Dividen ASB 2019 Telah Diumumkan

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 18 Disember 2019, PnB telah mengumumkan dividen ASB tahun 2019 adalah sebanyak 5% ditambah dengan bonus 0.5% menjadikan harga seunit amanah saham bumiputera itu berharga RM 5.50 seunit. Dividen ASB pada tahun 2019 ini merupakan dividen yang terendah sepanjang ASB dilancarkan sejak tahun 1990.

Dari segi positifnya, ASB masih lagi melakar tahap persembahan yang konsisten pada setiap tahun kerana mampu memberikan pulangan yang menarik kepada para pelaburnya. Namun, ia secara tidak langsung merencatkan kadar deposit kedalam unit ASB kerana akan ramai para pelabur yang pentingkan keuntungan mula mengeluarkan wang dari ASB dan mencari instrumen kewangan yang lebih lumayan.

Walaupun dividen asb tahun ini agak kurang memberangsangkan, perlu diingatkan ASB juga antara unit amanah yang menjanjikan risiko yang rendah kepada para pelabur. Oleh itu, kepada para pelabur, adalah digalakkan untuk terus menyimpan di dalam ASB diatas sebab risiko rendah yang ditawarkan oleh ASB dan juga dana yang diuruskan oleh mereka yang professional.

Namun, keadaan agak parah apabila kebanyak para pelabur menggunakan pinjaman wang bersama bank bank tempatan dan menjadikan ianya sebagai pelaburan, dengan cara membayar bunga pinjaman melalui keuntungan daripada ASB. Oleh itu, pada tahun akan datang, para pelabur yang menggunakan pinjaman untuk melabur di ASB haruslah membayar lebih bunga yang ditawarkan oleh bank yang memberi pinjaman.

Sehubungan itu, anda haruslah menyimpan dengan bijak dan tidak terlalu bergantung dengan dividen ASB sebagai sumber alternatif kewangan anda. Masih banyak lagi instrumen kewangan yang boleh diterokai selain daripada dividen ASB tahunan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan dengan konsep penyimpanan emas yang mana ianya salah satu instrumen kewangan yang menjanjikan risiko yang rendah, malah anda boleh memegang secara fizikal emas tersebut.

Akhir kata, mereka yang mengambil tindakan adalah lebih baik daripada mereka yang berdiam diri dan melihat orang lain bertindak. Semoga anda semua diberikan kemurahan rezeki oleh ALLAH SWT.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →