Bismillahirrahmanirrahim
Kadar faedah bank negara merupakan suatu mekanisme yang digunakan oleh kerajaan dalam mengawal kadar-kadar faedah bank bank yang lain dan seterusnya digunakan sama ada untuk merancakkan atau melemahkan aktiviti-aktiviti ekonomi di dalam bank negara. Oleh itu setiap kesan kenaikan kadar faedah ataupun penurunan kadar faedah oleh bank negara sesuatu negara adalah amat penting.
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, terdapat dua mekanisme yang sering digunakan oleh bank negara bagi sama ada untuk memperkuatkan sesuatu matawang ataupun melemahkan sesuatu matawang. Dua mekanisme tersebut adalah kadar faedah dan polisi fiskal.
Memandangkan kadar faedah merupakan cara yang paling mudah untuk difahami berbanding polisi fiskal, maka ianya sentiasa menjadi tataukur untuk mengetahui sama ada matawang itu sedang menguat ataupun melemah.
Kesan kenaikan kadar faedah bank negara kepada ekonomi setempat adalah kita akan menyaksikan aktiviti ekonomi setempat akan bertukar menjadi lembab. Ianya disebabkan pembayaran balik pinjaman menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini, bayaran balik pinjaman peribadi cuma dikenakan sebanyak 4%, apabila kadar faedah dinaikkan sebagai contoh kepada 5%, ianya akan membebankan para pembayar hutang.
Oleh itu, kuasa membeli pengguna menjadi semakin kurang dan semakin kurang rakyat akan membuat pinjaman . Selain itu, kadar faedah yang tinggi akan mempengaruhi orang ramai untuk menyimpan di bank bank tempatan. Ini kerana kadar faedah pulangan yang tinggi menarik minat mereka supaya melabur di dalam mana mana instrument pelaburan.
Kesan domino daripada ekonomi yang lembab akan menyebabkan deflasi dimana harga barangan akan menurun. Ianya menurun disebabkan kuasa beli yang rendah oleh para pengguna memaksa para peniaga menjual pada harga yang pembeli sanggup bayar. Jika dulu harga seguni beras RM 15, apabila kadar faedah bank negara dinaikkan, harga seguni beras itu mungkin akan menurun kepada RM 14 disebabkan kurangnya permintaan.
Jika dilihat pada pelaburan antarabangsa pula, negara negara luar akan mula melabur di dalam negara tersebut disebabkan pulangan faedah yang lebih tinggi. Ini akan meningkatkan lagi permintaan terhadap mata wang tersebut seterusnya meningkatkan nilai kadar tukaran matawang asing.
Kesimpulannya, secara teori, peningkatan kadar faedah bank negara digunakan bila mana ekonomi negara di dalam keadaan yang sukar, demi menarik lebih ramai pelabur untuk masuk ke dalam negara. Manakala penurunan kadar faedah bank negara digunakan bila mana aktiviti ekonomi negara tersebut terlalu rancak yang mana ia akan menyebabkan kesan inflasi yang sangat tinggi.
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca.
Baca juga : Cara Membaca News Di Forex Factory