Mengenali Berita FOMC Forex

Bismillahirrahmanirrahim

FOMC atau nama panjangnya adalah Federal Open Market Committee merupakan salah satu news yang bersifat high impact setiap kali dikeluarkan. Berita FOMC amat-amat ditunggu oleh para trader dan mengapakah ianya amat penting bagi mereka. Artikel kali ini akan mengupas mengenai berita FOMC Forex.

Apa Yang Terjadi Semasa Berita FOMC Minutes Meeting?

FOMC Meeting merupakan mesyuarat yang dikendalikan oleh US Federal Reserve. Badan ini bertanggungjawab dalam menentukan monetary policy US dan akan memberi impak kepada kekuatan Dollar sama ada menguat ataupun melemah. Semasa FOMC meeting berlaku, mereka akan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan interest rate sama ada mereka ingin menaikkan, mengekalkan atau menurunkan interest rate. Umum kita mengetahui bahawa kenaikan interest rate akan menyebabkan dollar menguat, manakala penurunan interest rate akan membuatkan dollar melemah. Oleh itu, keputusan interest rate yang ditentukan oleh US Fed akan mempengaruhi secara besar terhadap golongan pelabur dan juga golongan pengguna.

Mengapakah Berita FOMC Forex Amat Popular

Memandangkan berita FOMC merupakan berita high impact, berwarna merah di dalam forexfactory, ianya merupakan suatu news yang mampu untuk menggerakkan harga pasaran USD dengan kadar yang banyak. Dijangkakan semasa berita FOMC disiarkan volatility pasaran USD akan meningkat disebabkan berbagai-bagai sentiment yang berlaku pada ketika itu. Oleh itu, FOMC boleh menjadi medan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak ataupun kerugian yang sedikit.

Bagaimana Trader Trade dengan Berita FOMC?

Bagi Trader news, mereka melakukan teknik straddle, iaitu dengan meletakkan stop order diatas dan dibawah harga semasa 5 minit sebelum news release. Mereka percaya price akan bergerak satu arah dengan jumlah pips yang banyak dan akan menutup order dalam keadaan untung, manakala order satu lagi akan di delete selepas entri mula menunjukkan pips positif. Namun realitinya, ramai yang terperangkap apabila price melakukan spike, yang mana ia akan trigger kedua-dua order tersebut.

Kesimpulan

Mengambil berat dan memantau FOMC minit merupakan satu tindakan yang bijak. Oleh itu trader mampu membuat keputusan sama ada untuk berhenti trade semasa FOMC telah dikeluarkan ataupun jump on the bandwagon untuk meraih keuntungan yang lumayan.

Baca : Analisa Teknikal Double Top

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →