Kerana Tidak Endah Risiko Main Forex Trader J Kini Demam

PENGENALAN

Bismillah. Di dalam instrumen dagangan mata wang (forex), pengurusan risiko forex merupakan salah satu cabang yang perlu dikuasai oleh para trader. Namun, kebanyakan para trader gagal memahami risiko main forex dan hanya mempunyai mentaliti untuk kaya dengan cepat. Impak dari perkara tersebut, ramai trader yang kecundang dan akhirnya akaun mereka blow seperti trader J.

BERAPA JENIS RISIKO MAIN FOREX?

Terdapat 3 risiko yang para trader perlu tahu

  1. Risiko dari Broker
  2. Risiko dari Market
  3. Risiko dari Diri Sendiri

ADUH!!! BANYAKNYA RISIKO. PATUTLAH TRADER J DEMAM….

Pertama, risiko dari broker banyak melibatkan kepada pengurusan akaun trading tuan-tuan. Sebagai contoh servis deposit and withdrawal. Sekiranya tuan-tuan tidak mengenali siapakah yang menguruskan duit di dalam akaun tuan-tuan, maka tuan-tuan antara orang yang berpotensi akan ditipu oleh para scammer. Terdapat juga IB-IB daripada sesebuah broker itu sendiri tidak amanah dalam menguruskan duit tuan lalu menyebabkan tuan-tuan kehilangan wang deposit begitu sahaja.

Selain itu, tuan-tuan juga mungkin terjerat dengan broker broker Dealing Desk. Secara amnya, mungkin tuan-tuan tidak akan lihat dengan jelas, namun bila diselidiki, tuan-tuan akan melihat broker yang tuan-tuan gunakan adalah broker Dealing Desk. Dealing Desk bermaksud order entri yang tuan-tuan lakukan tidak dihantar ke market sebenar dan urusan buy dan sell hanya dilaksanakan diantara client sahaja.

Ada lagi isu-isu lain seperti term and condition yang memeningkan kepala. Perlu untuk sesetengah trader memahami term and condition yang diletakkan oleh setiap broker. Mengapa perkara ini penting? Kerana, T&C amat mempengaruhi corak trading seseorang trader. Sebagai contoh, trader J adalah seorang scalper, namun Broker B tidak mesra scalper yang mana T&C menyatakan order tidak boleh ditutup bawah dua minit. Trader J tidak mengetahui perkara tersebut dan terus membuat keuntungan. Perkara akan menjadi masalah apabila broker mengatakan Trader J telah melanggar T&C dan akan berlaku perbalahan. Sebab itu trader J demam.

Jadi, adalah risiko main forex yang wujud dari pihak broker boleh dikawal? Jawapannya boleh.

Kedua, risiko dari market. Ianya sebuah risiko yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana badan mahupun individu di dalam dunia ini kerana pasaran forex yang terlalu besar dan luas. Antara risiko yang ditawarkan oleh market adalah seperti berikut:

  1. Whipsaw (Spike)
  2. Gap
  3. Crash

Whipsaw atau spike biasa berlaku semasa news besar bakal diumumkan. Apa yang terjadi adalah price akan bergerak kesatu arah dengan laju kemudian dalam masa yang sama melawan arah semula menyebabkan ramai yang melakukan order berakhir dengan kerugian ataupun floating. Sebagai contoh, pada pair EUR/USD, news EUR menunjukkan data EUR adalah baik, maka price EUR meningkat dalam masa yang sama news USD menunjukkan data USD turut baik, maka USD menekan semula price kebawah, meninggalkan shadow yang panjang. Maka mereka yang buy sewaktu EUR/USD sedang menaik akan berada dalam kerugian ataupun floating negatif.

Gap pula antara risiko main forex yang trader J perlu hadapi. Gap terjadi selalunya pada hujung minggu. Ianya berlaku disebabkan harga open pada hari isnin lebih tinggi daripada harga close pada hari jumaat. Sebagai contoh, pada hari Jumaat EUR/USD close pada 1.1000, dan pada hari isnin EUR/USD open pada 1.1100, Perbezaan sebanyak 100 pips inilah yang dipanggil sebagai gap. Banyak keputusan keputusan penting yang terjadi pada hujung minggu adalah antara sebab paling besar gap terjadi.

Crash pula adalah suatu keadaan market terlalu volatile dan bergerak secara luar biasa. Sebagai contoh, pergerakan USD/CHF sebanyak 3000 pips pada tahun 2015 disebabkan pertukaran SNB rate cash merupakan contoh terbaik market crash. Banyak trader yang terpaksa menangung rugi, malah terdapat broker yang jatuh bangkrap.

Dan yang terakhir adalah risiko daripada diri sendiri. Sikap tamak trader J, kurang bersabar dan selalu nak entri adalah salah satu sebab akaun trader J blow. Risiko tersebut dinamakan sebagai emosi trader. Apabila trader mula melakukan entry, trader mempunyai naluri untuk protect diri sendiri daripada kerugian dan kesakitan. Oleh itu, apabila entry trader dalam keadaan rugi, maka mereka akan mula resah dan banyak tindakan yang tidak rasional akan mula diambil, seperti trader J.

Risiko ini boleh diatasi dengan memperbanyakkan latihan trading serta pengalaman live trade. Oleh itu, tuan tuan boleh bersabar dan jadikan setiap loss atau MC sebagai pelajaran.

Jadi, adakah tuan-tuan sudah bersedia untuk menghadapi risiko main forex, seperti trader J? Saya serahkan persoalan ini kepada anda sendiri.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →