Apa Itu Non Farm Payroll Dalam Trading

Bismillah

Non Farm Payroll merupakan salah satu news yang sangat popular dikalangan para trader forex. Mengapa ianya popular? Kerana apabila news ini diumumkan, akan terjadi banyak pergerakan yang besar dan menjadi intaian para trader untuk mengaut profit dengan lebih banyak. Namun tahukah anda apa itu non farm payroll dan bagaimana ia memberi kesan kepada pergerakan mata wang.

Apa itu Non Farm Payroll dalam Trading

NFP merupakan satu ringkasan laporan berkenaan dengan penawaran kerja yang ditawarkan oleh sektor yang terdiri daripada Non Farm Classification. Ianya merupakan penawaran kerja yang terdiri daripada sektor kerajaan, sektor swasta, sektor NGO dan juga Pemilik Harta. Mengapa data ini penting? Ianya penting kerana ia menunjukkan senarai kekosongan pekerjaan yang ditawarkan di dalam NFP dan berapa tinggikah tahap employment rate dan non employment rate yang terjadi di dalam sektor NFP ini.

Di dalam Non Farm Payroll, terdapat dua komponen penting yang diwujudkan, iaitu Household Survey dan Establishment Survey. Household survery merujuk kepada data unemployment rate, yang menunjukkan berapa ramai yang tidak mendapat pekerjaan dan segala butiran yang diperlukan ada di dalam survey ini. Manakala untuk establishment survey pula, ia merujuk kepada maklumat berapa banyakkan penawaran kerja yang ditawarkan oleh sektor kepada masyarakat.

Oleh itu, kedua-dua komponen ini saling memerlukan dalam memberikan rumusan analisa adakah tahap peluang pekerjaan yang ada pada ketika itu dalam keadaan yang baik ataupun tidak.

Untuk mengetahui dengan lebih dalam apa itu Non Farm Payroll dalam forex, pakar ekonomi telah melihat beberapa aspek penting untuk menganalisa keputusan sesebuah NFP apabila ianya diumumkan.

  1. Sektor mana yang berkembang
  2. Sektor mana yang menguncup
  3. Trend Unemployment
  4. Jumlah Gaji beserta kerja yang ditawarkan.

Melalui keempat-empat faktor ini pakar ekonomi akan merumuskan sama ada data yang dikeluarkan oleh NFP pada ketika itu adalah negatif ataupun positif. Sekiranya rumusan data menunjukkan positif, maka currency USD akan menguat dan nilai mata wang akan menguat terhadap matawang yang lain. Namun jika keputusannya adalah negatif, maka trend USD akan menurun dan ramai yang akan menjual matawang USD.

Mengapa NFP sangat penting? Kerana NFP berkaitan dengan penawaran kerja kepada masyarakat. Jika tiada kerja, maka rakyat tidak mampu berbelanja dan jika tiada perbelanjaan yang berlaku, maka banyak produk produk jualan yang tidak laku kerana tiada siapa yang mampu membeli. Oleh itu apabila kuasa belanja rakyat semakin kurang, maka kadar jenayah akan berlaku kerana rakyat terpaksa mencuri untuk hidup.

Secara ringkasnya diharap, penerangan mengenai apa itu NFP dalam forex ini dapat membantu dan memberikan sedikit nilai ilmu kepada para trader sekalian.

Alhamdulillah.

Baca juga : Asas Teknik Fundamental Dalam Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →