Apa itu Leverage Dalam Forex Dan Kesannya

Bismillahirrahmanirrahim

Leverage merupakan salah satu istilah penting yang akan ditemui secara kerap oleh para trader. Apabila membuka akaun trading, leverage, margin dan juga ekuiti merupakan perkara yang biasa akan didengari oleh para trader. Namun apakah yang dimaksudkan dengan leverage dalam forex? Bagaimanakah leverage mampu mempengaruhi kawalan risiko dan MM para trader? Mengapakah terdapat ratio-ratio tertentu yang diberi pilihan sewaktu memilih leverage? Artikel kali ini akan memberikan jawapannya.

Apa Itu Leverage

Leverage merupakan suatu pinjaman yang diberikan oleh para broker kepada para trader. Dengan adanya kemudahan leverage ini, para trader tidak perlu untuk menyediakan amaun yang banyak untuk melaksanakan trading sebanyak 1 lot. Oleh itu dengan melakukan deposit yang rendah, trader boleh memulakan aktiviti trading.

Di dalam trading, 1 lot adalah bersamaan dengan 100,000 unit. Oleh itu, contoh kiraan lot tersebut adalah seperti berikut.

(Price semasa x 100,000) = Nilai Modal

Sebagai contoh, kita ingin melakukan entry Buy pada pair EUR/USD pada harga price 1.23000, jadi berapakah modal yang diperlukan.

(1.23000 x 100,000) = USD 123,000

Oleh itu anda perlukan sebanyak USD 123,000 di dalam akaun trading, barulah anda boleh trade sebanyak 1 lot. Jadi dengan adanya leverage anda tidak perlukan dana sehingga sebanyak USD 123,000 untuk execute entry anda. Sebagai contoh, kita gunakan leverage ratio sebanyak 1:100

(1.23000 x 100,000) / 100 = USD 1230

Anda cuma perlukan USD 1,230 sahaja di dalam akaun untuk melakukan trading.

Kesan Leverage Terhadap Lot Trading

Anda akan lihat berbagai-bagai jenis leverage ratio yang ditawarkan oleh para broker. Sebagai contoh adalah seperti dibawah :

  1. 1/50
  2. 1/100
  3. 1/500
  4. 1/1000

Jadi, bagaimanakah leverage ratio forex yang berbeza-beza memberikan kesan kepada aktiviti trading anda? Formulanya cukup ringkas, semakin besar leverage ratio semakin banyak lot yang dibenarkan untuk dibuka manakala semakin kecil ratio semakin kecil lot yang dibenarkan untuk dibuka. Dibawah adalah contoh leverage ratio beserta lot yang dibenarkan untuk trade bagi modal USD 10,000.

  1. 1/50 = Margin Diperlukan (USD 2000) = Jumlah Lot (5 Lot)
  2. 1/100 = Margin Diperlukan (USD 1000) = Jumlah Lot (10 Lot)
  3. 1/500 = Margin Diperlukan (USD 200) = Jumlah Lot (50 Lot)
  4. 1/1000 = Margin Diperlukan (USD 100) = Jumlah Lot (100 Lot)

Kiraan Jumlah Lot = (Modal (USD10,000) / Margin DIperlukan (XXXX)

Kiraan Margin Diperlukan = (1 Lot (100,000) / Ratio leverage)

Oleh itu, sekiranya adan memilih margin 1/50, jika anda melakukan entry tanpa stoploss, maka akaun anda akan close semua entry apabila berbaki USD 2,000 begitu juga kepada leverage lot 1/1000 jika anda entry tanpa SL, akaun akan stop out apabila berbaki USD 100 pada kadar modal USD 10,000.

Apakah yang akan berlaku jika anda cuba melakukan entry apabila telah menggunakan kesemua lot? Broker akan memberi warning “Not Enough Money” yang mana ia menunjukkan bahawa anda tidak boleh lagi melakukan entry berdasarkan kepada pemilihan leverage ratio yang sedia ada.

Kesimpulan Pemilihan Leverage Ratio

Pemilihan Leverage ratio adalah bergantung kepada jenis trader. Jika anda seorang scalper, maka leverage yang tinggi merupakan satu keperluan manakala jika anda seorang intraday ataupun swinger maka leverage yang rendah adalah bersesuaian dengan anda.

Terima kasih kerana membaca. Jika ianya bermanfaat, anda boleh kongsikan artikel ini kepada rakan trader anda.

Baca : Maksud Lot Dalam Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →