang melakukan backtest akan tertipu dengan result yang ditunjukkan yang mana memberikan probability profitability yang tinggi.
  2. Kelemahan indicator fractal adalah ia muncul terlalu kerap sehingga para trader mudah melakukan entry dan akhirnya berakhir dengan kerugian.

Jadi, terdapat alternatif yang trader otai gunakan untuk counter kelemahan tersebut. Ianya simple, mampu mengeluarkan semula potensi besar indikator fractal dalam masa yang sama menyelamatkan trader untuk tidak terperangkap dengan dua kelemahan diatas. Solusinya adalah fractal tidak boleh bekerja sendiri. Ia memerlukan elemen lain sebagai pengukuhan. Secara ringkasnya, fractal memerlukan zon untuk wujud untuk meningkatkan tahap profitability fractal itu sendiri.

Antara contoh zon yang boleh digunakan adalah Support dan Resistance ataupun Supply and Demand. Jadi, dengan memerhatikan penghasilkan fractal dikawasan tersebut, para trader mampu untuk trigger satu entry yang berkualiti.

Kesimpulannya, walaupun indikator fractal itu jika digunakan secara individu adalah tidak begitu memuaskan, namun ianya cukup membantu bagi para trader baru bagi mengenalpasti swing high atau swing low sesuatu harga dengan hanya berpandukan kepada gambar arrow yang dihasilkan oleh indikator fractal.

P/S : Saya adalah pengguna tegar indikator fractal. Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →