Senarai Cara Penggunaan Indikator Stochastic Oscillator

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ini aku teringin untuk mencatatkan dan mengabadikan kebanyakan cara penggunaan indikator stochastic oscillator ni. Indi stoch ni jatuh dibawah category oscillator yang bermaksud satu indikator yang mengukur jarak antara dua point iaitu Hi dan Low dan sering mengukur sesuatu instrument pelaburan sebagai Overbought ataupun Oversold. Indikator ini antara indikator yang famous dipakai kerana satu ianya mudah dan senang nak faham macamana nak trade guna indikator ni dan kedua adalah indikator ini tak fancy-fancy dengan berbagai line yang berbelit-belit. Aku juga pernah pakai Stochastic Oscillator ni. Memang mudah je. First sekali jom kita bedah komponen-komponen Indikator Stochastic Oscillator ni.

Komponen Indikator Stochastic Oscillator

komponen stochastic oscillator

  1. Kawasan Overbought (80-100)
  2. Kawasan OverSold (0-20)
  3. MA D% Period
  4. MA K% Period

Untuk penambahan ada orang yang meletakkan level 50 sebagai titik tengah. Itu merupakan option kepada para trader sama ada ingin meletakkan nilai tersebut atau tidak. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk trade menggunakan Stochastic Oscillator ini. Ianya terdiri daripada dua cara iaitu sama ada Melawan Trend ataupun Mengikut Trend. Aku akan taip satu per satu bagaimana untuk mengaplikasikan kedua-dua cara ini dan aku boleh sama ada nak practice dua-dua ataupun pilih satu cara guna stochastic oscillator. Tapi biasanya akan pilih satu je, nanti pilih dua-dua cara konfius sendiri je nanti.

Cara Guna Stochastic Oscillator (Counter Trend Method)

Dengar nama sahaja dah cukup, method ini akan cuba melawan arah price semasa. Jika price naik, kita Sell, jika price turun kita buy berdasarkan signal yang dihasilkan melalui stochastic oscillator. Cara baca stochastic adalah seperti berikut untuk method counter trend:-

  • Signal SELL : Line Merah dan Biru bersilang dikawasan Overbought (80-100)
  • Signal BUY : Line Merah dan Biru bersilang dikawasan Oversold (0-20)

cara baca indi stochastic oscillator

Kelemahan teknik ini adalah ia sesuai ketika market sedang ranging sama ada dalam TF besar atau TF kecil. Ketika price trending dengan laju dan kuat, cara bacaan stochastic melalui method counter trend ini akan sentiasa terkena SL ataupun floating. Oleh itu aku kena tahu dan timingkan masa yang terbaik bilakah price akan tend untuk ranging. Jadi, senarai dibawah aku gunakan untuk mencari waktu waktu price akan ranging.

  • Trade pada waktu non-aktif
  • Trade sewaktu tiada News High Impact ketika waktu aktif
  • Trade sewaktu Candlestick Daily berbentuk Neutral seperti Doji.

Cara Baca Stochastic Oscillator (Trend Follow Method)

Untuk method ini pula, trader akan tend untuk menggunakan stochastic oscillator sebagai cara untuk filter trend dan juga entry. Trader akan mengikut arus price semasa. Jika price Bull kita Buy dan jika price Bearish kita akan Sell. Terdapat beberapa syarat yang digariskan untuk melakukan entry.

  • Line MA bersilang di bahagian Overbought untuk Uptrend
  • Line MA bersilang di bahagian Oversold untuk Downtrend.
  • Entry : Line MA bersilang semula diatas level 50 Stochastic untuk Buy Entry
  • Entry : Line MA bersilang semula dibawah level 50 Stochastic untuk Sell Entry

cara guna indi stochastic

Walaubagaimanapun, kelemahan cara bacaan ini adalah terkena kepada false breakout. Umum diketahui bahawa price 70% berada dalam keadaan ranging mode. Oleh itu trader akan sentiasa terkena dengan false breakout. Selain itu trader juga akan ter miss untuk entry apabila price trending terlalu kuat tanpa melakukan retracement. Oleh itu saranan aku adalah dengan mencari volatility yang besar dan kuat untuk meminimumkan SL melalui cara penggunaan indikator stochastic oscillator.

  • Trade pada waktu aktif
  • Trade ketika pada hari itu terdapat news High Impact
  • Pilih pair yang mempunyai daily pip movement yang besar seperti GBP/JPY

Cara Membaca Stochastic Forex (Multiple TimeFrame Method)

Cara ini pula digunakan untuk membandingkan keadaan Stochastic Oscillator dan melakukan konfirmasi terhadap setup yang sedia ada. Aku boleh pilih sama ada untuk menggunakan mana-mana TF asalkan TF tersebut sebelah menyebelah. Maksud aku sebelah menyebelah adalah TF D1 dan H4 atau TF H4 dengan H1 dan seterusnya. Jadi cara nye seperti dibawah

Untuk Buy Signal

  • Pada TF D1 terjadi persilangan MA dikawasan Oversold (0-20)
  • Untuk konfirm, pada TF H4 terjadi persilangan MA dikawasan Overbought (80-100)

Untuk Sell Signal

  • Pada TF D1 terjadi persilangan MA dikawasan Overbought (80-100)
  • Untuk konfirm, pada TF H4 terjadi persilangan MA dikawasan Sold (0-200)

Kesimpulannya, setiap teknik dan method ada kelemahannya yang tersendiri. Kitalah yang kena tau bagaimana untuk hadap setiap kelemahan tersebut. Makhluk tidak sempurna, supaya mereka tahu mereka adalah hamba.

Post sebelum ini : Teknikal Analisa Forex

ALLAH yang Maha Sempurna

ALLAH yang Maha Sempurna

ALLAH yang Maha Sempurna

Aku Pedagang Jawa

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →