Asas Teknik Fundamental Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ini aku rasa aku nak catatkan kefahaman aku mengenai teknik fundamental dalam forex. Benda ni kena faham sebab ianya merupakan satu gambaran am dan besar mengenai makro ekonomi sesuatu negara dan bagaimana sesuatu negara mengawal pergerakan mata wang mereka. Jadi aku juga telahpun mempelajari fundamental dalam forex ini dengan bersungguh sungguh.

Apa itu Fundamental Analisis Forex

Fundamental analisis merupakan suatu seni analisa market forex dari segi politik, ekonomi dan sosial. Tiga tunjang ini merupakan asas kepada permintaan dan penawaran sesuatu matawang. Oleh itu, menjadi suatu sebab mengapa kadang kadang harga currency ini mahal dan mengapa kadang kadang harga currency ini murah. Ia disebabkan ketidak pastian yang berlaku dari ketiga-tiga tunjang ini.

Badan Utama Penggerak/Pemegun Pergerakan Matawang Negara

Badan utama yang influence pergerakan matawang negara adalah Bank Negara sesebuah negara. Mereka adalah badan yang bertanggungjawab dalam menentukan polisi ekonomi sesuatu negara. Sama ada ingin memperkuatkan ekonomi mereka ataupun melemahkan ekonomi mereka. Waktu dulu aku ingat ekonomi yang kuat dan kukuh merupakan satu perkara yang baik namun sebenarnya memperlahankan ekonomi atau melemahkan ekonomi juga turut memberikan kesan positif kepada sesuatu negara. Oleh itu menjadi tanggungjawa kepada Bank Negara untuk menstabilkan ekonomi mereka dengan melalui penguatan atau kelemahan ekonomi negara tersebut.

Dua Instrument Bank Negara 

Untuk belajar fundamental forex, aku kena tahu apakah dua instrument yang bank negara akan gunakan untuk mengawal ekonomi mereka. Dua instrument tersebut adalah seperti berikut.

  1. Polisi Interest Rate
  2. Polisi Fiskal

Polisi Interest Rate adalah dengan menaikkan kadar interest rate semasa matawang sesuatu negara. APabila Interest Rate dinaikkan, ia bermaksud negara tersebut sedang menuju kearah pemesatan ekonomi. Sebagai contoh, Interest Rate EURO telah meningkat daripada 1% kepada 2%. Jadi, biasanya apabila terjadinya peningkatan ekonomi, aku akan mengagak bahawa perkara perkara berikut akan berlaku.

  1. Bank Negara sedang memesatkan ekonomi
  2. Bank Negara sedang menyelesaikan masalah kemelesetan Ekonomi
  3. Para Investor akan ramai masuk ke dalam negara disebabkan interest rate yang tinggi
  4. Kuasa Beli Pengguna akan menurun disebabkan kos membuat pinjaman tinggi (interest rate meningkat)
  5. Penawaran Kerja yang banyak disebabkan para investor banyak masuk pump modal
  6. Akan berlaku inflasi harga barangan (harga barang naik melampau-lampau)
  7. Kadar Import lebih tinggi berbanding kadar eksport

Jadi, apa akan jadi jika interest rate menurun? Sebagai contoh interest rate EURO merudum dari 2% kepada 1%. Jawapannya seperti dibawah:

  1. Bank negara sedang melemahkan ekonomi semasa
  2. Bank negara sedang menyelesaikan masalah inflasi
  3. Para Investor akan menarik pelaburan mereka keluar disebabkan interest rate tak menarik
  4. Kuasa Beli Pengguna meningkat disebabkan kadar pinjaman yang rendah
  5. Penawaran kerja berkurangan disebabkan kekurangan investor pump modal
  6. Akan berlaku deflasi (harga barang turun melampau-lampau)
  7. Kadar Eksport lebih tinggi berbanding import.

Polisi Fiskal pula adalah suatu polisi percukaian kerajaan terhadap penduduk ataupun industri dalam mengawal sama ada kuat atau lemahnya keadaan ekonomi semasa negara tersebut. Macam kita tau la, cukai ni kan macam-macam, cukai perindustrian la, cukai individu la, cukai kenderaan la, cukai rumah la cukai tanah dan sebagainya. Jadi aku catatkan kat sini bagaimana fiskal polisi mempengaruhi kuat atau lemahnya ekonomi sesebuah negara.

Kesan yang dihadapi apabila Polisi Fiskal diturunkan terhadap ekonomi (Cukai Rendah)

  1. Menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi
  2. Menggalakkan pertumbuhan industri
  3. Meningkatkan penawaran pekerjaaan kepada penduduk
  4. Memaksimumkan keuntungan sesuatu industri
  5. Meningkatkan kuasa beli pengguna.

Kesan yang dihadapi apabila Polisi Fiskal dinaikkan terhadap ekonomi (Cukai Tinggi)

  1. Menyelesaikan masalah inflasi
  2. Melembabkan pertumbuhan industri dan menyelesaikan masalah daya saing yang terlalu tinggi
  3. Mengurangkan penawaran pekerjaan terhadap penduduk
  4. Meminimumkan keuntungan industri
  5. Menurunkan kuasa beli pengguna.

Walaubagaimanapun didalam teknik fundamental trading forex hanya memberi fokus kepada perubahan interest rate sahaja. Oleh itu, polisi fiskal agak jarang dibincangkan. Bagi aku apabila interest rate berubah, ia bermaksud perubahan trend juga akan berubah. Aku juga akan mencatat bagaimana fundamental analisis forex berkait dengan projection dan retracement didalam market namun bagi aku ianya baik untuk dibincangkan pada post yang lain kelak.

Sebagai batu asas yang kukuh, cuma perlu tahu dua sahaja untuk belajar fundamental forex. INTEREST RATE dan FISCAL POLICY. Lain-lain tu aku boleh abaikan dahulu, yang penting fahamkan dua asas ni. Dua asas inilah tiang kepada ekonomi kapitalis yang kian runtuh dan goyah.

Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Bijaksana

ALLAH yang Maha Bijaksana

ALLAH yang Maha Bijaksana

Aku tiada apa, aku cuma pedagang jawa.

Baca juga : Kesan Kenaikan Kadar Faedah Bank Negara

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →