Memahami Maksud Lot Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Lot adalah salah satu istilah yang biasa didengari oleh para trader. Bagi trader baru, mungkin anda sedikit keliru mengenai apakah maksud lot dalam forex ini? Bagaimanakah ia mampu memberi kesan kepada saiz trading anda? Ianya akan dibincangkan di dalam artikle ini.

Maksud Lot Dalam Forex Serta Huraiannya

Lot merupakan satu ukuran unit yang biasa digunakan oleh broker dalam menentukan saiz trading setiap entry. Terdapat beberapa pecahan lot yang biasa digunakan oleh para broker terhadap client mereka. Secara amnya 1 standard lot bersamaan 100,000 unit belian atau jualan namun bagi memberikan kemudahan dan fleksibiliti gaya trading kepada para trader yang tidak mempunyai modal yang besar, maka jenis-jenis lot yang lebih kecil telah diperkenalkan. Jenis-jenis lot adalah seperti berikut:

  1. Standard Lot (x 100,000 unit)
  2. Mini Lot (x10,000 unit)
  3. Micro Lot (x1,000 unit)
  4. Nano Lot (x100 unit)

Bagi memudahkan lagi kefahaman para trader, setiap jenis lot mempunyai nilai per pips kasar seperti berikut.

  1. Standard Lot (1.00) bersamaan USD 10 per pips
  2. Mini Lot (0.10) bersamaan USD 1 per pips
  3. Micro Lot (0.01) bersamaan USD 0.10 per pips
  4. Nano Lot (0.001) bersamaan USD 0.01 per pips

Bagi Nano Lot tidak ada nilai lot yang boleh dibuka dengan value 0.001. Oleh itu kebanyakan broker memperkenalkan akaun cent, yang mana memberikan ruang untuk para trader memilih nano lot. Kiraan akaun cent adalah seperti berikut

(Modal x 100)

Contoh :

USD 10 x 100 = USC 1,000

Broker menggunakan simbol USC di hadapan menggantikan USD sebagai tanda bahawa akaun tersebut menggunakan format cent dan bukannya menggunakan format dollar standard.

Kesilapan Umum Trader Terhadap Lot

Oleh sebab faktor lot ini agak teknikal, maka ianya tidak menarik minat banyak trader baru yang mana lebih fokus mencari teknik yang boleh memberikan profitability yang tinggi. Mereka sering keliru dengan nilai lot yang ingin dimasukkan. Sebagai contoh, kebanyakan trader menganggap nilai lot 0.10 adalah bersamaan dengan USD 0.10.

Apabila entri diaktifkan mereka terkejut apabila nilai floating bersamaan dengan USD 1 per pips. Secara tidak langsung, ia telah mengganggu perancangan kawalan money management mereka dan lebih buruk, akaun tersebut tiada stoploss dan berakhir dengan Margin Call.

Kesimpulan

Mempelajari asas-asas teknikaliti seperti lot trading adalah perlu untuk menjadi seorang trader yang professional. Oleh itu anda disarankan meluangkan sedikit masa untuk mengetahui serba sedikit bagaimana kiraan lot trading dalam forex sebelum beraksi di dalam market sebenar.

Baca : Berita FOMC Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →