Apa Maksud Volume Forex Dan Kepentingannya

Bismillahirrahmanirrahim

Volume merupakan salah satu indikator yang dibekalkan bersama secara percuma didalam perisian MT4 / MT5. Secara amnya indikator volume merupakan indikator yang tidak begitu popular dalam kalangan para trader. Oleh itu, artikel ini akan menjawab apakah maksud volume forex dan bagaimana maklumat volume ini boleh digunapakai dalam aktiviti trading.

Apakah Maksud Volume Forex

Volume bermaksud jumlah aktiviti yang berlaku dalam sesi dagangan. Semakin tinggi sesi dagangan, semakin kuat. Oleh itu, jika chart price selari dengan pergerakan volume, ia bermaksud berkemungkinan besar pergerakan harga tersebut adalah betul dan bukan satu bentuk manipulasi.

Membuka Indikator Volume Forex

Anda cuma perlu pergi kepada bahagian indikator, kemudian pilih volume, anda akan melihat berbagai-bagai pilihan namun boleh terus pilih volume. Indikator volume terdiri daripada dua warna iaitu hiaju dan merah. Penerangan adalah seperti berikut.

  1. Hijau : Volume lebih tinggi berbanding volume sebelumnya.
  2. Merah : Volume lebih rendah berbanding volume sebelumnya.

Volume tidak terikat pada keadaan trend. Ia hanya menyukat jumlah aktiviti dagangan sahaja. Sama ada trend Uptrend, Downtrend mahupun Sideway, volume akan tetap memberikan info jumlah dagangan.

Cara Membaca Volume Forex

Banyak cara membaca volume forex. Ianya juga bermaksud, indikator volume forex digunakan secara bersama dengan indikator-indikator yang lain. Malah volume forex ini tidak boleh berdiri secara sendiri untuk melakukan trading.

Jadi, bagaimanakah volume indikator mampu memberi impak kepada trading anda. Sifirnya cukup mudah. Berikut merupakan sifir yang boleh anda ingat dan gunakan dalam trading.

  1. Sekiranya price telah melakukan breakout, dan disusuli dengan volume yang tinggi, dan berwarna hijau, maka kebarangkalian price tersebut meneruskan momentum breakout adalah tinggi.
  2. Sekiranya price mendekati kawasan SnR atau SnD disusuli dengan volume yang rendah, maka ia mempunyai petanda price mungkin akan melawan arah semasa.
  3. Dengan gabungan candlestick pattern, ia mampu memberikan entry yang lebih akurat.

Pentingnya Mengetahui Volume Dalam Forex

Dengan mengambilkira maklumat volume, seseorang trader mampu untuk filter noise yang diwujudkan oleh market. Pernahkah anda melalui pengalaman yang mana anda telah melihat pembentukan CRS, namun CRS tersebut tidak valid dan entry anda telah mengenai SL. Dengan adanya volume, kita dapat lihat sekiranya CRS tersebut mempunyai volume yang tinggi, ia memberi peratusan yang tinggi bahawa price akan bergerak pada arah yang ditunjukkan oleh candlestick.

Kesimpulan Maksud Volume Dalam Forex

Ya, Volume merupakan salah satu indikator yang wajib digunakan oleh para trader. Namun, terlalu jarang untuk trader menggunakan indikator ini kerana ianya tidak mempunyai maklumat untuk entri dan exit. Tidak terlambat sekiranya anda memasukkan indikator volume forex di dalam strategi anda kerana indikator ini hanya bertindak sebagai filter dan tidak akan mengubah sistem trading anda keseluruhannya.

Baca : Cara Guna Indikator RSI

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →