Pembangunan Sistem Trading Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Sebanyak-banyak teknik yang aku belajar, aku rasakan yang paling sesuai untuk aku adalah sistem tu mesti ada unsur hedging dan juga gandaan lot. Aku cuba belajar untuk sniper entry dan letak SL, aku jadi emosi sket. Tapi bila aku hedging, aku lock aku rasa aman damai je. Bila kena merah bersusun tu aku rasa meleleh je air mata.

Aku tak mau la nak buat open SL sebab dah penah rasa camne market bergerak extreme dan lebur dalam satu malam je. So, bersusah payah untuk aku bangunkan sebuah sistem hedging ni dan harapnya nanti korang pun boleh join aku menjadi hedger sejati. Kui kui kui

First, aku akan pilih semua pair dari Major pair. Pemilihan pair ini disebabkan major pair biasanya takde pergerakan extreme sangat dan juga spread dia antara yang terendah, Kurang spike yang pelik pelik dan biasa ikut peraturan market iaitu benda yang naik pasti akan turun.

Kedua aku akan buat implement hedging crossover yang mana semua major pair aku akan SELL sahaja. Dalam erti kata lain, aku BUY dan SELL USD dalam masa yang sama. So, aku akan expect satu akaun akan profit dan satu akaun akan floating.

Ketiga, untuk timing, aku akan guna TF H1 dan akan start trade bermula dari pukul 3 petang sampai 11 malam. Kemudian aku akan tidor, dan tak tengok dah chart. Malas rasanya mengadap chart lama-lama.

Keempat, untuk entry, aku guna pattern head and shoulder dan juga divergence atas atau bawah MA. So, bila signal semua menepati ketiga-tiga kriteria, iaitu ada pattern, ada divergence, ikut trend MA, itu adalah signal entry.

Kelima, untuk exit, aku tak bubuh SL, tapi aku bubuh stop order. Dengan stop order ni, if trigger dan signal tak valid, aku akan tunggu signal Sell yang seterusnya. Bila ada signal sell terjadi, buy order tadi aku akan close profit, then aku akan bukak lagi satu sell order dan aku layer lagi buy stop order kat atas atau bawah head and shoulder. So, lot buy order akan bertambah satu,

Keenam, untuk TP aku cuba target dalam 100 pips. So cukup la untuk close dalam keadaan profit. Tambah lagi, untuk Money Management, aku akan gunakan capital endurance, iaitu modal tu boleh tahan 5000 pips floating.

Jadi, inshaa ALLAH dengan izin ALLAH, aku boleh berjaya dalam bidang ni. Amiin. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →