Teknik Heiken Ashi Dalam Menentukan Trend

Bismillahirrahmanirrahim

Teknik Heiken Ashi adalah sebuah teknik yang menggunakan indikator heiken ashi sebagai alat untuk melakukan analisa pasaran forex semasa. Indikator ini merupakan indikator percuma yang boleh didapati di dalam senarai indikator yang disediakan di dalam software Mt4 mahupun Mt5. Kepada mereka yang agak sukar untuk menjangkakan kedudukan reversal di dalam sesebuah trend, adalah digalakkan untuk menggunakan teknik heiken ashi.

Apa itu Indikator Heiken Ashi

Heiken Ashi merupakan sebuah indikator yang akan menunjukkan purata harga harian pada sesuatu timeframe. Di dalam heiken ashi terdapat dua jenis candle iaitu bullish candle dan bearish candle sahaja. Yang menariknya mengenai heiken ashi, anda tidak perlu untuk menghafal berbagai-bagai jenis pattern candle untuk menentukan continuity ataupun reversal sesuatu harga. Berikut merupakan gambaran candle heiken ashi.

Heikin-Ashi Charts | CQG News

Asas Bacaan Teknik Trading Dengan Heiken Ashi

  1. Buy apabila indikator menunjukkan candle berwarna Hijau
  2. Sell apabila indikator menunjukkan candle berwarna merah
  3. Candle tanpa shadow berlawanan menunjukkan momentum yang sangat kuat
  4. Candle dengan shadow berlawanan menunjukkan momentum sedang melemah

Kelebihan Trade dengan Heiken Ashi

  1. Tidak perlu menghafal berbagai-bagai jenis pattern candle
  2. Analisa yang simple kerana hanya fokus kepada warna candle dan keadaan shadow berdasarkan rule diatas.
  3. Menapis noise pasaran dan memberi keyakinan untuk trader hold bersama dengan trend.

Jadi, bagaimana untuk trade dengan indikator ini? Terdapat berbagai cara untuk trade dengan indikator ini seperti menjadikan ianya sebagai indikator sokongan kepada indikator lain sebelum memulakan entri. Namun, di dalam post kali ini, saya akan berkongsi cara untuk trade dengan hanya menggunakan indikator heiken ashi sahaja. Saya rumuskan dalam bentuk poin supaya mudah untuk anda mempelajari teknik heiken ashi.

  1. Pilih timeframe H4 (Lower timeframe menjadikan Heiken ashi kurang berkesan kerana terlalu banyak noise pasaran.
  2. Trade hanya pada waktu pasaran aktif untuk Malaysia iaitu sekitar jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Ianya bermaksud terdapat 3 waktu yang perlu anda monitor chart iaitu pada jam 4 petang, 8 malam dan 12 malam.
  3. Tunggu sehingga candle Heiken Ashi close.
  4. Tentukan arah sesebuah trend dengan cara 10 candlestick heiken ashi yang mempunyai warna yang sama berturut-turut. Sebagai contoh 10 candlestick bullish heiken ashi menunjukkan Uptrend.
Heiken Ashi Uptrend
Heiken Ashi Downtrend

Ini menunjukkan bahawa trend sedang menguat ke suatu arah. Kemudian price akan mula retrace sebentar dan tunggu sehingga keluar candlestick heiken ashi yang selari dengan arah trend. Cara untuk menentukan entry dengan teknik heiken ashi adalah seperti berikut.

  1. Pastikan candle Heiken Ashi yang berlawanan arah trend mula mengeluarkan shadow yang berlawanan.
  2. Candle heiken ashi yang seterusnya haruslah sama dengan arah trend dan haruslah tidak mempunyai shadow yang berlawanan
  3. Terdapat juga keadaan candle heiken ashi yang sama arah mempunyai shadow yang berlawanan, tunggu sehingga muncul candle yang tiada shadow berlawanan.
  4. Entri ketika candle Heiken ashi yang tiada shadow muncul
  5. SL diletakkan pada candlestick sebelum pada hujung shadow yang berlawanan
  6. TP adalah berdasarkan kepada Risk and Reward seperti 1:2 atau 1:3 ratio
  7. Selain itu, untuk pre exit, sekiranya terdapat candlestick Heiken ashi yang berlawanan, disarankan untuk close trade.

Kesimpulannya, teknik heiken ashi adalah salah satu indikator yang baik untuk dijadikan sebagai tool analisa pasaran kerana kekuatannya dalam menapis noise merupakan satu-satunya advantages yang ada pada indikator tersebut. Ia sekaligus melenyapkan masalah kepada trader yang mula keliru apabila melihat pattern reversal selepas melakukan entry.

Baca : Apa Maksud Volume Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →