Cara Membaca Analisa Fundamental Saham Versi Praktikal

Bismillahirrahmanirrahim

Analisa fundamental merupakan salah satu cara bagaimana untuk menentukan tahap kekuatan sesebuah syarikat berdasarkan kepada laporan-laporan kewangan yang dikeluarkan. Daripada laporan kewangan tersebut, seseorang pembeli saham boleh membuat kesimpulan adakah syarikat tersebut berbaloi untuk dilaburkan melalui pembelian saham. Artikel kali ini akan menerangkan sebuah cara praktikal membaca analisa fundamental saham yang cukup mudah.

Cara Mudah Analisa Fundamental Saham

Dewasa ini anda tidak perlu lagi untuk membaca buku yang tebal-tebal atau menyelak laporan kewangan yang memeningkan. Terdapat banyak website yang telah membuatkan rumusan secara menyeluruh malah mudah untuk difahami walaupun anda seorang newbies. Malah, setiap website telah meletakkan kayu ukur bacaan setiap faktor yang memberi cadangan sama ada syarikat tersebut baik atau tidak untuk dibeli sahamnya.

Oleh itu saya cadangkan untuk melayari website MalaysiaStockBiz . Di dalam website tersebut telah meletakkan beberapa faktor penting yang perlu diambil kira sewaktu melakukan analisa fundamental saham. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut.

  1. Price to Earning Ratio (Faktor ini menunjukkan berapa banyak para pelabur sanggup untuk membeli saham tersebut dengan jangkaan saham tersebut akan meningkat). Saham yang mempunyai ratio melebihi 20 dianggap sebagai Overvalue manakala saham dibawah ratio 20 dianggap sebagai Undervalue. Semakin rendah P/E ratio semakin bagus.)
  2. Dividend Yield (Faktor ini menunjukkan berapa banyak dividen yang telah dibayar oleh syarikat kepada para pelabur pada masa lepas. Semakin tinggi dividen yang dibayar, semakin bagus. )
  3. Return on Equity (Faktor ini mengukur keberkesanan syarikat tersebut menggunakan aset syarikat untuk mendapatkan keuntungan. Semakin tinggi ROE, semakin bagus pengurusan syarikat tersebut.)
  4. Trailing 12 Month Profit Margin (Faktor ini menunjukkan trend keuntungan syarikat sepanjang 12 bulan. Semakin tinggi ratio semakin bagus)
  5. Compound Annual Growth Rate Rev
  6. Compound Annual Growth Rate Profit After Tax
  7. Business Score (Bilangan tahun perniagaan yang telah berkembang dari segi jualan dan keuntungan)
  8. Year Over Year (Pertumbuhan syarikat berdasarkan tahun)
  9. Quarter Over Quarter (Pertumbuhan syarikat berdasarkan quarters iaitu 3 bulan sekali)

Untuk kayu ukur bacaan setiap faktor analisa fundamental diatas, saya sertakan screenshot bacaan tersebut dari website MalaysiaStockdotbiz

Oleh itu, cara terbaik untuk melakukan analisa fundamental adalah dengan menentukan sesebuah laporan kewangan syarikat tersebut tiada langsung warna merah. Apabila anda berjaya mendapati sebuah syarikat yang mempunyai tahap laporan kewangan yang baik, maka ia satu keputusan yang tepat untuk membeli saham syarikat tersebut.

Setelah anda berjaya mencari sebuah syarikat yang mempunyai nilai fundamental yang baik, anda harus mempelajari cara untuk melakukan analisa teknikal di dalam chart untuk mendapatkan harga yang terbaik (terendah) untuk anda membeli saham syarikat tersebut.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →