Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini aku terpikir dan terilham sesuatu perkara dan teori terbaru dalam pembentukan kekayaan berteraskan sunnah dan Islam. Terima kasih ALLAH diatas fikiran dan ilham yang Kau kurniakan. Oleh itu aku ingin berkongsi dengan korang semua cara yang aku rasa ALMOST ZERO risk untuk membina kekayaan dengan emas. Aku harap ilmu yang ada disini dapat membantu yang diluar sana dan juga mampu memberi syafaat ketika aku didalam kubur kelak.
Emas dan Kekayaan
Emas sememangnya simbol kepada kekayaan. Dari zaman dahulu lagi dan ALLAH dah ceritakan bahawa emaslah komoditi yang berharga dan akan menjadi rebutan manusia. Bukan minyak, bukan titanium, bukan berlian dan sebagainya. Jadi memiliki emas bermaksud kita sudahpun memiliki kekayaan. Mari kita lihat apa yang telah ALLAH turunkan dalam al Quran beserta hadis Baginda Rasulullah SAW terhadap emas.
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
3 Cara Menambah Kekayaan Dengan Emas
Secara kasar, aku lihat ada 3 cara yang orang sentiasa gunakan untuk menambah kekayaan dengan emas. Namun fungsi utama emas yang pertama adalah LINDUNG NILAI. Jadilah macamana sekalipun, emas tetap dapat bertahan daripada inflasi ataupun deflasi. Aku ada emas, bermaksud nilai tersebut aku dah kunci dan takkan terjejas. Dibawah ini aku senaraikan 3 tips kaya dengan emas.
Gold Saver (Penyimpan Emas)
Sesuai dengan namanya, mereka ini menjadi penyimpan tegar emas. Aku sarankan kepada penyimpan emas tegar untuk mengaplikasikan teknik dollar cost averaging. Ia bermaksud sediakan sejumlah wang yang digunakan utnuk membeli sesuatu barangan pada satu julat masa tertentu. Contoh sebagai gold saver yang mempraktikkan dollar cost averaging adalah seperti berikut.
- Sediakan RM 250 per month untuk 1 gram Emas 999
- RM 250 diperuntukkan setiap bulan selama 1 tahun
- Sekiranya emas turun pada harga RM 230, lebihan RM 20 disimpan
- Sekiranya emas naik pada harga RM 250, beralih kepada emas yang lebih murah seperti 916 atau 995 dan lebihan disimpan
- Hasil lebihan yang disimpan kemudiannya ditukarkan kepada emas apabila sudah mencukupi.
jadi, inilah cara cepat kaya dengan emas malah simpanan emas juga turut bertambah
Gold Dealer (Penjual Emas)
Penjual emas mendapat keuntungan dengan komisen yang diterima melalui jual beli emas. Mereka ini tidak tertakluk kepada naik atau turunnya harga emas tersebut. Apa yang dia akan dapat adalah komisen komisen dan komisen. Hanya dengan melalui usaha keras mempromosikan emas saja seorang gold dealer dapat menambah kekayaannya berdasarkan sunnah. Dibawah aku senaraikan beberapa kelebihan seorang Gold Dealer
- Memperoleh keuntungan runcit atau komisen berdasarkan daripada jual beli emas
- Tidak terkesan dengan kenaikan atau penurunan harga emas secara terus
- Mampu membeli emas dengan harga dibawah harga pasaran semasa
- Menjadi rujukan orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan emas.
Gold Trader (ALMOST ZERO RISK TECHNIQUE)
Sekarang aku akan ceritakan tajuk ultimate pada post ini. Ianya berkaitan dengan menjadi seorang Gold Trader. Kita akan aplikasikan pengetahuan pada MT4 Forex kemudian disesuaikan dengan harga pasaran semasa Emas. Konsep nya mudah sahaja. Buy Low Sell High. Kalau analisis tak menjadi, emas yang kita beli kita hold dan kita convert menjadi seorang Gold Saver pula. Dibawah adalah penerangan cara bagaimana untuk menjadi Gold Trader.
- Gunakan chart berlabel XAU/USD
- Pilih TF D1 sahaja. Disebabkan entry anda hanyalah sekali atau dua sahaja kerana duit yang ada akan digunakan untuk membeli emas fizikal
- Pilih indikator Moving Average ataupun Bollinger Band dan gunakan setup default
- Beli emas apabila nampak price emas break Mid BB atau MA dan menunjukkan uptrend
- Jual emas balik bila price emas break Mid Bb atau MA dan menunjukkan downtrend.
- Sekiranya analisa tak menjadi, hold emas tersebut dan masukkan ke dalam tabung Gold Saver
Emas Dalam Jangka PanjangÂ
Kenapa saya yakin perkara ini almost zero risk? Pertama ALLAH dah janji dan dah cakap dah, akhir zaman nanti bila da takde pape, orang akan cari emas balik. Keduanya adalah resource is limited. Semakin sikit sesuatu barang semakin mahal harganya. Ketiga, emas sentiasa digunakan dalam berbagai industri berat. Nak buat handphone kena ada emas, nak buat komputer kena ada emas, sebab emas adalah konduktor elektrik yang paling stabil.
Jadi, if analisa tak mengena, tak apa. Kita ada emas. Berbeza jika kita depo dan trade, duit pun hilang, apa pun tak ada jika analisa tak menjadi.
Pajakan Dalam Boosting Simpanan Emas
Jika sekiranya analisa kita tidak menjadi dan kita melihat muncul peluang untuk Buy semula, kita boleh menggunakan sistem pajakan untuk membeli lagi emas yang menunjukkan arah uptrend. Kebiasaannya pajakan emas akan memberi nisbah sebanyak 70% daripada nilai emas yang dikira. Dengan menggunakan modal 70% daripada nilai pajakan, anda boleh beli lagi emas pada harga yang lebih murah dan rotate semula teknik yang saya katakan sehingga kita semua pengsan.
Alhamdulillah, akhirnya habis juga saya menulis pasa teknik kaya dengan emas ini. TQ ALLAH
Wahai Rasulullah SAW, kami sedang mengikut jejak langkah mu, bawalah kami semua berjumpa ALLAH dalam keadaan ALLAH memandang kami dengan pandangan rahmat.
ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar
Aku cuma pedagang jawa.