Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini, ALLAH memberi aku rezeki lagi. Iaitu rezeki untuk menulis kesan spread forex sewaktu kita trade. Dan rezeki orang lain yang dapat ilmu. Aku pulak dapat rezeki pahala. Alhamdulillah, aku seronok dapat beramal begini. Mungkin amal yang sikit ni boleh membantu aku daripada terlalu perit disiksa dikubur kelak. Jadi rasanya marilah kita berdoa agar kefahaman aku terhadap spread ni mampu menyerap masuk ke dalam orang orang yang membacanya. Amiin.
Definisi Spread Forex
Spread dalam bahasa melayu bermaksud susut nilai. Di dalam bahasa teknikalnya adalah perbezaan antara Bid dan Ask. Jika aku buy, aku akan buy pada harga Bid dan jika aku Sell aku akan Sell pada harga Ask. Dan transaksi ini berlaku secara concurrent ataupun serentak. Senang je, aku jual, kau beli.
Teknikaliti Spread Terjadi Di Dalam Market
Memandangkan Buy dan Sell berlaku secara pantas di dalam market, oleh itu, pihak broker akan cuba matchingkan antara buyer dan seller secepat mungkin. Sebagai contoh begini.
Ahmad nak buy EU pada harga100. Pada broker terdapat beberapa Seller untuk Sell EU pada harga 101, 102 dan 103. Oleh itu broker akan ambil Seller yang Sell pada harga 101. Oleh itu perbezaan harga bid dan ask adalah 1 pips (101-100 = 1). Itu baru spread yang pure market bagi pengguna ECN. Andai aku bukan guna akaun ECN tapi guna akaun berstatus DMA ataupun STP, ianya akan ada penambahan spread dari LP pula. Contoh LP markup spread 0.5. Jadi total spread yang ditawarkan adalah 1.5 pips namun itu belum final lagi. Apabila sampai kepada broker, broker markup lagi 0.5 pips dan final spread yang dioffer kepada trader adalah 2 pips.
Oleh itu,
- ECN akaun spread : Bid – Ask
- STP/DMA spread : (Bid-Ask)+ LP spread + Broker Spread
Untuk market maker Spread aku tak berapa pasti sebab mereka mimicking sahaja pergerakan market. Sebagai contoh market bagi spread 1 pips, oleh itu pihak broker boleh meletakkan spread sesuka hati yang boleh menarik para klien. Basically mereka akan letak spread yang bersesuaian dengan kos operasi dan sebagainya.
Kesan Spread Dalam Forex Ketika Trading
Selepas aku memahami bagaimana spread bekerja, aku juga secara tak langsung memahami apakah kesan spread yang terjadi ketika aku trading. Pertama, aku faham bagaimana kesan spread keatas Pending Order, Stoploss Level dan Take Profit Level. Untuk Pending Order, kita andaikan spread 2 pips, aku perasan bahawa sekiranya aku buat Buy Stop pada harga 100, PO akan trigger pada harga 98 setelah ditambah spread. Manakala, sekiranya aku buat Buy Limit, maka PO akan trigger pada harga 102. Oleh itu, mungkin antara kita pernah mengalami perkara begini, price da hit Limit Order tapi tak trigger ataupun price tak sampai Stop Order tapi dah trigger membuatkan korang terlepas untuk merasa profit (limit order) dan membuatkan korang dalam posisi loss (stop order)
Kedua, setelah memahami konsep seperti poin pertama, ia akan berbalik semula kepada level Stoploss dan juga Level Take Profit aku. Apabila aku meletakkan stoploss ataupun Take Profit ia bermaksud aku akan Sell entry aku sekiranya aku BUY ataupun aku akan BUY sekiranya entry aku Sell. Kita ambil contoh situasi seperti dibawah
- Pair EU
- Spread : 2 pips
- Decision : Buy
- Entry Price : 100
- SL : 50
- TP : 150
Situasi pertama, analisa tak menyebelahi kita dan price jatuh hingga menuju ke Stoploss. Tahu tak di mana Stoploss akan trigger? Ia akan trigger pada harga 52. Dan kadang-kadang yang mengecewakan trader adalah apabila price hit SL trader, market berpatah balik ke arah analisa sebelum ini.
Situasi kedua, analisa menjadi dan price menaik menuju ke arah TP. Tahu di mana TP akan trigger? pada harga 152. Oleh itu, trader lama biasa dapat lihat price dah hit level TP tapi tak close. Ianya disebabkan spread 2 pips. Walaupun dalam posisi profit, sepatutnya trader boleh gain 50 pips, maka ia berkurang menjadi 40 pips.
Kenapa hal ini berlaku? berbalik pada poin pertama semula dan contoh semasa yang saya tulis. Apabila kita buy dan price menuju keatas, level TP yang dibuat mencari Sell order dan Sell order yang lebih tinggi dari price semasa menjadi Limit Order. Berbanding dengan bila price jatuh menuju level SL, ia akan menjadi sell stop order yang mana price lebih rendah daripada price semasa. Oleh itu dia akan refleks kepada pemahaman poin pertama.
Ketiga, kesimpulan yang dapat aku katakan, PERCENTAGE UNTUK WIN SEBENARNYA AWAL AWAL LAGI DAH JATUH. Jadi apabila keluar statement, price senang kena SL susah kena TP, maka aku sangat bersetuju. Ia bukanlah satu perkara yang manipulatif, ianya memang sifat market dan gerak kerja market. Bukan scam ataupun hidden agenda broker. Mana taknya, SL nak trigger awal, TP nak trigger lambat.
Rekomendasi Aku
Aku cadangkan lebih baik mengambil broker yang menawarkan spread yang rendah beserta caj komisen berbanding daripada spread yang tinggi sedikit tanpa caj komisen.
Alhamdulillah, semoga aku dapat pahala, korang dapat ilmu.
ALLAH MAHA BIJAKSANA
ALLAH MAHA BIJAKSANA
ALLAH MAHA BIJAKSANA
Aku pedagang jawa.