Bismillahirrahmanirrahim
Double Top / Bottom merupakan salah satu pattern yang popular dalam kalangan trader. Bagi para trader yang menggunakan chart pattern, analisa teknikal double top dan bottom merupakan pattern yang paling asas dalam pattern analysis. Oleh itu, mari kita kenali dahulu apa itu double top dan double bottom.
Apa itu Double Top / Bottom
Double Top merupakan dua puncak harga yang sama tinggi atau lebih kurang. Ia menunjukkan bahawa trend tidak mampu lagi untuk melakukan Higher High Uptrend. Double Bottom pula merupakan dua lembah harga yang sama rendah atau lebih kurang yang mana ia tidak mampu lagi untuk membuat Lower Low dan meneruskan perjalanan Downtrend.
Apa Yang Berlaku Apabila Terjadi Double Top / Bottom
Kemunculan pattern ini menunjukkan bahawa price mempunyai dua keadaan sama ada price akan memasuki phase untuk consolidated mahupun ranging. Ataupun price akan membuat reversal trend daripada trend semasa yang mana kehilangan momentum trend semasa menjadi ukuran bahawa Opposite order (Sell atau Buy) lebih besar dari order semasa.
Antara cara yang paling popular diajar untuk trade dengan double top ini adalah dengan menunggu price break keluar dari kawasan range. Namun, pernahkah anda merasai pengalaman yang mana price reverse dan memasuki area ranging? Jika benar, maka anda bukanlah berseorangan kerana ianya dirasai juga oleh trader2 yang lain.
Tips Analisa Teknikal Double Top / Bottom
- Pastikan price telahpun break kawasan ranging.
- Lihat pada puncak pertama dan tandakan pattern Candle Bearish Engulfing
- Lihat puncak kedua, sekiranya terdapat candle bearsih engulfing yang selari dengan puncak pertama, tandakan zon bearish engulfing .
- Apabila siap tanda, boleh letakkan PO dan tinggalkan. Boleh Set RR seperti 1:4 atau 1:5
Kesimpulan
Dengan mengetahui secara tepat dimana untuk entri selepas terjadinya pattern double top atau bottom, ia secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian profit untuk menjadi lebih tinggi. Oleh itu, gunakan ilmu ini dan manfaatkan dalam teknik trading anda.
Pakat share pada kawan-kawan sekiranya artikel ini membantu.
Baca : Maksud MM Dalam Forex