Apakah Maksud MM Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

MM merupakan singkatan kepada Money Management dan digunakan secara meluas dalam dunia forex. Maksud MM dalam forex adalah sangat luas namun konsep asalnya adalah kaedah pengurusan modal di dalam trading. Oleh itu, MM merupakan salah satu faktor pengurusan risiko yang penting sekiranya ingin berada lebih lama dalam dunia trading ini.

Jenis-Jenis MM dalam Forex

Selain mengetahui maksud MM tersebut sebagai Money management, terdapat banyak jenis dan style MM yang digunakan oleh para trader. Saya akan kupas satu persatu dan anda mempunyai pilihan untuk mengikuti style MM yang manakah lebih sesuai dengan diri anda.

Kaedah pertama MM adalah dengan menggunakan risk ratio per entri. Kaedah ini merupakan kaedah yang sering digariskan oleh para trader professional dan standard risk ratio yang digunakan adalah 3% per entri. Cara kiraan risk MM adalah seperti berikut.

3% x Jumlah Modal = Nilai Risk

Nilai Risk / Jumlah Pips = Nilai Lot.

Contoh :

3% x USD 300 = USD 9

USD 9 / 50 pips = 0.18

Oleh itu lot yang digunakan adalah 0.18 dan sekiranya entry tersebut terkena SL, Maka anda telah kerugian sebanyak 3% dan mempunyai baki sebanyak 97% untuk meneruskan trade. Jumlah Pips diambil kira berdasarkan nilai SL yang di set kan berdasarkan SOP trading masing masing.

Dengan menggunakan Risk Reward ratio yang betul, kerugian sebelum boleh dicover pada entri-entri yang akan datang. Cara ini banyak digunakan oleh para trader yang meletakkan semua amaun duit trading mereka ke dalam satu akaun trading.

Kaedah kedua pula dikenali sebagai kaedah pips endurance. Para trader akan mendepositkan sebahagian sahaja daripada duit mereka ke dalam akaun trading. Sebagai contoh, seorang trader hanya mendepositkan sebanyak 10% dari nilai duit yang digunakan untuk trading ke dalam akaun trading mereka. Kemudian, mereka akan menggunakan kaedah pips endurance yang mana mereka tidak menggunakan SL sebagai kawalan risiko dan hanya berhenti untuk trade apabila akaun MC. Sekiranya akaun tersebut MC, trader masih mempunyai 90% modal yang boleh digunakan untuk trade. Cara pengiraan MM kaedah ini adalah seperti berikut.

Percentage Untuk Trade x Modal Trade

Modal Trade x Jumlah Pips = Nilai Lot.

Contoh :

10% x USD 300 = USD 30

USD 30 / 5000 pips = 0.006

Selalunya mereka yang menggunakan kaedah ini akan menggunakan akaun cent kerana jumlah lot yang terlalu kecil dan hanya boleh dilaksanakan dalam akaun cent. Oleh itu, mereka hanya perlu fokus untuk melaksanakan entri dan meletakkan TP dan tidak perlu peduli dimanakah perlu untuk letakkan SL.

Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Para Trader

Kebanyakan para trader yang salah dalam menguruskan risk adalah mereka meletakkan semua modal trading mereka dan bergantung kepada pips endurance. Oleh sebab itu, apabila mereka MC, mereka berasa amat kecewa dan kehilangan arah kerana semua wang yang dilaburkan telah habis akibat MC.

Kesimpulannya kedua-dua kaedah yang digariskan mempunyai kelebihan masing-masing dan sebagai seorang trader, anda sepatutnya tidak perlu mengikut kata-kata trader lain, anda cuma perlu pilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan psikologi anda.

Terima kasih kerana membaca, jika anda suka sila share artikel ini. Terima kasih.

Baca: Apa itu leverage Dalam Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →