Teknik Analisis Fundamental Forex Mudah

Bismillah

Analisis fundamental merupakan salah satu teknik analisis forex yang biasa digunakan oleh para trader. Ianya merupakan satu aktiviti menganalisa pasaran melalui data yang diperolehi daripada News, kejadian semasa, perkembangan politik serta demografik sesuatu negara. Pada amnya analisis fundamental forex ini agak susah kerana ia meliputi banyak aspek yang perlu dilihat sebagai sebuah negara. Berbeza dengan fundamental pasaran saham, ia hanya fokus kepada perkembangan sesebuah syarikat sahaja. Oleh itu artikel kali ini akan menerangkan mengenali teknik analisis fundamental forex mudah untuk para trader.

Strong VS Weak

Apabila melakukan teknik analisis fundamental forex, perkara yang penting adalah untuk mengetahui currency mana yang kuat dan currency mana yang lemah berdasarkan daripada keputusan News yang diumumkan oleh setiap negara. Sebagai contoh, News GDP menunjukkan data adalah positif dan ianya bermaksud matawang GDP akan menguat dan akan mula untuk bullish. Manakala News GDP bagi USD menunjukkan data yang negatif dan ianya bermaksud USD bakal melemah.

Oleh itu, apabila kita melakukan padanan, GBP (kuat), manakala USD (lemah), kita dapat simpulkan bahawa akan terdapat pergerakan drastik akan terjadi pada pair GBP/USD. Jadi melalui analisa fundamental forex yang mudah ini, kita dapat simpulkan bahawa memilih untuk BUY pada pair tersebut adalah satu pilihan yang bijak.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kedua dua currency menunjukkan GDP yang kuat? Maka, para trader yang mengamalkan fundamental analisis forex akan menyimpulkan bahawa akan terjadi Spike ataupun sideway pada pair GBP/USD. Ini kerana berdasarkan sentimen dari news, kedua dua currency ini cuba bertarung untuk menunjukkan siapa yang lebih dominan. Kebarangkalian untuk trending mungkin ada namun agak sedikit dan mungkin akan meninggalkan shadow yang panjang.

Formula teknik analisis fundamental forex yang mudah ini adalah seperti berikut :

  1. Jika kedua dua currency kuat, maka pair akan sideway atau spike
  2. Jika satu currency kuat dan satu currency lemah, maka pair akan trending
  3. Jika satu currency kuat dan satu currency tiada news, pair akan trending dalam pergerakan yang lemah

Selain itu, antara sumber news yang senang untuk dirujuk adalah forex factory. Dari situ anda tidak perlu untuk membaca laporan yang panjang, cuma cukup melihat indikator result yang diberikan. Sebagai contoh, hijau untuk positif data dan merah menunjukkan negatif data. Oleh itu anda dapat menentukan sama ada currency tersebut sedang menguat ataupun melemah.

Jadi, itulah serba sedikit cara analisis fundamental forex yang mudah dan practicable yang boleh digunakan oleh para trader. Dengan halatuju yang ditunjukkan di dalam analisa fundamental, trader boleh padankan dengan analisa teknikal untuk mendapatkan entry yang lebih tepat.

Alhamdulillah

Baca juga : Apa Itu Non Farm Payroll

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →